Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 2 Ogos 2010

BATAL LESEN SERTA-MERTA KEPADA PENIAGA YANG JUAL/SEWA BAZAR RAMADAN - DATUK BANDAR!!!

koleksi terbaru sempena ramadhan tetap dijual dengan harga yang sama..RM 30 untuk 2 helai..!!! murahhhhhhhhhhhhhhhhhh!!!!!

Mahu 'sewa' tapak bazar Ramadan?

Jika ya, anda perlu menyediakan wang tunai sekurang-kurangnya RM5,000 hingga RM30,000 sebagai bayaran untuk mendapatkan satu tapak di sekitar Lorong Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India di sini tanpa perlu melalui proses undian.

Saban tahun, setiap kali musim Ramadan, pelbagai cerita tersebar mengenai tapak-tapak bazar dijual kepada pihak ketiga pada harga yang tinggi namun sukar dibuktikan.

Wartawan Kosmo! Ahad yang menyamar sebagai peniaga berjaya membongkar penyelewengan itu dan bertemu dengan beberapa orang tengah yang menawarkan tapak bazar tersebut.

Malah Kosmo! Ahad berjaya mengesan lebih 10 tapak yang ingin dijual dan setiap satu, harganya berbeza mengikut lokasi dan keluasan.

"Pergi tengok dulu nombor tapak itu, kalau abang berkenan, datang jumpa saya.

"Saya selalu ada di sini jangan bimbang tapak masih banyak," kata ejen yang hanya mahu dikenali sebagai Harun.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/arkib.asp?y=2010&dt=0801&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


KUALA LUMPUR – Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Ahmad Fuad Ismail memberi amaran akan membatalkan lesen tapak bazar Ramadan mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak mereka kepada pihak ketiga.

Tegas beliau, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memandang serius aktiviti menjual tapak bazar Ramadan tersebut dan akan mengerahkan anggota penguat kuasa turun padang mulai hari pertama puasa.

“Kita akan mengambil tindakan tegas terhadap pemilik lesen tidak bertanggungjawab itu. Pihak ketiga yang membeli tapak itu bakal berputih mata.

“Kalau kita temui sebarang bukti, DBKL akan terus rampas dan batalkan lesen pemilik terbabit serta-merta, tiada kompromi lagi,” tegasnya ketika dihubungi di sini semalam.

Ahmad Fuad memberikan reaksi keras itu sebagai mengulas pembongkaran Kosmo! Ahad semalam berhubung taktik licik segelintir peniaga yang diundi mendapat tapak bazar Ramadan tetapi dikatakan menjualnya pada harga sehingga RM30,000 kepada pihak ketiga. Sewa tapak itu cuma RM500 sebulan.

Bagaimanapun, setakat ini, menurut Ahmad Fuad, tiada aduan rasmi yang diterima oleh DBKL berhubung penyelewengan itu.

Pada masa yang sama, beliau turut menyelar mereka yang dilabelkan sebagai pihak ketiga kerana sanggup membeli tapak bazar Ramadan meskipun pada harga yang sangat mahal.

“Ada orang gila nak beli tapi bukan semuanya nak berniaga,” ujarnya.

Bagi mengatasi masalah tersebut daripada terus berulang, DBKL bakal memperkenalkan beberapa kriteria yang lebih ketat dalam pemberian lesen tapak bazar Ramadan mulai tahun depan.

Salah satu kriteria baru itu ialah pemohon yang dipilih akan diambil daripada mereka yang berpengalaman serta mempunyai reputasi yang baik dalam perniagaan.

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2010&dt=0802&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm

Nampak nya 2 hari berturut akhbar Kosmo memberi tumpuan terhadap isu jual beli tapak bazar ramadan di Jalan TAR.

Isu ini sebenar nya bukan rahsia lagi dan akan terus berleluasa setiap tahun jika pihak DBKL tidak mengambil tindakan yang betul untuk membendung nya.

Pihak DBKL sepatutnya mengetatkan peraturan semasa urusan permohonan tapak lagi. Pastikan yang memohon itu benar-benar berminat dan ada keupayaan menjalankan perniagaan agar isu penjualan /penyewaan tapak tidak lagi berulang pada tahun-tahun hadapan.

Ambo yakin jika sebahagian tapak bazar ramadan tersebut diberikan kepada peniaga-peniaga tetap Pasar Malam TAR isu ini sedikit sebanyak akan dapat dikurangkan.

Walaupun begitu ambo sokong pendirian DBKL untuk meneruskan pengudian tapak seperti yang dipraktikan sekarang kerana cara begitu adalah lebih adil kepada semua pihak.

Cuma satu saja...ambo HARAP tidak ada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan isu tapak yang semakin panas ini. Sekarang ini..sudah ada pihak yang tiba2 bercakap seolah2 mereka lebih tahu isu ini lebih dari peniaga yang sudah bertahun2 bertapak di situ.

Semuga di tahun hadapan isu seperti ini tidak akan berulang lagi..meski pun dari satu sudut isu ini sebenar telah membuat bazar ramadan Jalan TAR lebih glamor dan lebih diberi perhatian oleh orang ramai..!!!

hehe..sebagai peniaga asal Pasar Malam TAR...isu sebegini sebenar nya sikit sebanyak menguntung kan ambo juga...hehehe!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bercakap tanpa tindakan pun tak guna juga.

Buzzgurl berkata...

Saya teringin menjual di pasar malam..skrg hanya berjinak-jinak menjual secara online..Harap ada insan yang sudi menasihati diri ini..
Tahniah kepada semua peniaga yang berjaya dalam perniagaan mereka :)