

Tidak seperti tahun-tahun sebelum nya.... awal ramadan tahun ini telah menjanjikan habuan yang lebih besar kepada peniaga2 pasar malam Jalan TAR!! Jika tahun2 sebelum .. pada awal2 Ramadan begini..peniaga2 pasar malam Jalan Tar akan lebih banyak termenung dari melayan pelanggan..tetapi tahun ini... rasa macam tak menang tangan pula...!!!
Di tapak ambo sendiri pun..bermula sebelum tengah hari...pelanggan dan perpusu2 masuk...hingga kan rasa macam tak terlayan....!! situasi ini sebenarnya mengejutkan ambo sendiri. Jika dahulu jualan pada minggu pertama ramadan cuma sekitar 30 - 50% sahaja jualan hari2 pasar malam biasa...tetapi untuk tahun ini..jualan ambo maningkat lebih 300% dari jualan hari biasa!!
Kat sini biasa nya akan sebok menjelang minggu ke 3 bulan Ramadan..tetapi nampak nya tahun ini rezeki ambo datang lebih awal... syukur Alhamdullilah!!
Yang pasti stok baju untuk saiz L hampir habis... begitu juga dengan saiz2 lain!!
Ambo harap stok baru akan sampai dari India sebelum hari rabu.... hehe jika tak sampai...alamat kena jual mana stok yang ada saja lah!!
Kepada pengunjung pasar Malam TAR...ambo ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana sokongan anda semua....!! Insyaallah ambo da rakan2 akan cuba menyediakan baju2 yang berkualiti dan murah untuk semua!!!
1 ulasan:
alhamdullillah semuga rezeki kita sama-sama muroh.
Catat Ulasan