Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 4 Ogos 2010

YAHOOO!! RAMADHAN DATANG LAGI...!!!!




10 Ogos tarikh lihat anak bulan Ramadan

KUALA LUMPUR 3 Ogos - Tarikh melihat anak bulan Ramadan bagi menentukan permulaan puasa tahun ini ditetapkan pada petang Selasa, 10 Ogos ini bersamaan 29 Syaaban 1431 Hijrah.

Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, sebanyak 29 tempat ditetapkan untuk melihat anak bulan Ramadan.

Lokasi berkenaan adalah Pontian Kecil di Johor; Kompleks Falak Al-Khawarizmi dan Kampung Balik Batu (Melaka); Teluk Kemang (Negeri Sembilan); Bukit Melawati, Pulau Angsa dan Bukit Jugra (Selangor); Pantai Pasir Panjang (Perak); Pantai Aceh (Pulau Pinang); Kampung Pulau Sayak, Pemandangan Indah, Pulau Langkawi dan Menara Alor Setar (Kedah).

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0804&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm


yahooo.....!!! anak bulan Ramadan akan dilihat pada 10 Ogos dan permulaan puasa di jangka pada 11 Ogos... walau pun tarikh sebenar belum diputuskan lagi tetapi dengan kaedah nisab yang digunakan...tarikh awal sudah dapat dijangka!!

Seperti tahun-tahun lepas...ini lah masa peniaga2 pasar malam Jalan TAR seperti ambo akan mendapat durian runtuh. Jualan biasanya akan meningkat lebih 5 kali ganda...!!!

Sekarang ini peniaga2 pasar malam sudah bersedia dengan stok baru bagi memenuhi permintaan pelanngan yang datang sejauh Brunai dan Singapura.

Melihat kepada ramai nya pengunjung ke pasar malam Jalan TAR dalam tempuh 3-4 minggu ini ..ambo yakin..jualan tahun ini akan jauh lebih baik dari tahun lepas..!

Jika bazar ramadan ..Jalan TAR terkenal dengan isu sewa/beli tapak nya hingga mencecah puluhan ribu ringgit bagi sepetak..untuk pasar malam TAR isu ini juga ada tetapi tidak lah seteruk bazar Ramadan Jalan TAR. Memang ada urusan sewa menyewa...tetapi masih terkawal....walau pun ambo dengar harga yang dioffer agak lumayan.

Kepada peniaga dan pelanggan..pasar Malam TAR...ambo ingin ucapkan Selamat menyambut Ramadhan alMubarak...dan jangan lupa berkunjunglah ke Pasar Malam Jalan TAR sepanjang bulan puasa ini....anda tentu berpuas hati..!!!



1 ulasan:

Oranng Kelantan berkata...

selamat berposo dari kawe kepada semua pembaca blog.