Semenjak hari jumaat jalan-jalan sekitar KL jam tiba-tiba. Tempat yang dulu boleh kita tuju dalam tempuh 15-20 minit dah menjadi 1 - 1.5 jam...!!
Semua ini kerana Sales di Sogo...!!! dah menjadi seperti fenomena pula bila setiap kali ada jualan di Sogo...seolah2 seluruh warga KL akan bertumpu ke situ...kawasan parking semua full...malah stesyen LRT juga penuh sesak dengan manusia hingga hendak bergerak pun susah.
Kita akan dapat lihat orang ramai berbondong2 membawa beg sales Sogo ..malah isteri ambo sendiri pun dah pergi ke sana pada Jumaat dan pergi sekali lagi pada hari sabtu...semua kerana gara2 jualan yang dikatakan amat istimewa di Sogo!!
Semalam dah berbeg2 Sogo dibawa balik dan hari ini,,berbeg2 lagi dibawa balik...ambo agak lebih dari RM600 dibelanjakan selama 2 hari di Sogo!!
Rupa2 nya fenomena sales Sogo itu... tempias nya terkena juga kepada peniaga2 Pasar Malam TAR...Apa tidak nya...limpahan dari pengunjung Sogo telah bergerak pula ke Pasar Malam Jalan TAR...dan hari ini adalah antara kutipan jualan yang tertinggi ambo untuk sepanjang tahun 2010..!!
Pelanggan tak putus2 berkunjung ke tapak pasar malam ambo... sehingga kan saiz S dan M hampir habis diborong..!!!
Nampak nya Sales di Sogo bukan sahaja menguntungkan gedung tersebut..tetapi kesan nya dirasai juga oleh peniaga2 kecil seperti ambo!!!
Kepada pelanggan2 setia ambo...sepanjang bulan puasa ini...perniagaan ambo dibuka seperti biasa...cuma diawal kan sedikit...bermula dari pukul 9 pagi sabtu sehingga ke awal pagi ahad...!! Dan stok2 baru akan sampai dalam tempuh 1-2 hari lagi.....!!!
Ambo harap...yang tertungguk2 koleksi terbaru!!!..bulan ramadan nanti adalah saat yang paling sesuai untuk berkunjung ke tapak ambo... dan insyallah...kita akan tetap kekalkan harga seperti yang kita tawarkan sekarang!!!!
Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua ..terutama kepada pelanggan2 ambo!!
2 ulasan:
situasi ini sama dengan musim Sale Metro Jaya, Bukit Bintang tahun 90an dahulu.
yang membuat sale ini menjadi meriah kerana orang perempuan. asal nama je sale maka berduyun-duyunlah mereka leburkan duit kat sana.
Catat Ulasan