


Pada hari sabtu lepas, Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik telah melancarkan Hari Kebersihan Kuala Lumpur 2010 di Tapak Wakaf , Jalan Masjid India...berdekatan dengan Pasar Malam TAR...!!! Acara yang meriah itu turut dimeriahkan oleh DJ dari RMKL serta beberapa artis termasuk penyanyi Ella yang menjadi kegilaan ambo masa muda-muda dulu!!!!!
Serentak dengan Hari Kebersihan itu ...Raja Nong Chik juga mengumumkan penubuhan Pasukan Khas untuk memantau kebersihan di Kuala Lumpur!!! Pasukan tersebut akan di pengerusikan oleh Timbalan beliau sendiri iaitu Datuk M Saravanam yang diamanahkan untuk memastikan tahap kebersihan Kuala Lumpur dapat ditingkatkan ketahap yang membanggakan!!!
Ambo sebenarnya sokong sangat penubuhan Pasukan khas itu...cuma ambo nak bertanya seriuskah pihak Menteri Wilayah dalam hal ini????
Ambo berkata begitu kerana di pasar Malam TAR sendiri, kita tidak akan jumpa walau pun sebiji tong sampah untuk kegunaan ribuan pengunjung yang hadir saban minggu..!!!
Sepatutnya, serentak dengan pelancaran hari Kebersihan Kuala Lumpur yang jatuh juga hari pasar Malam TAR...kebersihan patut dipraktikkan di Pasar Malam TAR terlebih dahulu...!! Malang nya..upacara yang penuh meriah ...ucapan berapi-api dari pemimpin tetapi hakikat nya ...tong sampah pun tiada!!! Bukankah itu cakap tidak serupa bikin???
Kepada Datuk Saravanam..harap tinjau-tinjaulah sama masalah tong sampah di Pasar Malam TAR ini...akibat tiada kemudahan tersebut para pengunjung terpaksa membuang sampah di marata-rata. Sudah tentu ini akan memberi imej yang buruk terutama kepada pelancong luar negara yang semakin di Pasar Malam TAR!!!
Tiada guna, bercerita tentang kebersihan...tidak guna membuat kempen kebersihan penuh meriah...semata-mata untuk publisiti..jika tong sampah pun pak Menteri tak mampu nak sediakan...!!!
6 ulasan:
Macamana tong sampah diabaikan ditempat seperti pasar malam? tak kan lah orang nak bawa sampah ke hulu dan ke hilir. Akal tak de ke?
Kempen tanpa praktikal, sesuatu yang sia-sia.
salam ziarah
salam...tanpa nama dan Evi Lolta..!!kempen Hari Kebersihan Kuala Lumpur menjadi bahan lawak kepada sesetengah peniaga kerana ternampak seolah2 tindakan mereka ibarat 'lebih bang dari sembahyang..!!'
Ambo harap selepas ini kempen biar lah dibuat secara menyeluruh!!
betul, sampah memang banyak di pasar malam tar. pengunjung membuang bekas makanan dan minuman merata-rata kerana tiada tong sampah. DBKL sila ambil tindakan sewajarnya.
tumpang tnye..abe jual gapo kat pasar malam?.
Catat Ulasan