





Hari ini merupakan hari pertama cuti sekolah selama seminggu...!! Dan kebiasaan nya musim cuti pada bulan Mac seperti ini, pasar malam TAR akan penuh sesak terutama yang datang dari luar Kuala Lumpur!!
Kebetulan permulaan cuti kali ini serentak dengan permulaan musim baru AF8....!! Ini sikit sebanyak mengusarkan juga kami...!!! Ada juga bertanya, apa kaitan AF dengan pasar malam TAR?? Memang ada kesan yang jelas bila menjelang musim AF begini...apatah lagi konsert AF diadakan pada malam minggu...!!!
Jika di zaman Mawi dalam AF dulu...kesan nya amat dirasakan...bila menjelang saja ke jam 9 malam ..pasar Malam TAR tiba-tiba menjadi lengang..pengunjung tidak seramai ketika bukan musim AF!! Begitulah kuatnya penangan AF ini...tetapi syukur..situasi itu tidak lagi berlaku sekarang..malah malam ini pun..kehadiran musim baru AF boleh dikatakan tidak menjejaskan aktiviti jualan di Pasar Malam TAR. Pengunjung tetap ramai seperti biasa..malah beberapa peniaga makanan telah menutup awal perniagaan mereka kerana kehabisan barang jualan.
Jualan di tapak ambo pun agak memuaskan...dan ambo harap selepas ini.. kehadiran AF tidak akan lagi menjadi ancaman kepada kami seperti apa yang berlaku pada awal-awal kemuculan musim AF dulu!!!
Sebagai peniaga pasar Malam TAR...ambo harap..siaran AF boleh diubah ke hari Ahad....hehe itu sekadar harapan dan ambo tahu itu tidak mungkin menjadi kenyataan!!! tetapi sekadar mencadang..ambo rasa itu tiada salahnya!!!
3 ulasan:
Betul sangat AF sekarang kurang menyengat berbanding dahulu.
Pasar Malam TAR sepatutnya di kembalikan semula di Jalan TAR sebelum dipindahkan ke Lorong TAR seperti sekarang.
xsuka Af sbb poyo lebih dari bakat..hate dis programmed a lot
Catat Ulasan