

Bersarapan di pasar Muhibah pagi minggu lepas membuat kan ambo mengimbau kembali zaman kanak2 di wakaf Che Yeh, Kota Baru..!! Masa itu ambo cukup gemar makan pulut pagi untuk sarapan.
Setelah berpuluh tahun di merantau di Kuala Lumpur, akhirnya ambo berjumpa kembali dengan pulut pagi yang enak kegemaran ambo itu. Sebelum ini pun bukan lah ambo tidak pernah makan pulut pagi di KL..tetapi entah mengapa pulut pagi yang ambo makan kat gerai di Pasar Muhibah Taman Muhibah, Taman Nirwana itu benar mengamit kenangan..!!!
Sambil ambo melihat putri bongsu ambo menyuap pulut pagi tersebut...ambo ingatkan diri ambo sendiri ...!! Sesungguhnya memori semasa kanak-kanak terlalu indah untuk dikenang!!!
Sebenarnya pulut pagi cuma sejenis makanan yang amat ringkas..di mana beras pulut dimasak bersama-sama 'nesan' dan dicecah bersama kepala parut yang dicampur sedikit garam halus!!
Bagi yang ada nastolgia tentang pulut pagi seperti ambo... cuba lah berkunjung ke Pasar Muhibbah , Taman Nirwana...ambo pasti kenangan lama yang mengamit akan membuat kita terlalu rindu kepada kampung halaman....!!!