Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 21 Julai 2009

SARAPAN PAGI RM1 DI RESTORAN UKHWAH 1MALAYSIA - MEDAN TUNKU

Restoran Ukhwah 1Malaysia menawarkan sarapan lengkap dengan cuma RM1 sahaja..untuk roti canai dan teh tarik...!

tebar bang tebar ramai dok tunggu tu...... roti canai memang lembut!!
dah garing tu tepuk-tepuk sikit...siap untuk diambil oleh pelanggan..!!! ramai beratur..!
set roti canai yang enak bersama teh tarik cuma RM1...boleh caya ke??
pelanggan yang memenuhi hampir setiap ruang dalam restoran..!!
1 roti canai dan 1 teh tarik cuma Rm1 Encik..!!
Jika anda cuma ada RM1 dan mahu bersarapan pagi... anda jangan risau kerana nilai RM1 itu anda masih boleh bersarapan di sebuah restoran yang selesa di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur!!

Ambo sebenar nya sudah beberapa kali melihat satu banner yang terpampang di sebuah restoran di Medan Tunku , Jalan TAR yang menawarkan harga RM1 untuk bersarapan pagi itu. Ambo memang parking kereta di ruang parking Medan Tunku bila nak buka pasar malam setiap sabtu!!

Restoran Ukhwah 1Malaysia yang menawarkan sarapan RM1 itu tak salah ambo baru dibuka!! Sebelum ini ambo selalu juga makan di restoran tersebut tetapi waktu itu makanan yang disediakan adalah makanan pantai timur!!

Nampak nya Koperasi Ukhwah yang mengusahakan Restoran tersebut telah melebar kan cabang-cabang syarikat nya di seluruh Medan Tunku. Ukwah sudah ada beberapa unit bangunan di Medan Tunku yang meliputi berbagai jenis perniagaan termasuk dua buah restoran!


Ambo terpaksa beratur untuk mendapatkan roti canai dan teh tarik....!!! dan satu yang tidak boleh dinafikan roti canai memang sedap walau pun agak kecil sedikit! Kita juga boleh memilih samada untuk makan bersama kuah kari atau dal!!!


Selain roti canai, sarapan lain juga disediakan termasuk nasi lemak, mee goreng, lontong ... ambo tak sempat nak tinjau lain-lain makanan kerana terpaksa ambil orang rumah ambo di LPPKN Jalan Raja Laut!!

Apa pun , dalam 20-30 minit ambo di Restoran tersebut...ternyata promosi RM1 yang di perkenal itu benar-benar mampu menarik perhatian ramai.... ambo tenguk pelanggan tak putus-putus masuk dan keluar!!! Malah semasa dalam kereta ambo sempat mendengar Aznil Nawawi , DJ radio Era telah menalifon secara langsung pengurus Restoran Ukhwah untuk bertanya tentang promosi tersebut...."insyallah saya dan din Beramboi akan datang ke restoran esok.." itu antara kata2 aznil...!!!

Ternyata...promosi itu telah mendapat publisiti yang cukup meluas!!!!

Kepada Restoran Ukhwah..terima kasih dan tahniah kerana telah memberi nilai kepada RM1 duit kami!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Baguslah! ada sehinggit ni boleh makan dalam restoran.