Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 23 Julai 2009

NASI KUKUS D'PAKU MEMANG ORI NO. 1 - AMPANG DAN SETIAWANGSA.

Lori kecil yang diguna kan untuk berniaga nasi kukus..!! tengah hari di Setiawangsa dan lewat petang di Ampang!!
...biasa nya pelanggan yang sekali rasa nasi kukus D'Paku tidak akan lupa kesedapan nya!!

Sebaik sahaja perniagaan bermula , pelanggan segera menyerbu...!!
..wah!! serius nya tokey nasi kukus.....tenung gapo wei!!??
goreng!! jangan tak goreng!!...ayam kampung dimasak panas untuk dimakan bersama nasi kukus!!
ermm...sedap nya ayam percik....ambo suka sangat percik kat sini..ori tuuu..!!
ayam kampung sedia untuk dipilih oleh pelanggan...lepas pilih baru digoereng panas!! sedapppp!!
pelanggan yang setia beratur....mula pukul 5 petang..sebelum magrib nasi kukus dah habis!!
..bungkus kak...ramai dok beratur tu..!!.Kak Nor bersama pembantu nya!!!
tempahan juga boleh dibuat... no hp Kak Nor ada terpampang tu..!!! percik asli!!
ambo beli 2 bungkus..sebungkus berlauk ayam percik dan sebungkus lagi berlauk kegemaran ambo....daging kerutuk.... kerutuk D'Paku sedappp oooo..sekali kena mesti tak pula!!!
biasa nya sebungkus boleh makan 2 orang...!! kak long dan Ika sedang khusuk makann!! orang lalu kat belakang pun dia tak sedar!!


Kepada peminat nasi kukus...anda patut merasa nasi kukus D'Paku...!! bagi ambo tiada nasi kukus seasli nasi kukus D Paku!!

Mungkin sikit kekurangan nasi kukus DPaku kerana nasi tidak dikukus dalam bekas loyan khas seperti yang kita biasa lihat terutama nya di Kota Bharu, namun begitu dari segi kesedapan nasi kukus DPaku tetap no.1!!!!

Selain nasi kukus, ada juga nasi kerabu putih yang juga bagi ambo sedap...hehe orang rumah ambo memang suka nasi kerabu kat sini!!!


Selain ayam percik nya yang ori dan daging kerutuk nya yang lazat...ayam kampung goreng nya juga disediakan panas-panas. Kita boleh memilih bahagian mana yang kita suka dan akan segera digoreng mengikut citarasa ..agar kita dapat merasa kesedapan daging ayam kampung yang telah diperap dengan rempah-rempah khas itu!! Ambo yakin..sekali rasa ayam kampung goreng itu...kita tak sedar tiba-tiba terjilat jari sendiri!!


Nasi kukus ini dibuka pada dua sessi..sessi tengah hari di Setiawangsa ...lokasi nya berdekatan dengan Stadium mini ...tak jauh dari sekolah Kebangsaan , sementara sessi petang pula di Lorong Memanda, Ampang!! Lokasi nya ..lorong yang bertentangan dengan pasaraya Max Velu dan berdekatan dengan surau!!


Agar tidak kecewa , ambo cadang kan supaya datang awal....kemana2 lokasi tersebut..dan kalau boleh sebelum warung nasi kukus buka..kita dah beratur!!!!

Dan anda juga jangan terkejut kerana pelanggan nasi kukus ini bukan sahaja orang kebanyakan macam kita semua, malah orang-orang yang bertaraf VVIP pun ramai!! Sama dok beratur dengan kita juga!!!


Ambo memang selalu singgah beli nasi kukus ni..baik di Setiawangsa atau pun di Ampang!! Kalau tak rasa sekurang-kurang nya seminggu sekali..macam tak sempurna jee hidup ni !!!!!

hehe lagi pun ambo gan tokey D Paku boleh dok sembang panjang...maklum lee kami ni sama-sama Kelate...dan 'bendera' pun sama....!!!!

Dan kepada yang berminat untuk membuat tempahan boleh call Kak Nor - 012 3934569


7 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sudah beberapa kali merasa nasi kukus ini, memang terangkat.

Tanpa Nama berkata...

aku pun nak rasa nasi kukus ini,
tentu boleh dapat petang nanti
di Ampang.
Tunggu kehadiran saya.

nakrasa berkata...

nasi kukus yang paling sedap tetap kat kelantan.

Fatimah_Lawa berkata...

saya tenguk kat blog ni semua nya sedap dan murah, cantik dan murah.
Nasi kukus ni memang saya kena rasa. Ayam percik mesti sedap.

nasikukus berkata...

selain dari ampang dan seriawangsa kat mana lagi ada nasi kukus ni?
Kalau ada restoran harap dapat juga diupkan dalam blog ni.

wAtIE berkata...

dah rasa pun nasi kukus dpaku. memang sedap. minta upkan lagi warung makan yang menarik.

Tanpa Nama berkata...

sedak bena wei nasi kukuh ni.