Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 15 Ogos 2010

SELEPAS TRAGEDI..BAZAR RAMADAN STADIUM JASIN AKAN DIPINDAHKAN KE BANDAR BARU JASIN TIGA ...!!!



Selepas targedi malang hingga mengorbankan 3 mangsa di Bazar Ramadan stadium Jasin , petang jumaat ... kjaan Melaka mengambil keputusan mengubah bazar itu ke lokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.

"Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin,”.

Ambo harap apa yang KM Melaka katakan itu dapat direalisasikan dengan secepat mungkin agar peniaga2 bazar berkenaan dapat meneruskan peniagaan mereka dengan secepat mungkin.

Sebelum ini.. media melaporkan 2 peniaga dan seorg pengunjung bazar telah terkorban manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan palang besi yang diterbangkan ribut amat kencang

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; dan Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini, manakala pengunjung yang turut maut ialah Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang, manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian tersebut kebanyakan peniaga baru sahaja selesai membuat persediaan bagi memulakan penigaan mereka.

Ambo harap selepas dipaindahkan... kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Ambo di Pasar Malam TAR amat bersyukur kerana kejadian buruk seperti itu tidak pernah menimpa kami disini... dan ambo berdoa agar kami dan semua peniaga bazar akan dilindungi Allah sentiasa!!

Tiada ulasan: