Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

PENIAGA BAZAR RAMADAN JASIN TERIMA BALA???



Kejadian ribut di Jasin kesan Monsun Barat Daya

16/08/2010 5:56pm

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kejadian ribut yang melanda Jasin, Melaka pada Jumaat lepas adalah kesan daripada Monsun Barat Daya dan bukannya fenomena luar biasa.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, Monsun Barat Daya, yang berlaku dari Mei hingga September di Semenanjung Malaysia akan mengalami kejadian ribut petir yang kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan harta benda.

"Kejadian ribut di Jasin bukannya fenomena luar biasa kerana ia sama seperti kejadian petir yang boleh membahayakan diri seseorang sekiranya mereka berada di kawasan berdekatan besi, padang dan pokok,” katanya. - Bernama


Ambo sengaja upkan berita ini kerana ada suara-suara nakal konon nya apa yang terjadi di Jasin jumaat lepas adalah 'bala' dari Allah kerana mereka terlalu sebok berniaga hingga 'terlupa' tanggungjawab kepada Allah.

Ambo selalu perpegang bahawa semua kita bebas memberi pandangan tetapi jangan lah sampai apa yang kita kata itu akan melukakan hati org lain. Apakah yang berkata itu yakin sangat yang itu adalah 'bala' dari Allah?? apakah dia baru mendapat wahyu dari langit hingga berani berkata sedemikian rupa??

Daripada hadis yang diriwayatkan Tabrani: "Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa."

Jika tidak mahu melihat berniaga itu sebagai mengikut sunnah Rasul...suka ambo bertanya apakah berniaga di bazar Ramadan itu dosa nya setaraf dengan derhaka kepada Allah dan berzina hingga dikatakan konon nya telah 'dibalakan' oleh Allah??

Ambo harap ...sesiapa yang suka menghukum sedemikian rupa... renunglah diri sendiri dulu..jangan terlalu mudah menghukum sedemikian rupa..... kerana dalam islam pun kita ditanamkan bahawa seseorang itu alim selagi dia belajar..tetapi bila dia berhenti belajar dan mula menghukum...sesungguhnya dia dari golongan yang bodoh!!

Dalam hal bala sekali pun kita ada 2 lagi kongsep lain yang setara dengan bala..iaitu khifarat dan ibtila...!! Jadi kaji lah semua nya... dan bercakaplah dengan otak yang tenang dan buka nya menghukum dengan menggunakan kepala lutut!!! wasslam!!

Tiada ulasan: