Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

ISU BAZAR RAMADAN - MENGAPA ADA DOUBLE STANDARD?? PENIAGA KECIL MENGUNDI UNTUK SATU TAPAK...TAPI JACKEL SENANG2 DAPAT SEDERET TAPAK....????

isu tapak Ramadan ini lah yang banyak menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai..!!!

Hajra??? bukan....!! Hajra tidak kena mengena rasanya dengan tapak ramadan tersebut!!
ibarat' pulau' tapak bazar Ramadan semuanya dapat kepada satu syarikat besar sahaja..!!! adilkah itu???
apakah di Kuala Lumpur.... yang kaya semakin senang ..dan yang marhaien terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan walau pun cuma 1 tapak...???

Hari ini sudah masuk ke 14 Ramadan... suasana bazar Ramadan Jalan Tar semakin meriah... dan memang begitulah resam nya saban tahun. Semakin menjejak penghujung Ramadan semakin meriah kawasan sekitar Jalan Tar terutama nya bazar Ramadan nya.

Walau pun semakin penghujung..tetapi masih ramai yang bercerita betapa susah nya untuk mendapatkan tapak di bazar tersebut. Malah untuk mendapatkan tapak terpaksa bersaing dengan 15,000 pemohon lain....begitulah perit jerih nya menjadi peniaga marhaien di Kuala Lumpur ini..... cuba bayangkan untuk cuma beberapa ratus tapak....berbelas ribu mencuba nasib.....!!!

Tetapi dalam sudut berbeza... ada sebuah peniagaan yang begitu besar...megah dengan jualan tudung eksklusif nya... tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan sederet tapak bazar Ramadan... dan anggaran jika diagih2 kan kepada peniaga kecil...tak kurang 10 tapak boleh disediakan!!

Nampak nya...cuma peniaga kecil yang marhaien, rakyat biasa yang baru nak berniaga, golongan yang mahu mencari rezeki tambahan bulan ramadan sahaja yang wajib bersaing sesama sendiri... perlu isi borang...perlu menunggu cabutan di stadium Tasik Titiwangsa dari pagi sampai petang..kot2 bernasib baik...nama tercabut untuk mendapat tapak!!!

Tetapi bagi syarikat terbesar ... semua itu tidak perlu.... mereka tidak perlu isi borang seperti orang biasa... tak perlu tunggu nama dicabut dari pagi sampai senja.... malah...tapak pun agak nya mereka boleh pilih mana yang mereka suka.....!!!

Suka ambo bertanya kepada pihak berkenaan..dimana letak kan 'adil' yang mereka laung2 kan dalam pengagihan tapak bazar Ramadan sekitar Jalan Tar itu?? Apakah adil cuma kepada peniaga-peniaga kecil sahaja??? apakah kepada syarikat besar syarat tersebut tidak terpakai kepada mereka???

Isu ini sebenarnya telah menjadi bualan dikalangan peniaga dan orang ramai!! Apakah ada permainan sorong tarik disebalik 'pemberian' tapak nya bazar yang stategik lagi banyak kepada syarikat besar berkenaan??

Ambo harap isu ini dijawab dengan telus oleh pihak berkenaan... agar persepsi berat sebelah ini tidak berterusan pada tahun-tahun hadapan.

Selama ini ambo yakin bila pihak berkenaan menwar-warkan konon nya agihan tapak dibuat secara telus dan adil... apalagi bila dilibatkan sama pihak SPRM dan Persatuan sendiri...!!

Malang nya....isu ini membuat ambo tertanya2 apakah ada double standard dalam pengagihan tapak bazar.... antara peniaga kecil dan peniaga besar????

Ambo harap ada jawapan dalam isu ini....!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

ntahla..dunia skrg, org kaya mkn kaya orang miskin makin sengsara. Kalau bgt gayanya, langsung xada keadilan..yang kaya 'hulur' lbh krg dapatlah tapak tu..hmmm ntahla..

bijan berkata...

Tapak di Jalan Tar amat sensitif. isu sebegini jika tidak dijawab dengan betul oleh pihak DBKL bakal memberi gambaran yang buruk kepada agensi tersebut.