Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 11 Ogos 2010

ISU BAZAR RAMADHAN-PENDATANG DI KUALA LUMPUR LEBIH BERUNTUNG DARI MELAYU DI PULAU PINANG??

apa yang terjadi kepada peniaga melayu di Pulau Pinang wajar menjadi panduan kita semua!!
saat tegang...bila peniaga melayu cuba pertahankan hak mereka....!!!
Komtar.... apakah selepas ini masih ada melayu di dalam nya????


Apa yang boleh ambo katakan kecuali bersyukur bila isu peniaga-peniaga melayu di bazar Ramadan Komtar telah berakhir. Walau pun cuma 25 dari 27 peniaga yang diberi peluang namum itu sudah memadai .

Sesungguh nya kita di Kuala Lumpur jauh lebih bertuah dari saudara-saudara kita di Pulau Pinang itu. Kita disini bebas untuk mencari rezeki di bulan Ramadan ini. Kita bukan sahaja diberi peluang tetapi juga dibantu dari berbagai sudut!!

Malah dari rentetan isu peniaga bazar Ramadan Komtar itu..ambo boleh buat kesimpulan bahawa menjadi pendatang di KL ini jauh lebih bertuah untuk mencari rezeki bulan Ramadan dari menjadi melayu seperti di Komtar itu.

Sebagai warga penjaja Di Kuala Lumpur... ambo ongin ucapkan berbayak terima kasih kepada DBKL dan Kementerian Wilayah Persukutuan dan Kesahteraan Bandar kerana memberi peluang berniaga kepada kami semua!

Kita di KL bukan sahaja diberi peluang sama rata untuk berniaga...tetapi kita juga mampu mendapat untung atas angin yang tinggi dengan menjual tapak ramadan yang kita perolehi.



Akhirnya 25 dibenar berniaga Bazar Ramadan

PULAU PINANG 10 Ogos - Peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang sebelum ini tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga bangunan itu seperti tahun-tahun lalu, akhirnya dibenarkan berbuat demikian.

Kebenaran tersebut dicapai hasil perbincangan pihak peniaga dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Komtar di sini selama hampir dua jam bermula kira-kira pada pukul 2.30 petang hari ini.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman yang membuat pengumuman itu memberitahu, semua 25 peniaga yang dihalang berniaga sebelum ini boleh memulakan operasi mereka esok dengan kadar sewa RM50 sehari.

"Hasil perbincangan antara kami (dengan PDC) hari ini bersetuju apa yang berlaku adalah disebabkan kesilapan teknikal dan ia sudah pun diperbetulkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Mingguan Malaysia kelmarin melaporkan, pihak pengurusan Komtar, PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin.

Sebelum itu, kira-kira 200 orang terdiri daripada peniaga terbabit dan orang ramai berhimpun hampir sejam bagi membantah serta menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri.

Tambah Mohamed Ghani, pihak para peniaga juga telah membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah peniaga daripada 27 kepada 25 gerai sahaja kerana mahu mengelak daripada berlaku kesesakan di bazar itu kelak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa halangan untuk berniaga dibuat berikutan kegagalan KMA membayar sewa perniagaan di tempat itu, Mohamed Ghani berkata, dakwaan berkenaan tidak tepat.

"Bagaimanapun, perkara yang berlaku itu telah pun dijelas dan diperbetulkan pada mesyuarat sebentar tadi iaitu ia hanya sebahagian kesilapan teknikal dan salah faham yang berlaku sebelum ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

bersatulah melayu!