Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 9 Ogos 2010

'JAMUAN MENYAMBUT RAMADHAN' - ADAT ATAU IBADAH??!!

kepada semua pelanggan dan peniaga di Pasar malam Jalan TAR...ambo ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.... semuga tahun ini lebih dimurahkan rezeki..!!!










Setiap kali menjelang Ramadhan..satu acara yang selalu diraikan oleh hampir semua keluarga baik di kota atau pun di desa adalah 'jamuan menyambut puasa'.

Biasa nya jamuan ini dijalankan dalam tempuh seminggu sebelum puasa. Seluruh keluarga terdekat akan berkumpul dan sama2 menikmati hidangan istimewa yang disediakan.. baik di rumah atau pun di restoran2 terpilih!!

Selain diperingkat keluarga, 'adat' ini juga disambut diperingkat kelompok masyarakat yang lebih besar..dimana jamuan akan dibuat bergontong royong dan selalu nya dijalankan di surau atau pun dewan orang ramai.

Sudah tentu 'adat' ini amat baik kerana selain dari mengambarkan betapa seronok nya umat islam untuk menyambut bulan Ramadhan..ia juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan masyarakat!!

hehe..ambo sendiri pun tidak ketinggalan meraikan 'jamuan menyambut Ramadhan' ini bersama keluarga dengan cara yang cukup sederhana tetapi meriah.

Bertempat di Restoran Nelayan , Taman Tasik Titiwangsa pada hujung minggu lalu...hampir semua keluarga sebelah isteri ambo berkumpul...kami menikmati hidangan istimewa buffet steamboat ...waa..sedap sungguh sambil diiringi oleh muzik asli secara live..!!

Dalam kesempatan ini..ambo ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Lan yang juga SU Persatuan Peniaga dan Penjaja Pasar Malam TAR yang sudi mensponsor jamuan tersebut.... semuga selalu dimurahkan rezeki!!!

Dan bagi ambo...jamuan 'Menyambut Puasa' ini amat baik untuk dijadikan sebagai acara rasmi bukan sahaja kepada setiap keluarga tetapi boleh juga dijadikan sambutan di peringkat yang lebih besar...kerana acara seperti ini sebenar nya akan membuat hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan akan lebih erat...!!!

hehe...cam mana Datuk Bandar KL..jika jamuan 'menyambut Ramadhan' dijadikan acara rasmi masyarakat Kuala Lumpur!!??

Tiada ulasan: