Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 24 Ogos 2010

ISU BAZAR RAMADAN - MENGAPA ADA DOUBLE STANDARD?? PENIAGA KECIL MENGUNDI UNTUK SATU TAPAK...TAPI JACKEL SENANG2 DAPAT SEDERET TAPAK....????

isu tapak Ramadan ini lah yang banyak menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai..!!!

Hajra??? bukan....!! Hajra tidak kena mengena rasanya dengan tapak ramadan tersebut!!
ibarat' pulau' tapak bazar Ramadan semuanya dapat kepada satu syarikat besar sahaja..!!! adilkah itu???
apakah di Kuala Lumpur.... yang kaya semakin senang ..dan yang marhaien terpaksa berhempas pulas untuk mendapatkan walau pun cuma 1 tapak...???

Hari ini sudah masuk ke 14 Ramadan... suasana bazar Ramadan Jalan Tar semakin meriah... dan memang begitulah resam nya saban tahun. Semakin menjejak penghujung Ramadan semakin meriah kawasan sekitar Jalan Tar terutama nya bazar Ramadan nya.

Walau pun semakin penghujung..tetapi masih ramai yang bercerita betapa susah nya untuk mendapatkan tapak di bazar tersebut. Malah untuk mendapatkan tapak terpaksa bersaing dengan 15,000 pemohon lain....begitulah perit jerih nya menjadi peniaga marhaien di Kuala Lumpur ini..... cuba bayangkan untuk cuma beberapa ratus tapak....berbelas ribu mencuba nasib.....!!!

Tetapi dalam sudut berbeza... ada sebuah peniagaan yang begitu besar...megah dengan jualan tudung eksklusif nya... tidak perlu beratur panjang untuk mendapatkan sederet tapak bazar Ramadan... dan anggaran jika diagih2 kan kepada peniaga kecil...tak kurang 10 tapak boleh disediakan!!

Nampak nya...cuma peniaga kecil yang marhaien, rakyat biasa yang baru nak berniaga, golongan yang mahu mencari rezeki tambahan bulan ramadan sahaja yang wajib bersaing sesama sendiri... perlu isi borang...perlu menunggu cabutan di stadium Tasik Titiwangsa dari pagi sampai petang..kot2 bernasib baik...nama tercabut untuk mendapat tapak!!!

Tetapi bagi syarikat terbesar ... semua itu tidak perlu.... mereka tidak perlu isi borang seperti orang biasa... tak perlu tunggu nama dicabut dari pagi sampai senja.... malah...tapak pun agak nya mereka boleh pilih mana yang mereka suka.....!!!

Suka ambo bertanya kepada pihak berkenaan..dimana letak kan 'adil' yang mereka laung2 kan dalam pengagihan tapak bazar Ramadan sekitar Jalan Tar itu?? Apakah adil cuma kepada peniaga-peniaga kecil sahaja??? apakah kepada syarikat besar syarat tersebut tidak terpakai kepada mereka???

Isu ini sebenarnya telah menjadi bualan dikalangan peniaga dan orang ramai!! Apakah ada permainan sorong tarik disebalik 'pemberian' tapak nya bazar yang stategik lagi banyak kepada syarikat besar berkenaan??

Ambo harap isu ini dijawab dengan telus oleh pihak berkenaan... agar persepsi berat sebelah ini tidak berterusan pada tahun-tahun hadapan.

Selama ini ambo yakin bila pihak berkenaan menwar-warkan konon nya agihan tapak dibuat secara telus dan adil... apalagi bila dilibatkan sama pihak SPRM dan Persatuan sendiri...!!

Malang nya....isu ini membuat ambo tertanya2 apakah ada double standard dalam pengagihan tapak bazar.... antara peniaga kecil dan peniaga besar????

Ambo harap ada jawapan dalam isu ini....!!!

Isnin, 16 Ogos 2010

PENIAGA BAZAR RAMADAN JASIN TERIMA BALA???



Kejadian ribut di Jasin kesan Monsun Barat Daya

16/08/2010 5:56pm

KUALA LUMPUR 16 Ogos - Kejadian ribut yang melanda Jasin, Melaka pada Jumaat lepas adalah kesan daripada Monsun Barat Daya dan bukannya fenomena luar biasa.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi, Alui Bahari berkata, Monsun Barat Daya, yang berlaku dari Mei hingga September di Semenanjung Malaysia akan mengalami kejadian ribut petir yang kadangkala boleh mengakibatkan kerosakan harta benda.

"Kejadian ribut di Jasin bukannya fenomena luar biasa kerana ia sama seperti kejadian petir yang boleh membahayakan diri seseorang sekiranya mereka berada di kawasan berdekatan besi, padang dan pokok,” katanya. - Bernama


Ambo sengaja upkan berita ini kerana ada suara-suara nakal konon nya apa yang terjadi di Jasin jumaat lepas adalah 'bala' dari Allah kerana mereka terlalu sebok berniaga hingga 'terlupa' tanggungjawab kepada Allah.

Ambo selalu perpegang bahawa semua kita bebas memberi pandangan tetapi jangan lah sampai apa yang kita kata itu akan melukakan hati org lain. Apakah yang berkata itu yakin sangat yang itu adalah 'bala' dari Allah?? apakah dia baru mendapat wahyu dari langit hingga berani berkata sedemikian rupa??

Daripada hadis yang diriwayatkan Tabrani: "Dua (kejahatan) yang akan dibalas Allah di dunia ini adalah zina dan derhaka kepada dua ibu bapa."

Jika tidak mahu melihat berniaga itu sebagai mengikut sunnah Rasul...suka ambo bertanya apakah berniaga di bazar Ramadan itu dosa nya setaraf dengan derhaka kepada Allah dan berzina hingga dikatakan konon nya telah 'dibalakan' oleh Allah??

Ambo harap ...sesiapa yang suka menghukum sedemikian rupa... renunglah diri sendiri dulu..jangan terlalu mudah menghukum sedemikian rupa..... kerana dalam islam pun kita ditanamkan bahawa seseorang itu alim selagi dia belajar..tetapi bila dia berhenti belajar dan mula menghukum...sesungguhnya dia dari golongan yang bodoh!!

Dalam hal bala sekali pun kita ada 2 lagi kongsep lain yang setara dengan bala..iaitu khifarat dan ibtila...!! Jadi kaji lah semua nya... dan bercakaplah dengan otak yang tenang dan buka nya menghukum dengan menggunakan kepala lutut!!! wasslam!!

Ahad, 15 Ogos 2010

MINGGU PERTAMA RAMADAN...REZEKI SUDAH MELIMPAH!!!

pilih kak.... sementara saiz masih ada.... hehe menjalang malam....kebanyakan saiz dan warna dah habis!!
antara baju yang paling mendapat sambutan... bukan sahaja kerna cantik...tetapi harga nya amat berpatutan!!
siapa tu..suka sangat mencelah kat tempat2 sebok macam ni?? suasana padat begini bermula dari sebelum tengah hari...hingga ke waktu hampir berbuka.....penat ooo.... tetapi seronok melayan pengunjung!!
Huruf condongseorang model yang sedang bergaya sakan dengan baju yang ambo jual!!!
Walau suasana masih belum padat...tetapi kebanyakan yang datang mmg untuk berbelanja...!! tu yg buat jualan ambo pun naik sampai 300%
Huruf condongadengan yang seronok kita lihat...!!!
antara pelancong dari Perancis yang sering berkunjung ke tapak ambo!!


Tidak seperti tahun-tahun sebelum nya.... awal ramadan tahun ini telah menjanjikan habuan yang lebih besar kepada peniaga2 pasar malam Jalan TAR!! Jika tahun2 sebelum .. pada awal2 Ramadan begini..peniaga2 pasar malam Jalan Tar akan lebih banyak termenung dari melayan pelanggan..tetapi tahun ini... rasa macam tak menang tangan pula...!!!

Di tapak ambo sendiri pun..bermula sebelum tengah hari...pelanggan dan perpusu2 masuk...hingga kan rasa macam tak terlayan....!! situasi ini sebenarnya mengejutkan ambo sendiri. Jika dahulu jualan pada minggu pertama ramadan cuma sekitar 30 - 50% sahaja jualan hari2 pasar malam biasa...tetapi untuk tahun ini..jualan ambo maningkat lebih 300% dari jualan hari biasa!!

Kat sini biasa nya akan sebok menjelang minggu ke 3 bulan Ramadan..tetapi nampak nya tahun ini rezeki ambo datang lebih awal... syukur Alhamdullilah!!

Yang pasti stok baju untuk saiz L hampir habis... begitu juga dengan saiz2 lain!!
Ambo harap stok baru akan sampai dari India sebelum hari rabu.... hehe jika tak sampai...alamat kena jual mana stok yang ada saja lah!!

Kepada pengunjung pasar Malam TAR...ambo ingin ucapkan berbanyak terima kasih kerana sokongan anda semua....!! Insyaallah ambo da rakan2 akan cuba menyediakan baju2 yang berkualiti dan murah untuk semua!!!

SELEPAS TRAGEDI..BAZAR RAMADAN STADIUM JASIN AKAN DIPINDAHKAN KE BANDAR BARU JASIN TIGA ...!!!



Selepas targedi malang hingga mengorbankan 3 mangsa di Bazar Ramadan stadium Jasin , petang jumaat ... kjaan Melaka mengambil keputusan mengubah bazar itu ke lokasi baru berhampiran Pejabat Perpaduan Negara dan Intergrasi Nasional (PPNIN) di Bandar Baru Jasin Tiga.

Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, kawasan baru itu didapati lebih selamat kerana dilindungi deretan bangunan kedai dan juga bangunan PPNIN.

"Bazar Ramadan di kawasan baru itu dijangka beroperasi pada Isnin ini selepas persiapan dibuat oleh Majlis Perbandaran Jasin dan Persatuan Penjaja Kecil Melaka Daerah Jasin,”.

Ambo harap apa yang KM Melaka katakan itu dapat direalisasikan dengan secepat mungkin agar peniaga2 bazar berkenaan dapat meneruskan peniagaan mereka dengan secepat mungkin.

Sebelum ini.. media melaporkan 2 peniaga dan seorg pengunjung bazar telah terkorban manakala 18 orang yang lain cedera dihempap khemah dan palang besi yang diterbangkan ribut amat kencang

Dua peniaga yang terbunuh itu ialah Mahadi Mohamad, 40, berasal dari Kampung Gong Merang, Terengganu; dan Abdul bin Omar, 73, dari Kampung Air Merbau di sini, manakala pengunjung yang turut maut ialah Muhammad Wahab, 49, dari Kampung Rim di sini.

Seramai 15 mangsa telah dibenarkan pulang, manakala dua mangsa masih dirawat di Hospital Jasin dan seorang lagi di Hospital Pakar Putra dekat sini.

Semasa kejadian tersebut kebanyakan peniaga baru sahaja selesai membuat persediaan bagi memulakan penigaan mereka.

Ambo harap selepas dipaindahkan... kejadian yang sama tidak akan berulang lagi. Ambo di Pasar Malam TAR amat bersyukur kerana kejadian buruk seperti itu tidak pernah menimpa kami disini... dan ambo berdoa agar kami dan semua peniaga bazar akan dilindungi Allah sentiasa!!

Sabtu, 14 Ogos 2010

TERKINI.....TRAGEDI DI BAZAR RAMADAN STADIUM JASIN - 4 TERBUNUH 18 CEDERA!

beberapa peniaga sedang membersihkan gerai yang ranap akibat ribut petang semalam!

Huruf condongsuasana kelamkabut sejurus selepas ribut melanda!





Ambo ingin mengucapkan takziah kepada keluarga 4 peniaga bazar Ramadan yang terbunuh apabila tapak peniagaan mereka dilanda ribut petang tadi.

Tragedi pada pukul 5 petang itu telah meranap lebih 40 gerai di Bazar Ramadan berhampiran stadium Jasin .

Selain 3 terbunuh 18 orang lagi termasuk pelaggan yang berkunjung untuk membeli juadah berbuka juga turut cedera!

Mangsa yang terbunuh dipercayai terkena palang besi gerai yang runtuh!!

Sama-samalah kita berdoa agar mangsa yang cedara akan cepat sembuh....!! dan takziah sekali lagi untuk keluarga mangsa yang terkorban!!

Rabu, 11 Ogos 2010

ISU BAZAR RAMADHAN-PENDATANG DI KUALA LUMPUR LEBIH BERUNTUNG DARI MELAYU DI PULAU PINANG??

apa yang terjadi kepada peniaga melayu di Pulau Pinang wajar menjadi panduan kita semua!!
saat tegang...bila peniaga melayu cuba pertahankan hak mereka....!!!
Komtar.... apakah selepas ini masih ada melayu di dalam nya????


Apa yang boleh ambo katakan kecuali bersyukur bila isu peniaga-peniaga melayu di bazar Ramadan Komtar telah berakhir. Walau pun cuma 25 dari 27 peniaga yang diberi peluang namum itu sudah memadai .

Sesungguh nya kita di Kuala Lumpur jauh lebih bertuah dari saudara-saudara kita di Pulau Pinang itu. Kita disini bebas untuk mencari rezeki di bulan Ramadan ini. Kita bukan sahaja diberi peluang tetapi juga dibantu dari berbagai sudut!!

Malah dari rentetan isu peniaga bazar Ramadan Komtar itu..ambo boleh buat kesimpulan bahawa menjadi pendatang di KL ini jauh lebih bertuah untuk mencari rezeki bulan Ramadan dari menjadi melayu seperti di Komtar itu.

Sebagai warga penjaja Di Kuala Lumpur... ambo ongin ucapkan berbayak terima kasih kepada DBKL dan Kementerian Wilayah Persukutuan dan Kesahteraan Bandar kerana memberi peluang berniaga kepada kami semua!

Kita di KL bukan sahaja diberi peluang sama rata untuk berniaga...tetapi kita juga mampu mendapat untung atas angin yang tinggi dengan menjual tapak ramadan yang kita perolehi.



Akhirnya 25 dibenar berniaga Bazar Ramadan

PULAU PINANG 10 Ogos - Peniaga Bazar Ramadan di Kompleks Tun Abdul Razak (Komtar) di sini yang sebelum ini tidak dibenarkan berniaga di tingkat tiga bangunan itu seperti tahun-tahun lalu, akhirnya dibenarkan berbuat demikian.

Kebenaran tersebut dicapai hasil perbincangan pihak peniaga dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) di Komtar di sini selama hampir dua jam bermula kira-kira pada pukul 2.30 petang hari ini.

Naib Pengerusi Dewan Perniagaan Komtar (KMA), Mohamed Ghani Abd. Jiman yang membuat pengumuman itu memberitahu, semua 25 peniaga yang dihalang berniaga sebelum ini boleh memulakan operasi mereka esok dengan kadar sewa RM50 sehari.

"Hasil perbincangan antara kami (dengan PDC) hari ini bersetuju apa yang berlaku adalah disebabkan kesilapan teknikal dan ia sudah pun diperbetulkan," katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Mingguan Malaysia kelmarin melaporkan, pihak pengurusan Komtar, PDC iaitu sebuah agensi kerajaan negeri menghalang para peniaga Melayu daripada berniaga di Bazar Ramadan yang diwujudkan di tingkat tiga kompleks tersebut pada setiap kali bulan puasa.

Kesemua 27 peniaga terbabit hanya dimaklumkan Jumaat lalu tentang keputusan PDC itu sedangkan persiapan telah dibuat untuk mereka memulakan perniagaan kelmarin.

Sebelum itu, kira-kira 200 orang terdiri daripada peniaga terbabit dan orang ramai berhimpun hampir sejam bagi membantah serta menyuarakan rasa tidak puas hati dengan tindakan kerajaan negeri.

Tambah Mohamed Ghani, pihak para peniaga juga telah membuat keputusan untuk mengurangkan jumlah peniaga daripada 27 kepada 25 gerai sahaja kerana mahu mengelak daripada berlaku kesesakan di bazar itu kelak.

Dalam pada itu, mengulas mengenai dakwaan bahawa halangan untuk berniaga dibuat berikutan kegagalan KMA membayar sewa perniagaan di tempat itu, Mohamed Ghani berkata, dakwaan berkenaan tidak tepat.

"Bagaimanapun, perkara yang berlaku itu telah pun dijelas dan diperbetulkan pada mesyuarat sebentar tadi iaitu ia hanya sebahagian kesilapan teknikal dan salah faham yang berlaku sebelum ini," katanya.

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0811&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_09.htm

Selasa, 10 Ogos 2010

DBKL PERLU BELAJAR DARI SINGAPURA UNTUK URUS BAZAR RAMADHAN!!??


Ambo amat tertarik dengan pandangan yang dilontarkan oleh Tan dalam forum Utusan Malaysia pada hari ini.

Ambo rasa pihak berwajib terutamanya DBKL perlu mengambil iktibar dari tulisan tersebut, yang ternyata boleh dijadikan panduan untuk lebih memajukan lagi bazar Ramadan di sekitar Kuala Lumpur yang tidak pernah berubah dari tahun 80an lagi.

Jika ada pengubahbaikan pun cuma ditempat2 tertentu tetapi kerana sikap peniaga sendiri maka pembaharuan yang cuba dibuat tidak begitu berkesan!!

Tenguk sahaja apa yang terjadi kepada bazar Moden Jalan Masjid India..apakah ada perubahan walau pun telah berada dalam bazar yang menelaan jutaan ringgit itu??

Ambo harap...artikel yang ambo paste ini akan menjadi panduan untuk kita semua..bagi memajukan lagi bazar Ramadhan kita...!


Singapura hebat rai Ramadan

SUASANA menyambut bulan Ramadan lebih terasa di Singapura jika dibandingkan dengan mana mana negeri pun di Malaysia, sama ada oleh rakyatnya sendiri terutama orang Islam atau oleh pelancong.

Sepanjang Jalan Geylang Serai yang masih menjadi pemusatan kediaman orang Melayu telah dihiasi dengan gerbang lampu berwarna-warni yang indah yang di kiri-kanannya telah disediakan dengan berbagai gerai jualan makanan, pakaian dan lain-lain keperluan untuk berbuka puasa dan hari raya.

Tapak Pasar Ramadan yang disediakan lebih teratur, lebih kemas dan bersih dari Pasar Ramadan yang kita dapat saksikan di Jalan Melayu atau kawasan Masjid India dan Kampung Baharu dan Taman Melawati, Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan ribuan manusia setiap bulan puasa.

Bagaimanapun persekitaran di semua kawasan Pasar Ramadan yang popular di negara ini tidak memberikan suasana yang memberikan kebesaran, keceriaan, kesyahduan dan keindahan bulan puasa, tiada usaha untuk mengindahkan suasananya.

Apa yang kita dapat saksikan di sini pada setiap tahun ialah ribuan pengunjung yang datang membeli belah dalam suasana yang tidak selesa malah menyesakkan nafas di samping amat kurang dari segi kebersihan. Jika Jalan Geylang Serai boleh dihiasi dan dikemaskan untuk Pasar Ramadan, kenapa jalan tertentu atau Pasar Ramadan kita tidak boleh mewujudkan suasana yang sama atau lebih baik sedangkan negara ini negara Islam.

Tidaklah dapat dinafikan bahawa pemikiran perdagangan dan orientasi perniagaan kerajaan Singapura telah menyebabkan mereka lebih komited, kreatif dan inovatif dalam mengambil kesempatan dari apa juga perayaan bagi mendatangkan wang kepada rakyat dan negara dan juga bagi menjadikan negara mereka sentiasa dinamik dalam keadaan apa pun.

Maklumat yang saya dapati dalam kunjungan singkat menjelang puasa, selain dari penduduk tempatan berbilang kaum yang mengunjungi pasar Ramadan Geylang Serai ialah kehadiran ribuan pelancong dari luar negara untuk melihat suasana Ramadan di Singapura di samping menjamu selera.

Selain dari itu menjadi suatu kemestian bagi orang orang Melayu dari seluruh Singapura untuk berkunjung ke Geylang Serai bagi bertemu mesra sesama orang Islam di samping membeli juadah.

Menjadi seperti sesuatu yang tidak sah bagi orang Melayu Singapura jika tidak ke Geylang Serai di bulan puasa.

Orang Islam Malaysia yang sangat berbangga dengan keIslaman mereka dan kedudukan Malaysia sebagai sebuah negara Islam akan merasa kecil diri apabila berkunjung ke Geylang Serai dan akan tersandar pada realiti bahawa kita lebih banyak sentimen dari praktikal dalam kebanggaan kita.

Suasana di Geylang Serai itu tidak sahaja dirasakan oleh kalangan Melayu tetapi juga diketahui oleh setiap pemandu teksi dan penduduk kaum lain yang akan menceritakan tentang kemeriahannya kepada anda.

Kita tidak seharusnya terus berbangga kosong sebaliknya mengakui hakikat betapa kurangnya daya inisiatif dan inovatif kita terutamanya di pihak kerajaan.

Menteri Wilayah, Menteri Pelancongan dan lain-lainnya patut melawat Singapura di bulan puasa untuk membuat perbandingan dan merasakan hakikat Singapura sebagai Economic Dynamo.

TAN

MELAKA

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0810&pub=Utusan_Malaysia&sec=Forum&pg=fo_03.htm

Isnin, 9 Ogos 2010

'JAMUAN MENYAMBUT RAMADHAN' - ADAT ATAU IBADAH??!!

kepada semua pelanggan dan peniaga di Pasar malam Jalan TAR...ambo ingin ucapkan selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak.... semuga tahun ini lebih dimurahkan rezeki..!!!










Setiap kali menjelang Ramadhan..satu acara yang selalu diraikan oleh hampir semua keluarga baik di kota atau pun di desa adalah 'jamuan menyambut puasa'.

Biasa nya jamuan ini dijalankan dalam tempuh seminggu sebelum puasa. Seluruh keluarga terdekat akan berkumpul dan sama2 menikmati hidangan istimewa yang disediakan.. baik di rumah atau pun di restoran2 terpilih!!

Selain diperingkat keluarga, 'adat' ini juga disambut diperingkat kelompok masyarakat yang lebih besar..dimana jamuan akan dibuat bergontong royong dan selalu nya dijalankan di surau atau pun dewan orang ramai.

Sudah tentu 'adat' ini amat baik kerana selain dari mengambarkan betapa seronok nya umat islam untuk menyambut bulan Ramadhan..ia juga menjadi medium untuk mengeratkan hubungan antara keluarga dan masyarakat!!

hehe..ambo sendiri pun tidak ketinggalan meraikan 'jamuan menyambut Ramadhan' ini bersama keluarga dengan cara yang cukup sederhana tetapi meriah.

Bertempat di Restoran Nelayan , Taman Tasik Titiwangsa pada hujung minggu lalu...hampir semua keluarga sebelah isteri ambo berkumpul...kami menikmati hidangan istimewa buffet steamboat ...waa..sedap sungguh sambil diiringi oleh muzik asli secara live..!!

Dalam kesempatan ini..ambo ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada Abang Lan yang juga SU Persatuan Peniaga dan Penjaja Pasar Malam TAR yang sudi mensponsor jamuan tersebut.... semuga selalu dimurahkan rezeki!!!

Dan bagi ambo...jamuan 'Menyambut Puasa' ini amat baik untuk dijadikan sebagai acara rasmi bukan sahaja kepada setiap keluarga tetapi boleh juga dijadikan sambutan di peringkat yang lebih besar...kerana acara seperti ini sebenar nya akan membuat hubungan kekeluargaan dan kemasyarakatan akan lebih erat...!!!

hehe...cam mana Datuk Bandar KL..jika jamuan 'menyambut Ramadhan' dijadikan acara rasmi masyarakat Kuala Lumpur!!??

Ahad, 8 Ogos 2010

FENOMENA JUALAN MURAH SOGO MELANDA KUALA LUMPUR..!! PENIAGA PASAR MALAM TAR UNTUNG BESAR!!!

orang ramai yang berpusu-pusu di sepanjang lorong Pasar Malam TAR...situasi ini bermula seawal pukul 2 petang sehingga ke malam...!!!
antara koleksi terbaru!!!....kain pure cotton dengan labuci....!!!

ada berbagai corak manik dan warna2 menarik... harga nya cuma RM 2o untuk sehelai dan diskaun RM5 untuk pembelian baju ke 2!!
pilih dik....mana2 berkenal ambil saja.... bayar boleh belakang kira!!

serius nya adik kita ni....hehe..lum jumpa yg dicari ke??

suasana sesak begini adalah biasa di tapak ambo....lebih ketara pada 4-5 minggu kebelakangan ini!!
tajam renungan adik kita ni....pilih saja dik... semua murah2... semua cantik2..!!

suasan di luar Sogo!!!...masih sesak..walau pun jam sudah melewati jam 11 malam...!!


Semenjak hari jumaat jalan-jalan sekitar KL jam tiba-tiba. Tempat yang dulu boleh kita tuju dalam tempuh 15-20 minit dah menjadi 1 - 1.5 jam...!!

Semua ini kerana Sales di Sogo...!!! dah menjadi seperti fenomena pula bila setiap kali ada jualan di Sogo...seolah2 seluruh warga KL akan bertumpu ke situ...kawasan parking semua full...malah stesyen LRT juga penuh sesak dengan manusia hingga hendak bergerak pun susah.

Kita akan dapat lihat orang ramai berbondong2 membawa beg sales Sogo ..malah isteri ambo sendiri pun dah pergi ke sana pada Jumaat dan pergi sekali lagi pada hari sabtu...semua kerana gara2 jualan yang dikatakan amat istimewa di Sogo!!

Semalam dah berbeg2 Sogo dibawa balik dan hari ini,,berbeg2 lagi dibawa balik...ambo agak lebih dari RM600 dibelanjakan selama 2 hari di Sogo!!

Rupa2 nya fenomena sales Sogo itu... tempias nya terkena juga kepada peniaga2 Pasar Malam TAR...Apa tidak nya...limpahan dari pengunjung Sogo telah bergerak pula ke Pasar Malam Jalan TAR...dan hari ini adalah antara kutipan jualan yang tertinggi ambo untuk sepanjang tahun 2010..!!

Pelanggan tak putus2 berkunjung ke tapak pasar malam ambo... sehingga kan saiz S dan M hampir habis diborong..!!!

Nampak nya Sales di Sogo bukan sahaja menguntungkan gedung tersebut..tetapi kesan nya dirasai juga oleh peniaga2 kecil seperti ambo!!!

Kepada pelanggan2 setia ambo...sepanjang bulan puasa ini...perniagaan ambo dibuka seperti biasa...cuma diawal kan sedikit...bermula dari pukul 9 pagi sabtu sehingga ke awal pagi ahad...!! Dan stok2 baru akan sampai dalam tempuh 1-2 hari lagi.....!!!

Ambo harap...yang tertungguk2 koleksi terbaru!!!..bulan ramadan nanti adalah saat yang paling sesuai untuk berkunjung ke tapak ambo... dan insyallah...kita akan tetap kekalkan harga seperti yang kita tawarkan sekarang!!!!

Selamat menyambut Ramadan Al Mubarak kepada semua ..terutama kepada pelanggan2 ambo!!