Dalam suasana yang agak padat seperti di Pasar Malam TAR, satu yang perlu kita ingat adalah banyak pihak yang cuma mengambil kesempatan untuk melaku jenayah terutamanya seluk saku..!!!
Hari ini pun ada pelanggan ambo yang mengadu wallet duitnya hampir dicopek oleh seorang perempuan yang dipercayai berketurunan india, nasib baik rakan yang ada bersama nya nampak kejadian itu ... malang sekali kerana terlalu panik ...mereka tidak sempat bertindak dan pencuri tersebut sempat beredar sebelum diberkas!!
Pelanggan ambo itu bernasib baik kerana wallet nya tidak sempat diambil oleh pencuri tersebut..tetapi sebelum ini acapkali juga amb0l terjumpa wallet kosong yang ditinggalkan oleh pencuri secelah2 baju yang ambo jual. malah ambo sendiri ada nampak ..pencuri yang menggunakan gunti kecil ..cuba untuk menggungtin rantai kaki seorang bayi yang sedang didukung...!!!
Selain itu penyeluk saku juga menggunakan pisau blade untuk memotong beg yang dibawa dari belakang dan akan mengambil barang yang berharga dari belahan pada beg, tanpa disedari oleh mangsa!!!
Ambo juga pernah tenguk seorang pemuda dari Asia Barat yang dikejar dan dipukul oleh peniaga dan penggunjung pasar malam TAR kena didakwa cuba memukau seoarng peniaga disitu!!! Nasib baik pemuda dari Asia Barat itu sempat melarikan diri walau pun beberapa kali terjatuh akibat ditendang dan dipukul secara berramai-ramai!!!!
Setiap kali ambo melalui balai Polis Masjid India , untuk pergi minum di bangunan Selangor Mension, dekat tepi sungai itu...ambo selalu nampak ada pengunjung2 pasar malam yang sedang membuat laporan di balai tersebut....dan ambo yakin sebahagian besar dari mereka itu adalah mangsa penyeluk saku!!!
Ambo harap penggunjung-penggunjung pasar malam TAR akan lebih berhati-hati ketika berada ditempat2 yang sesak.... pastikan kita tidak akan menjadi sebahagian dari stastitik mangsa penyeluk saku di balai Polis Masjid India!!!
2 ulasan:
seluk saku ada dimana-mana, apalagi temapt yang sentiasa ramai seperti dijalan TAR.
Hati-hati agar kita tidak menjadi mangsa.
seluk saku ada dimana-mana, apalagi temapt yang sentiasa ramai seperti dijalan TAR.
Hati-hati agar kita tidak menjadi mangsa.
Catat Ulasan