Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 1 Februari 2010

SELAMAT MENYAMBUT HARI WILAYAH KE 36 - '1WILAYAH PERSEKUTUAN, MAJU DAN SEJAHTERA'

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak malam tadi menyempurnakan Majlis Pelancaran Sambutan dan Festival Hari Wilayah Persekutuan 2010 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.



Menteri dan Datuk Bandar..dua nama yang menjulang nama KL di mata dunia..!!!
acara-acara yang dijalankan sempena sambutan hari wialayah yanag berlangsung selama sebulan!!
mercu tanda KL yang terkenal di seluruh dunia....terima kasih Tun M!!
Bangunan Sultan Abdul Samad..menjadi saksi pembangunan KL dari dahulu hingga sekarang!!


Hari ini..... pejam celik, pejam celik dah masuk 36 tahun usia Kuala Lumpur...ambo masih ingat mula-mula ambo sampai ke Kuala Lumpur.Masa sekitar tahun 80an. Dari Kota Baharu Kelantan , ambo naik bas SKMK ke Kotaraya ini. Selepas subuh..bas yang ambo naik melepasi tol Gombak.. diiringi sayu lagu "senyumlah Kuala Lumpur" nyanyian Alleycats yang terpasang dalam bas tersebut!! hingga sekarang bila terdengar lagu itu ambo akan teringat hari pertama ambo menjejakkan kaki ke Kotaraya ini!!

Bersama segalas beg baju dan sedikit duit ambo simpan harapan yang menggunung untuk mengubah hidup di Kuala Lumpur. Alhamdullilah, setelah menjejak kaki di kota kemegahan ini impian yang sekian lama terpendam tercapai juga walau pun tidak sepenuh nya!!

Disinilah ambo belajar hidup berdikari,sambil kerja.. ambo belajar Pjj di ITM , Jalan Othman dan bila kampus Jalan Othman ditutup ambo berulangalik pula di UITM Shah Alam..!!!

Pahit manis hidup di kota penuh cabaran ini membuat ambo lebih cepat mengenal dunia sebenar.....!!

Bila pula ambo mula kenal Pasar Malam TAR???... Ambo mula berniaga di pasar malam TAR pada awal 90an...masa itu ambo bantu-bantu sahaja...ketika itu pasar malam masih beroperasi di Jalan TAR lagi...!!! Setiap petang sabtu...sepanjang Jalan TAR akan ditutup bermula jam 4 petang dari persimpangan Pertama Kompleks. Rasa ambo suasana ketika itu lebih meriah dari sekarang.

Pada pertengahan 90an, pasar malam TAR telah dipindahkan ke Lorong TAR yang terletak bersebelahan dengan Jalan TAR. Ketika mula berpindah, jualan jatuh merudum kerana ramai yang tidak tahu tentang perpindahan itu. Tetapi sekarang alhamdullilah jualan agak lumayan juga walaupun tidak selumayan semasa berniaga di Jalan TAR!!

Hari ini..sempena hari Wilayah yang ke 36 ...ambo akan cuma menghayati slogan '1Wilayah Persekutuan, Maju dan Sejahtera' ...semuga tahun ini perniagaan ambo akan lebih maju dan sejahtera seperti slogan itu juga!!

Besrsyukur kepada ya Allah kerana takdirkan aku bermusafir ke Kota metropolitan ini!!!

1 ulasan:

benciDemo berkata...

Lama tidak berkunjung ke blog ini. tahniah kuala lumpur semuga akan lebih maju.