Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Sabtu, 13 Februari 2010

SAMBUTAN HARI VALENTINE SEPI DI PASAR MALAM JALAN TAR!!

..adik Arif yang amat lincah....sesiapa pun akan terhibur melihat keletah nya..!!!
pelanggan setia bersama anak dara yang manis....rupa2 nya sidara manis itu super-super -super junior ambo....hehe maklum ambo kat ITM Arau tahun 1988..sidara itu pula sessi 2006!!!- tq lee datin kerana sokong ambo..!!
pilih dik..mana yang rasa berkenan ambil saja...!!
alamak...jangan jeling2 sangat dik..nanti juling biji mata tu...!!
hello...hello...yeee..i kat pasar malam Tar ni....kat tempat baju yg u selalu datang tu...!!!
tenguk betapa khusyuk nya adik berdua ni...agaknya mereka dok bilang jalur pada baju...!!!
Huruf condongmata bertentang mata..kelu lidah tak dapat berkata.....!!! renungan valentine ke tu bang??!!!
posing sikit kak...gambar akak nak masuk blog ni...!!!
ala....chomel nya!!!!!....walau pun si ibu gegak gempita dok pilih baju...sikecil tu...lena jee tidur macam masih kat dalam perut.....!!!!
antara posing maut minggu ini....!!!
Ini adalah baju hadiah untuk ibu....bagus lah dik...berbakti kepada ibu...pahala nya tak terhitung dengan angka...!!
Ini...adalah pelanggan dari Miri serawak....beli banyak2 dik...kat Miri mahal baju macam ni!!!!
Tiga beranak yang ceria.....sangat sporting....!!!
tenguk...bukan sahaja untuk perempuan...dengan lelaki pun sesuai juga....baju ni dibeli u tuk gi satu event...!!!



Di Pasar malam TAR hari ini..ambo tidak nampak anak-anak muda kita yang menyambut hari Valantine yang akan jatuh pada esok 14 Feb.... mungkin juga kerana di Pasar Malam TAR, agak tidak sesuai untuk menyambut hari 'bersejarah itu??? Atau mungkin juga anak-anak muda kita telah mula sedar tentang hakikat sambutan tersebut yang bisa menggoncangkan keimanan, menyebabkan mereka sekarang tidak lagi ghairah untuk meraikan hari kematian paderi itu!!!

Apakah sebenarnya hari Valantine ini?? Apakah sambutan hari tersebut benar-benar khas untuk kita berkasih sayang semata-mata???... tanpa ada kaitan dengan unsur-unsur sambutan keugamaan lain selain dari ugama islam???

Ada beberapa versi tentang asal usul Hari valentine ini...!!! Velantine dikisahkan sebagai seorang paderi yang mempunyai kedudukan yang tinggi semasa pemerintahan Ratu Isabella Sepanyol. Dan mengikut sejarahnya..paderi Valentine lah yang memainkan peranan besar dalam menumpaskan kerajaan Islam Cardova,di Speanyol...!!

Dan kerana jasa nya begitu besar , maka setiap 14 Feb diistiyhar hari cuti Valentine bagi mengingati jasa paderi tersebut yang menumpaskan kerajaan Islam Cardova.

Terdapat juga versi lain yang menyebut bahawa pada 14 Feb 270M, Paderi Valantine telah dibunuh kerana penentangannya terhadap kerajaan Rome di zaman pemerintahan Raja Claudius II (268-270M).

Untuk mengenang jasa paderi Valantine , maka setiap 14 Feb pengikut Kristian Khatolik akan meraikannya sebagai upacara keugamaan!!

Majlis Fatwa Kebangsaan sendiri telah mengharamkan sambutan hari Valentine ini kerana dikhuatiri akan menjejaskan akidah..!!

Secara peribadi ambo juga ingin berpesan ..apa perlu kita mencedok budaya luar yang telah jelas melanggar moral dan akidah itu.. !! Sedangkan budaya melayu dan moral Islam sendiri jauh lebih baik untuk diikuti.

Sebagai penutup..ambo ingin ucapkan selamat menyambut tahun baru Cina kepada yang menyambutnya!!!

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kat Pasar Malam Jalan Tar, mungkin tiada sambutan Valentine tetapi ditempat lain masih meriah.

bijan berkata...

Valentine memang nyata haramnya. mengapa masih ada yang mahu mengikut?