kopitiam sudah menjadi tepak 'lepak' yang digemarai oleh semua golongan..elok lepak kat kopitiam yang diusahakan oleh orang islam...sudah tentu kita yakin halal haram nya!!
Berita utama dalam akhbar Kosmo! hari ini menyiarkan kenyataan dari Jakim bahawa banyak di antara Kopitiam di negara ini memasukan arak dalam masakan mereka!!
Campur arak untuk sedapkan masakan
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.
“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.
“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.-kosmo!
Ambo harap, pihak berkenaan akan ambil tindakan yang amat tegas kepada mereka yang terlibat. tidak guna kita dok laung2kan kita negara islam tetapi dalam bab makanan kita tidak boleh bertegas.
Rasanya isu makanan dicampur arak atau pun makanan halal bercampur aduk dengan daging babi dalam satu peti ais misalnya, bukan nya isu baru. Isu ini telah diungkit berkali-kali tetapi tetap juga terjadi. Apakah ini kerana pihak penguatkuasa kita tidak tegas??
Sebagai orang islam..ambo boleh bertolak ansur dalam banyak perkara..tetapi bila masuk bab makan ambo tidak akan berganjak walau pun satu hun!!! Dan ambo yakin itu juga pendirian semua umat islam.
Kita patut bersyukur kerana sekarang ini sudah ada beberapa kopitiam orang islam. Sebagai cara selamat kita patut bertukar untuk makan dan lepak di kopitiam orang kita sendiri yang sudah tentu jelas halal haramnya!!!
Kepada pihak kerajaan..bertegas lah..jangan biarkan umat islam dihina sedemikian rupa!! Memasukan arak dalam makanan yang dimakan oleh umat islam adalah perbuatan biadab yang tidak boleh dimaafkan!!!
3 ulasan:
mengikut laporan Kosmo juga, cuma ada 2 permis kopitiam yang benar-benar mengikut syarak dalam penyediaan makanan.
Alangkah malangnya orang islam di Malaysiaa. Mereka dihina sedemikian rupa!
jatuhkan hukuman berat kepada baniingan itu.
satu perbuatan yang kurang hajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr..makan ore islam pun mereka boleh buat main2 ke?
Tindakan tegassss!
Catat Ulasan