Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 28 Februari 2010

RELA MARI ..PENIAGA ASING LARI....SEKEJAP SAJA..MEREKA KEMBALI MENGUASAI ..SELEPAS RELA PERGI..!!!

kedai yang biasa nya terdapat ramai peniaga asing..tiba-tiba menjadi sepi?? kemana mereka menghilang sebegitu cepat?? dan cepat juga kembali selepas operasi berakhir....!!!
alamak...panjangnya rambut.....!! Jarang lagi ada gadis melayu yang sanggup menyimpan rambut sebegini......!!!
pelanggan dari Kelantan....cantik dan sporting....!! nanti jumpa kat Wakaf Che Yeh dehhhh...!!!!

Alhamdulillah....hari ini rezeki melimpah ruah...!!! pelanggan tetap ramai di tapak ambo!!!
waaa..kuasa jam Ben 10 telah mengelapkan dunia......!!!!
hehe..seksinya bibir......macam bibir anita serawak!!!!
antara baju yang paling mendapat sambutan....insyaallah...minggu depan stok baru akan sampai.....!!
peniaga asing yang berniaga barangan permainan...bebas tanpa takut walau sedidit pun...dimana pihak berkuasa kita????


Di Sekitar Pasar Malam TAR tadi...menjadi lengang seketika dari peniaga-peniaga asing bila Pasukan RELA menjalankan operasi!!!

Mereka tiba-tiba hilang entah kemana, yang tinggal cuma peniaga dan pembantu kedai tempatan sahaja..!!!

Rupa-rupanya kalau dilihat kesan dari operasi tadi, maka amat jelas kedai-kedai pakaian, tudung, tekstile dan sebagai nya telah dikuasai oleh peniaga asing. Kalau ada pun kedai-kedai rakyat tempatan cuma ada beberapa buah sahaja!!

Ambo tidak sempat nak melihat dengan jelas operasi RELA tadi kerana sebok menguruskan peniagaan di tapak ambo!! Alhamdullilah ..hari ini pelanggan agak ramai....!!!

Operasi yang dijalankan sesepanjang Jalan Masjid India dan sekitar Jalan TAR itu ambo kira tidak mendapat kejayaan yang sewajarnya..malah ambo tenguk seolah-olah peniaga warga asing sudah tahu bila operasi itu bermula dan bila pula ia akan berakhir...!!!

Sejurus sahaja pasukan RELA tiada..mereka kembali menguasai Jalan Masjid India tanpa ada rasa takut sedikit pun!!! Kedai-kedai yang sekejap tadi sunyi..tiba-tiba riuh kembali dengan warga asing menjalankan aktiviti mereka!!

Jika begitu lah caranya operasi dijalankan...ambo yakin sampai bila-bila pun peniaga asing tidak akan dapat dihapuskan di Jalan Masjid India dan sekitarnya!!! Operasi dijalankan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja..!!! Mengapa tiada operasi susulan dibuat selepas sahaja operasi pertama dilakukan???

Ambo amat yakin..jika operasi susulan dijalankan oleh pihak imigresin atau polis nescaya akan ramai peniaga asing dapat ditahan!!!

Ambo harap, operasi seperti itu akan dijalankan secara berkala...agar warga asing tahu bahawa negara kita ada undang-undang dan mereka tidak boleh secara mudah memperlekehkan kedaulatan tanah air tercinta ini!!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Mereka bukan sahaja menguasai Jalan Masjid India, Chow Kit atau Pasar borong Selayang, malah mereka telah ada di merata-rata. Piha berkuasa perlu lebih tegas.

kainbaju berkata...

Pihak berkuasa kena tegas jangan asyik bagi amaran saja!

bijan berkata...

tegas!tegas!tegas! Jangan hangat taik ayam saja. Pendatang asing semakin berleluasa, tapi kerajaan masih banyak beretorik.