Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 10 April 2011

KENYATAAN TEGAS PERSATUAN PMTAR DALAM ISU PASAR MALAM SWASTA..!!

kenyataan dari persatuan PMTAR... kenyataan tegas dari mereka telah memberi kelegaan kepada ahli-ahli ...!!! Semuga ketegasan ini akan berterusan....!!
kenyataan tegas dari persatuan akan disambut oleh seluruh ahli PMTAR demi untuk menjaga kepentingan bersama!!!
senarai 6 ahli PMTAR yang melibatkan 8 tapak yang terpaksa dialih akibat kewujudan pasr Malam Swasta.... apakah tapak mereka akan kekal selamat seperti minggu ini??
isu pasar Malam Swasta masih hangat minggu ni... seperti yang dijangka.. pasar tersebut telah tutup pada minggu ini sehingga ada kata putus dari pihak DBKL...!!
antara peniaga yang menjadi 'mangsa' Pasar Malam swasta....minggu ni dapat berniaga tanpa gangguan..!!!
plastik biru telah dipasang sekeliling tapak pasar Malam Swasta untuk mengelak dari diceroboh...!!
pilih kak cik..... semua baru sampai....!! panas2 lagi...kalau lambat mmg putih mata..!!!
walau pun minggu ni hujan renyai beberapa jam..tetapi alhamdullilah...pelanggan tetap ramai di tempat ambo..!!
pilih lah mek wei!!!...comel belako baju sini... lebih murah berbanding wakaf che yeh...!!
pasangan romantis ini sedang leka memilih baju....pilih lah dek!!!.... semuga baju itu akan menjadi pengikat kasihsayang dengan lebih erat....!!!


Setalah sekian lama akhirnya Persatuan PMTAR telah mengeluarkan kenyataan yang tegas berkenaan isu Pasar Malam Swasta.

Dalam surat yang diedarkan kepada semua peniaga PMTAR dan salinan kepada semua kepala2 termasuklah kepada pak menteri ...dengan tegas Persatuan mengambil ketetapan "TIDAK AKAN BERGANJAK ATAU BERPINDAH DARI TAPAK ASAL SEPERTI YANG TERCATAT DI DALAM LESEN"

Dan ketegasan itu dikuatkan lagi dengan kenyataan dari mesyuarat AJK PMTAR pada 2 April 2011 yang mengeluarkan resolusi "BAHAWA KAMI MEMBANTAH SEKERAS-KERASNYA KEWUJUDAN PASAR MALAM SWASTA DI TAPAK PARKING LORONG TUANKU ABDUL RAHMAN.

Suara keras persatuan telah sikit sebanyak melegakan peniaga-peniaga terutama yang tapak mereka yang tergugat dengan kewujudan Pasar Malam Swasta.

Susunan tapak sekarang ini sebenar nya telah termaktub dalam plan penyusunan naik taraf PMTAR dan telah dipersetujui dalam mesyuarat yang telah dipengerusikEn Ramli bin Othman yang juga bekas pengarah JPPPK pada tahun 2009.

Sebagai menghormati persetujuan tersebut... pihak DBKL sepatutnya perlu ada lunas2 tertentu sebelum membuat sebarang keputusan yang melibatkan PMTAR apalagi jika keputusan yang diambil boleh menjejaskan kepentingan peniaga-peniaga PMTAR. Jika persetujuan sendiri pun DBKL tidak hormati.... bagaimana mereka mahu rakyat yakin pada peranan mereka??

Sebagai ahli, ambo juga mengambil kesempatan untuk menyokong penuh ketegasan Persatuan dalam isu ini. Semuga isu ini akan menjadi titik permulaan untuk kita bersatu demi kepentingan bersama!!!

38 ulasan:

pro_benar berkata...

Syabas kpd Persatuan PMTAR, biar konsistan ketegasan ni, jgn hangat2 taik ayam je.

Tanpa Nama berkata...

sy lum yakin gan ketegasan tu. Slama ni pun persatuan sll play safe. Tunggu tindakan susulan mereka.

pemerhati nasib penjaja berkata...

sokong tanpa nama 0948am. persatuan patut bawa isu ini kpd biro pengaduan awam,suhakam,pej menteri aduan rakyat tv3 baru apa power setakat dbkl aje pi mai tung tu juga.last tutup fail buat lagi...

Aku berkata...

setuju dan pemerhati persatuan kena lebih tegas pertahan hak penjaja. Perlu ada kuasa lebih tinggi dari dbkl untuk jd pengimbang.

pemerhati nasib penjaja berkata...

terima kasih Aku berkata 2.54pm.mcm dah biasa mengadu masalah rakyat....

Tanpa Nama berkata...

persatuan,kenapa tak minta sokongan semua penjaja PMTAR t/tgn cuma 6 org sahaja penjaja buat surat bantahan.yg lain sokong psr mlm swasta kot.lain x minta lah sokongan semua barulah bergegar DBKL.lepas tu bagi tau apa-apa perubuhan rujuk kpd persatun PMTAR termasuk perubahan petak pintu belakang kedai TAR..

Aku berkata...

pemerhati -ramai yg baca blog ini . Kita tak tau siapa pun mereka. Sepatutnya peniaga PMTAR bertuah kerna wujud blog ini . Peniaga PMTAR patut kenal penulis blog ni. Jika kenal dia akan tau siapa dia. blogger ni punya nama besar dlm cyberwar.Aku cuma org kecil .

Oranng Kelantan berkata...

kawe sokong jugok warning Persatuan. tapi serupo ore lain jugok nok tenguk persatuan betul tegas jange dok hangat sebab nok namo jah. Tlong jange main politik muroh dale isu ni.

pro_benar berkata...

setuju gan AKU kita patut syukur coz ada blog ni leh kita suarakan pendangan tp x utk kempen idiologi pembangkang. penulis blog ni pun nama dia mmg besar dlm perang siber persatuan& ahli elok guna expert dia juangkan nasib.

Tanpa Nama berkata...

hidup Persatuan!

pro_benar berkata...

ada pihak marah konon pihak persatuan cuba tutup pintu rezeki pihak yg nak niaga kat pasar malam swasta. Ini x tutup tak tutup tp ni soal peraturan & kemanusiaan. napa perlu lulus 200 petak tanpa ada rundingan. berundinglah supaya semua untung. buatlah keputusan menang2 utk semua.

Tanpa Nama berkata...

oii pro- benar wat pa nak runding klu jeneral dbkl dah lulus.. lu sapa itu tanah bukan milik persatuan lg pun di org tau ajk persatuan pantang dapat projek..bazar jln tengah(jumaat) uptown bintang walk setiawangsa,bazar 2 migu (wakaf org buta).ahli biasa dirahsiakan mat indon diutamakan..

pro_benar berkata...

tanpa nama - sebab tu aku soal nape dbkl x runding belum lulus, pikirlah sebelum nak lulus . skrg ni pa jadi? sema marah sema rugi yg untung owner parking. apa buat kena rundinglah wei. kuku besih je x reti runding.

pemerahati penjaja berkata...

okaylah pro-benar dbkl nak lulus permit tak payah runding lapuran dari jabatan pun dah cukup..lg baik cadangkan perstuan ni hantar memorundum bantahan bagi AJK baru buat kerja sikit..lg pun dia tgh semangat nak kerja..kita tengok apa reaksinya itu pun klu betul nak perjuangkan nasib PMTAR.lepas tu minta psr mlm hari ahad anjuran persatuan sbelm terlewat.)

pro_benar berkata...

pemerhati penjaja- bila dbkl lulus lesen pd PMTAR asal, apa saja disicion libat PMTAR mesti ada black&white. perlu fikir pro&kon satu kputusan.dbkl ada organisasi so kena ikut organisasi lah x leh main lulus suka2.

Peniaga Sejati. berkata...

harap blog ni lbih berani pertahankan hak peniaga PMTAR. teruskan bersuara, sy sokong .

warisan pendekar LTAR berkata...

setakatv berani dlm blog bacul,berani berjuang kehadapan itu lah darah melayu pendekar sejati..

Peniaga Sejati. berkata...

warisan pendekar - hahaha berani ni banyak cara, dan jangan anggap berani cara kita tu saja berani. teruskan bersuara dalam blog. aku sokong.

pro_benar berkata...

hanya org bodo saja x reti nilai keberanian org. setuju gan peniaga sejati terus bsuara. sokong blog ni.

Oranng Kelantan berkata...

apa punya bengong warisan pendekar ni. Demo ni kaki pukul ke? simpanlah pukul demo tu. klu takat berani dale ni.
kawe pun sokong blog ni.jange dengar ugutan ore bengong tu.

Aku berkata...

apahal lu WP LTAR? nak tunjuk samseng ka atau lu ni suka ugut org. Lagak macam lu ni dah tak laku zaman moden ni. simpanlah lu punya sanseng tu.

Tanpa Nama berkata...

blog ni kena terus bersuara jgan layan suara bacul warisan pendekar mangkok tu. go go go.

Tanpa Nama berkata...

Tunggu entri lebih hangat dari blog ni tiap minggu...

Tanpa Nama berkata...

apa cer hari ni bro? kasi hangat skiit

Tanpa Nama berkata...

tak de citer baru ke bro? ramai tgu ni.

Tanpa Nama berkata...

tak de citer baru ke bro? ramai tgu ni.

Tanpa Nama berkata...

zzzzzz.....lg baik. penat kenapa niaga LTAR slow skrg bro?

Kawan_Lama berkata...

bro pasarmalamtar cbok PRN Serawak ke? lu menyamar pun org kenal lu sape bro.

Tanpa Nama berkata...

bro pasarmalamtar ni org politik, patutlah lain macam je nulis blog. ni pertama kali aku jumpa blog citer pasr malam. dulu aku da dgar tp tak caya. skng aku caya.

Tanpa Nama berkata...

peniaga pasar malam dah kan cam dulu. now ramai dah educated. wa tak heran klu ada cam2 org niaga pasar malam .

otai LTAR berkata...

jgn lupa org LTAR byk bekas,askar,polis,JPN,PBSM,umno,dbkl,sprm dll..mereka ni byk jasa terhadap negara jgn buat tak tau je....

anu dalam botol berkata...

Pada penjaja PMLTAR jangan sibuk berPolitik aje ... Nanti periuk nasi terjejas ..sapa yg rugi . Jangan salahkan bangsa asing ... ambil alih lombong emas dikota metropolitan. Sedarlah bangsa ku. Sikap P.H.D org melayu masih menebal lagi. Seharusnya dicampak ke planet yg tak ada penghuni .Jgn lupa ! Banyak lagi agenda/isu yg perlu diselesaikan dan diperkatakan disini.

Kawan_Lama berkata...

Kalu lu all nak tau blogger pasarmalamtar ni dlu big name dalam cyberwar. Wa x tau apasal dia tiba2 niaga kat pasar malam tar. tp wa tenguk pic dia kat profile wa dah tau sape dia. adalagi gambar dia gan Tun M...bukan calang2 org wooo. kenal2lah gan dia u all kan knal sape dia.

Tanpa Nama berkata...

kawan_lama apa sal lu suka dok dedah identiti org? walau siapa dia lu apa problem?

Tanpa Nama berkata...

Aslmkm..anu dlm botol..nak tau politik=(poliy+taktik).gunakan taktik untuk kekal,cantas,monopoli dan kaut RM,bagus politik ASALKAN JGN libatkan gangster,samseng mcm....hidup ni perlu ada perjuangan serta pembelan ikut saluran.. T kasih.

Tanpa Nama berkata...

Alhamdulliah pasar malam swasta dah leh berniaga...treima kasih pada perniaga pasar malam asal yg memberi lorong yerr...dia membuka pintu rezeki untuk orng lain...alhamdulliah. semoga tuhan membalas jasa anda dan menambahkan rezeki anda di masa hadapan.

Tanpa Nama berkata...

alaaa...peniaga asal tu buka jalan pun bukan ikhlas mcm disangka...
dpt pampasan rm2000 sebulan utk 1 petak. klau 2 petak rm4000. goyang kaki jer la..dah tu dpt tpk free lg..utk 3 thn tu, dpt tiap2 bln.bulan ramadhan pun dia dpt free jgk..pastu demand nak tpk saiz 10x10 utk 1lot. yg sy tau nama kak natrah tu jer yg setuju...yg lain lg demand, nk 5000 1 petak utk pampasan sebulan..pakcik kayooooo..

Tanpa Nama berkata...

4 Apr lepas pasar mlam swasta makin pendek dah hilang stim. ramai peniaga melayu dah gulong tikar..kesian kena tipu.yg bertahan tu tengok nasib bulan puasa puasa.peniaga yg bagi laluan tu sebenarnya natrah dan otak-otak memang dapat habuan lagi pun niaga sekarang semakin kurang lebih baik ambil dpd tak ambil sya sokong