Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 25 April 2011

1st MALAYSIA - ASEAN REGIONAL BLOGGER CONFERENCE - TEMUKAN RAMAI SAHABAT LAMA ...!!!














Agak lama juga ambo tak bersua muka dengan rakan-rakan blogger. Ramai antara mereka sekarang ni dah jadi blogger besar dan dah ada pun yang punya segala2 nya kerana peranan mereka sebagai blogger...!!

hehe cuma ambo lah..yang hanya menjadi peniaga pasar malam...apa pun itu adalah rezeki masing-masing. Yang penting kita perlu bersyukur dengan apa yg kita ada!!!

Apa pun mmg seronok dapat jumpa rakan-rakan lama... kami berpeluk2 sambil bercerita panjang...mengimbau masa-masa dulu...!!!

Semalam... ambo antara peserta yang hadir '1st Asean Regional Bloggers Conference' anjuran House Blog Malaysia di Hotel Interconental , Jalan Ampang... mmg grand lah event tu... almaklum kehadiran nya bukan sahaja dari malaysia tetapi juga dari beberapa negara Asean.

Ambo sebenar nya rindu benar nak dengar ucapan Tun M secara langsung... dan semalam juga ..kerinduan ambo terubat kerana sebagai penaung kepada Blog House Malaysia... Tun M telah memberi ucapan...dan dalam ucapan nya Tun M antara lain nya menekan kan agar media arus perdana lebih berani untuk mengur kerajaan agar kerajaan akan mendapat maklumat sebenar tentang pandangan rakyat...!!


Sementara itu, semasa ucapan perasmian Conference blogger itu... DS Najib telah mengakui peranan blogger sebagai antara pemangkin pembangunan negara...!!!

Najib menjelaskanbahawa kerajaan sentiasa mengalu-alukan kritikan yang konstruktif serta membina dan mahu bekerja bersama-sama pengendali blog sebagai sebuah pasukan.

"Terdapat perbezaan antara bercanggah pendapat dan berpendirian untuk tidak bersetuju.

Namun, yang paling mustahak adalah untuk kita bersama-sama menzahirkan pandangan ke arah membina sebuah negara Malaysia yang maju pada masa hadapan.."


Apa yang ambo nampak...Conference itu telah menbuktikan peranan blogger selama ini telah mendapat pengiktirafan yang tinggi dari kepimpinan negara...!!!

Dan kepada sahabat-sahabat lama dan baru yang ambo jumpa semalam...diharap ukhwah antara kita akan terus berkekalan walau pun ambo cuma peniaga pasar malam...!!!

9 ulasan:

Kawan_Lama berkata...

wa dah cakap lu all, nah lu all tenguk. Bukan semua leh gi conference blogger cam tu. wa x salah org. wa kenal lu pasarmalatar.

Tanpa Nama berkata...

hebat gak org pasar malam. Naik lee skit imej peniaga pasar malam.

Oranng Kelantan berkata...

Bakpo tak ajok kawe gi sekali. Kawe pun nok kenal jugok blogger2 hok hebat2 dalam alam maya ni.

Tanpa Nama berkata...

blogger ni dah ss(sok sendiri).....lari tajuk pasar mlm...dok sanjung org dapat apa..

Kawan_Lama berkata...

apa masalah lu? ni blog din, dia nak cakap apa dia punya ska la. cam lu gak, lu nak cakap apa pun lu punya suka.
wa pun, wa nak komen apa wa punya suka. apa lu ingat bla ni blog pasar malam cuma leh citer hal pasar malam je? lu singkat lah bro.
blog tempat kita cakap apa kita nak, sape lu nak kontrol? lu baru blaja komen blog ek? hahahaa

kainbaju berkata...

setuju gan kawan_lama. Apa masalah kalu kita nak tulis pa pun kat sini. Blog adalah suara rakyat yang tak de sape lih sekat. Aku bangga klu ada peniaga pasar malam cam ni.

Tanpa Nama berkata...

Up leee isu baru pasar malam TAR. Dah sejuk ke isu kat situ?

boy berkata...

caya lah pasarmalamtar mesti cakap omputih berabuk ni.

rotu.usm berkata...

Salam kepada semua...nak mintak izin admin nak tumpang promosi perniagaan boleh tak... boleh la klik sini...terima kasih...peace