Benar..!!! memang benar ura-ura yang menyebut ..tapak Pasar Malam TAR akan bertambah... bukan 10 atau 20 tapak...tetapi akan bertambah lebih kurang 300 tapak....!!
Tinjauan ambo ke tapak parking belakang Semua House, tapak-tapak baru telah dicat dengan warna merah... terdapat 6 baris tapak yang ditanda bermula dari muka masuk parking hingga ke hujung parking... dan dari hujung belah kiri parking hingga ke hujung belah kanan parking....!! semua ruang digunakan......!!
Setiap tapak dicatkan dengan cat merah bermula dengan barisan A hingga ke H dan bermula dari dan setiap barisan ada lebih kurang 38 petak..!! kalau kiraan secara kasar 36x8=288 tapak baru akan wujud diatas medan parking tersebut...!! waa banyak tu....!!
Apa yang ambo diberi tahu..pihak DBKL telah memberi kelulusan kepada sebuah syarikat swasta yang juga pemajak tapak parking itu sebagai pengendalinya.
Setiap tapak yang berkeluasan 6x6 itu dikenakan bayaran sebanyak RM50 seminggu.....dalam kata lain pihak yang mengendali tapak tersebut akan mendapat income lebih RM 14,000 seminggu !! wow banyak tu....!! malah income tersebut mungkin akan mencecah RM1 juta setahun jika termasuk bazar Ramadan..!!
Ambo sebenar nya tidak kisah sangat benda-benda itu semua..tetapi yang ambo agak khuatir adalah nasib peniaga pasar malam yang sudah sekian lama berniaga disepanjang pintu luar parking tersebut.. kebanyakan mereka ada peniaga makanan ..!!! sebelum ini mereka boleh meletak kan meja dan kerusi diruang belakang bagi memudahkan pelanggan untuk makan..tetapi lepas ini tiada lagi ruang untuk mereka dan sudah tentu ini akan memberi kesan kepada perniagaan mereka. Malah beberapa tapak juga akan didihalakan masuk sedikit ke ruang parking bagi memberi luang pejalan kaki untuk masuk ke tapak pasar malam swasta itu...!!
Untuk pengatahuan.. Pasar Malam TAR lebih dulu beroperasi sebelum ruang parking itu diluluskan pajakan oleh DBKL...!! Tapak parking itu asal nya adalah tapak kompleks Munshi yang satu ketika dahulu amat terkenal sebagai medan selera yang menjadi tumpuan warga kota.
Samada kehadiran pasar malam swasta itu akan memberi kesan kepada peniaga yang sedia ada..itu belum dapat kita pastikan lagi.... tetapi yang jelas peniaga-peniaga makanan yang sebelum ini beroperasi diberhadapan dengan medan parking itu akan menerima kesan yang bukan sedikit...!!!
Kita semua tahu..samada lulus atau tidak satu-satu tapak pasar malam itu adalah 100% kuasa DBKL..tetapi dalam hal sebegini DBKL sepatutnya memikirkan juga kesan kepada peniaga asal pasar malam TAR. Kewujudan hampir 300 tapak baru itu sikit sebanyak akan menjejaskan juga peniaga sedia ada...!! Kami bukan mahu persoalkan kuasa DBKL..tetapi sepatutnya biar lah kelulusan tapak baru yang diberikan itu berpada-pada.
Nampaknya ...barisan kempimpinan Persatuan Pasar Malam TAR yang baru dipilih pada 2 minggu lepas sudah ada tugasan yang menanti.... pastikan nasib peniaga asal pasar Malam TAR terbela ......!!
Mungkin sabtu nanti..ramai peniaga asal Pasar Malam TAR akan terkejut besar dengan situasi ini...tetapi apakan daya... semua itu adalah hak mutlak DBKL.... kita cuma mampu berserah kepada takdir...!!!
Semuga persatuan kita mampu lakukan sesuatu.....!!!