Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 9 Februari 2011

SAH..!!! KHABAR ANGIN FB AKAN TUTUP PALSU.



Nampaknya para pengemar FB tidak lagi perlu risau dengan khabar angin konon nya rangkaian sosial itu akan ditutup. Kita boleh baca berita Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya di Sun Microsysems ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini

Makna nya kalau pertengahan tahun ini baru nak berpindah... cam mana boleh kata FB akan di tutup pada bulan mac atau april ni??

Peminat FB nampaknya boleh senyum sampai telinga!!!

Facebook berpindah ke ibu pejabat lama Sun Microsystems

MENLO PARK 9 Feb. – Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.

Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan.

Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.

Proses perpindahan dijangka dapat dimulakan Jun atau Julai ini. - Reuters



3 ulasan:

Panglima Perang Cyber berkata...

bro pinjam logo anti demonstrasi ye.hehe

Pasar Malam berkata...

insyaallah bro..!! ambo sangat berbesar hati..!!! sila kan....

Oranng Kelantan berkata...

yahooo!! berita yang seronok didengar.