Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 19 Januari 2011

Pasar Pagi - MPSJ Kekal Sewa Lama...!!!


Ambo seronok mendengar bila MPSJ akan kekalkan kadar sewa lama sekurang2 sehingga selepas membuat perbincangan dengan wakil penjaja pasar pagi ....!!


Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) memutuskan untuk mengekalkan kadar sewa tapak pasar pagi di kawasan pentadbirannya sebanyak RM360 setahun sehingga perbincangan lanjut diadakan.

Yang Dipertuanya, Datuk Adnan Md. Ikhsan menjelaskan, harga lama itu sebenarnya harga subsidi daripada pihak MPSJ dan sudah tiba masanya subsidi itu digunakan untuk tujuan lain.

Menurutnya, beliau sudah menerangkan mengenai perkara itu kepada wakil penjaja dan akan mencari jalan penyelesaian yang dipersetujui oleh semua pihak secepat mungkin.

"Pada masa ini, kami sudah menetapkan bahawa harga sewa tapak pasar pagi tersebut akan dikekalkan dengan harga lama sehinggalah perbincangan yang akan datang.

"Kami dan juga wakil penjaja telah bersetuju untuk mengumpul maklumat yang perlu untuk menyelesaikan masalah tersebut dan perbincangan seterusnya akan dibuat selepas Tahun Baru Cina," katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan perjumpaan dengan tujuh persatuan penjaja di daerah itu di ibu pejabat MPSJ di sini hari ini.

Turut hadir, Penasihat Persatuan Penjaja Daerah Puchong, Dr. Kow Cheong Wei.

Akhbar Kosmo! hari ini melaporkan rasa kecewa sekumpulan penjaja kecil di Pasar Pagi Taman Puchong Indah apabila MPSJ menaikkan sewa tapak daripada RM360 sepetak setahun kepada RM1,490 bermula 5 Januari lalu.

Tindakan MPSJ yang menaikkan sewa sebanyak empat kali ganda itu disifatkan sebagai terlalu kejam dan tidak berhati perut kerana rata-rata peniaga di situ berpendapatan rendah.

Sementara itu, Adnan berkata, MPSJ merupakan satu-satunya pihak berkuasa tempatan (PBT) di negeri itu yang masih mengenakan kadar sewa sebanyak RM1 sehari.

"PBT lain di negeri ini mengenakan kadar sewa RM4 dan ia adalah kadar yang sama di seluruh negeri Selangor.

"Pada masa yang sama, setiap tahun MPSJ membelanjakan hampir RM600,00 untuk membersihkan sampah di pasar pagi sahaja," ujarnya. - Utusan

Cuma ambo harap pada perbincangan nanti,akan mencapai keputusan 'menang-menang'. PBT tak wajar menaikan sewa sebegitu drastik dan penjaja juga harus ingat... tidak selamanya pihak berkenaan mampu memberi kan sewa subsidi seperti sekarang.

3 ulasan:

voon sun berkata...

cara pengiraan upah bersih dan buang sampah mungkin ada masalah.Contohnya (1)jalan itu 1 km panjang,cuma 300m dipakai untuk pasar,tapi macam mana caj tidak tahu.(2)Pekerja sapu lantai dan lori angkut sampah kerja sekejap saja,lebihkurang 2atau 3 jam saja,tapi caj satu harikah atau secara purata?

Pasar Malam berkata...

VS- kalau ikut pengalaman ambo berniaga Pasar Malam TAR. Upah bersih kan sampah diambil secara pukal.

Untuk satu kali seminggu berniaga kami dikenakan RM10 tetapi sejak beberapa tahun lepas di turun kan ke RM5.

Ada yang keliru anggap bayaran angkut sampah sama dengan lesen.. sebenar nya kedua2 nya berbeza cuma dibayar dalam satu lesen.

Tanpa Nama berkata...

geotorelxzp credit companies
credit card debt