Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 19 Januari 2011

Terkini... Siti Aisyah Telah diJumpai...!!!


Tiada saat yang paling indah bagi ibubapa selain saat menimang cahaya mata... dan tiada saat yang paling duka bila anak yang kita tatang tiba2 hilang sekelip mata...!!!

Noor Aisyah Umairah, 2 tahun (gambar atas) telah hilang sejak tengahari semalam di Kampung Lintah, Slim Village. Usaha mencari masih diteruskan di sekitar kampung dengan bantuan bomba, polis dan anjing pengesan. Jika ada maklumat, sila hubungi 054528335 (Balai Polis Slim Village).

Ambo harap sesiapa yang terlihat atau terjumpa kanak2 tersebut ..sila hubungi pihak berkuasa .

Ambo harap perhatikan anak2 kita walau pun di mana kita berada... di Pasar Malam TAR kejadian seperti ini juga sering berlaku....!!!

Berita terkini...!! Noor Aisyah telah dijumpai..!!!

Kanak-kanak perempuan hilang semalam ditemui selamat

19/01/2011 11:33am

SLIM RIVER 19 Jan. – Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun yang dilaporkan hilang tengah hari semalam dari rumahnya di Kampung Lintah, Slim Village, di sini ditemui semula dalam keadaan selamat hari ini.

Nor Aishah Umairah Zamzuri yang dilaporkan hilang pada pukul 12.30 tengah hari ditemui pada pukul 9.18 pagi ini oleh orang awam dan anggota Jabatan Bomba dan penyelamat yang menjalankan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Slim River, Penolong Penguasa Meor Mohd Ali Meor Husin yang mengetuai operasi tersebut berkata, kanak-kanak itu ditemui di kawasan kebun kelapa sawit kira kira 3km dari rumahnya.

Kanak-kanak itu cuma mengalami gigitan nyamuk dan telah dihantar ke Hospital Slim River untuk mendapatkan rawatan, katanya ketika dihubungi.

Meor Mohd Ali berkata, pihaknya melancarkan operasi yang melibatkan 25 anggota selepas menerima laporan kehilangan kanak-kanak itu daripada polis kira-kira pukul 4 petang semalam. – Bernama

Tiada ulasan: