Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 29 Julai 2010

PENGUNDIAN BAZAR RAMADHAN JALAN TAR -MASJID INDIA TIADA PENYELEWENGAN


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menetapkan kriteria tertentu kepada pemohon yang berminat menyewa tapak bazar Ramadan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, berkata kriteria perlu ditetapkan bagi memastikan hanya pemohon yang layak mengemukakan permohonan dan mengelak berlakunya salah guna borang di kalangan pemohon dengan mengemukakan lebih daripada satu permohonan. “Pada masa depan pemilihan permohonan masih dilakukan secara terbuka, tetapi kita akan menetapkan kriteria tertentu, tetapi kita boleh menjangkakan ia (penetapan kriteria) akan dianggap menyusahkan masyarakat.


“Namun DBKL menerima terlalu banyak permohonan sedangkan tapak yang kita ada terhad, sepatutnya hanya peniaga yang berpengalaman dan mempunyai modal yang memohon,” katanya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa proses pengundian petak bazar Ramadan pada tahun ini yang dilakukan DBKL agak terbuka, sekali gus menyekat peniaga tetap untuk terus berniaga.


Malah, DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut digesa untuk menambah jumlah tapak bazar, selain mengkaji semula sistem pengundian tapak berkenaan pada tahun ini kerana sistem pemberian tapak bazar sebelum ini dikatakan lebih baik dan telus.


Menafikan dakwaan itu, Ahmad Fuad berkata, pihaknya menjalankan undian secara telus dan terbuka dengan memanggil wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memantau proses pengundian.


Bagaimanapun, katanya, perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon timbul apabila DBKL menetapkan hanya satu tapak diberikan kepada seorang peniaga.


“Pada tahun ini, DBKL menyediakan perkhidmatan muat turun borang permohonan tapak bagi memudahkan peniaga tetapi kita menerima 15,000 permohonan kerana ada di antara peniaga yang menyalahgunakan kemudahan diberi apabila menghantar 10 hingga 15 permohonan.


“Kita memanggil SPRM ketika proses mencabut undi dan ia bergantung kepada nasib dan hanya satu tapak diberi kepada satu peniaga. Namun, tindakan itu masih menimbulkan persepsi kononnya DBKL menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Menurut beliau, kebanyakan masalah timbul di tapak bazar di Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana ia kawasan ‘panas’.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadaseleweng/Article


ambo setuju sangat dengan cadangan yang disebutkan itu... sepatutnya ruang niaga bazar ramadan Lorong TAR dan Masjid India diberi kepada yang ada pengalaman dan modal untuk berniaga.

Langkah ini dapat mengelakkan pemohon yang memohon tapak untuk dijual dan bukan untuk berniaga!!

Walau pun begitu ...ambo harap akan ada juga ruang untuk yang baru belajar berniaga bagi mendapatkan tapak di bazar ramadan tersebut!!


2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

cadangan yang baik. Perlu perhatian pihak berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

saya mencadangkan kepada SPRM menyiasat peniaga bazar ramadhan dilorong dan di jalan masjid india tentang ujudnye penjualan tapak bazar ramadhan dengan harga yang tidak munasabah....SILA SPRM BERIKAN PERHATIAN SEPENUHNYE....TERIMA KASIH.