Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 26 Julai 2010

HARGA TAPAK BAZAR RAMADHAN LORONG TAR MENCECAH RM 15,000 SEPETAK?? WOW..!!


Minggu lepas kita semua dikejutkan dengan kehadiran lebih 15,000 peniaga kecil yang ingin mencuba nasib bagi mendapatkan tapak bazar ramadan di lorong TAR!!

Dari 15,000 cuma sekitar 400 sahaja yang berpeluang untuk berniaga di kawasan tumpuan orang islam untuk mendapatkan keperluan hari raya itu.

Jika minggu lepas kita dikejutkan jumlah 15,000 untuk memohon bazar ramadan tersebut, minggu ini kita pula dikejutkan bahawa nilai sehingga RM15,000 ditawarkan untuk 'membeli' tapak bazar yang telah berjaya diperolehi itu.

Walau pun isu 'jualbeli' tapak ini adalah perkara biasa saban tahun... tetapi tahun ini harga nya meningkat begitu mendadak. Harga itu adalah untuk tapak berkeluasan 8' x 8'. Ambo yakin jika sebegitu tinggi harga yang ditawarkan, akan lebih lebih ramai akan menjual tapak mereka.

Harga tapak berkenaan dinilai mengikut kedudukan nya...jika kedudukan nya ditengah-tengah atau pun berdekatan dengan Semua house maka harga nya lebih mahal.... ada yang ambo diberitahu mencecah sehingga RM18,000 sepetak.

Tetapi mengikut trend juga..harga tapak biasa dioffer sebegitu tinggi sebelum menjelang bulan ramadan..dan bila dekat2 bulan puasa dan jika tapak belum terjual harga nya akan turun...meski pun turun ambo yakin harga tapak tetap berlegar sekitar RM8,000 hingga RM12,000 sepetak!!

Yang pasti ramai antara yang memohon tapak bazar ramadhan Loring TAR tersebut , bukan lah peniaga asli... ada yang ingin mendapatkan tapak tersebut bukan untuk berniaga tetapi untuk dijual...untuk mendapat untung segera yang lumayan.

Ambo cadangkan ..jika boleh berilah sedikit keutamaan kepada peniaga kecil yang sedia berniaga di tapak pasar malam Lorong TAR untuk mendapatkan tapak bazar tersebut. sekurang-kurang nya mereka telah terbukti berniaga di tapak tersebut saban minggu!!!

4 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

kalau cam tu tinggi harga, tak yah niaga barang lee , niaga tapak pun dah untung banyak.

peniagadodol berkata...

Mengapa tak benarkan peniaga Pasar malam lorong TAR sahaja untuk terus berniaga di Bazaer tersebut.
Mereka adalah peniaga yang sepanjang tahun berniaga di situ.

Tanpa Nama berkata...

"Melayu Mudah Lupa" dah dapat tak berniaga jual pada warga asing, itu larr sbb harga boleh cecah RM 15,000

Tapak bazar TAR berkata...

salam, saya ada lagi 35 tapak di jalan TAR, satu tapak dijual dengan harga 8 ribu, boleh contact sy di 012-6563211