Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 21 Julai 2010

ISU BAZAR RAMADHAN - DPMM ANGGAP MENTERI WAILAYAH BERSIKAP LEPAS TANGAN DAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB!!!



Ambo sebenarnya agak terkejut bila membaca herdikan agar keras Datuk Syed Hussein Al Habshee yang juga Ahli Majlis Eksukutif DPMM. Beliau tidak berpuas hati dengan anggap jawapan tapak bazAr terhad oleh Menteri Wilayah yang merujuk kepada 15,000 permohonan itu sebagi "lepas tangan dan tidak bertanggungjawab"

Ambo bukanlah nak sokong mana-mana pihak tetapi bagi ambo herdikan tersebut amat tidak tepat. DBKL sebenar nya boleh menyediakan banyak tempat tetapi persoalan nya..adakah tempat itu nanti akan dikujungi oleh pelanggan??.

Unit nya pelanggan ke bazar ramadan Lorong TAR ini..mereka biasanya akan lalu dan membeli di gera2i yang berada di sepanjang lorong itu sahaja... jika terpesong sikit sahaja gerai tersebut maka alamat nak balik modal pun susah!!

DBKL juga menyediakan tapak di tapak parking kereta belakang Semua House yang berdekatan dengan Lorong TAR..realitynyai..ramai orang di Lorong TAR ..lalu lalang dan tawar menawar...tetapi amat sikit yang mahu melangkah masuk ke tapak bazar yang terletak di tempat parking tersebut....akibat nya...ramai yang berniaga di situ mengeluh panjang...!!

Sebelum ini pun DBKL telah ada menyediakan tapak di beberapa lokasi yang agak jauh dari Lorong TAR dan sememang nya tidak mendapat sambutan. Jangan kan jauh..gerai2 di depan Semua House yang terletak beberapa langkah dari Lorong TAR itu pun kurang sambutan.

Jadi jika dikatakan DBKL bersikap lepastangan hanya kerana menyediakan 400 tapak sedang kan yang memohon 15,000 itu adalah tidak tepat!! DBKL ambo yakin boleh sediakan tempat2 lain tetapi persoalan nya..adakah tapak2 tersebut akan dikujungi oleh orang ramai!!???

Cuma ambo harap...di tahun depan..kembalikan syarat2 asal kepada yang ingin memohon tapak bazar ramadan Lorong TAR...termasuk perlu ada RM1000 dalam akaun bank... agar kita tahu mereka yang benar2 mahu berniaga di samping mengelak kan borang dihantar secara pukal oleh pihak2 tertentu dengan menggunakan nama orang lain...apa nak kisah..hantar saja.!!!

Kalau dahlu setiap borang yang diahantar perlu disertakan penyata dalam akuan bank mempunyai RM1,000 ..jika nak hantar 100 borang mereka terpaksa sediakan RM 100,000... sedang kan sekarang..mahu hantar 1000 borang sekali pun bukan lah beban kepada sesetengah orang...dan ambo rasa ini tidak adil kepada yang benar2 ingin berniaga!!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku setuju, ramai yang mahu bercakap tetapi tidak tahu duduk perkara.

bukan semua tempat di sekitar Jalan TAR itu sesuai untuk dibuka bazar ramadan.