Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Selasa, 20 Julai 2010

15,000 HADIR PROSES CABUTAN TAPAK BAZAR RAMADHAN JALAN TAR!!


Semalam tak kurang 15,000 peniaga kecil sekitar KL telah hadir ke Stadium Titiwangsa untuk proses pengundian bazar Ramadhan di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman...tapak tempat ambo berniaga sekarang!!

Dalam 15,000 permohonan itu nanti yang berjaya cuma tidak lebih dari 400 ratus sahaja. Sambutan hangat ini telah dijangkakan kerana beberapa syarat seperti yang dikenakan sebelum ini telah dimansuhkan termasuklah perlu mempunyai sekaurang2 nya RM1,000 dalam akaun bagi setiap permohonan!!

Satu lagi tarikan sudah tentu kerana Lorong TAR merupakan tumpuan bagi mendapatkan barangan bagi persiapan hari raya. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk sekitar menanjung malah juga menjadi tempat membeli belah bagi penduduk Sabah dan Serawak...malah rakyat Sinpura, Brunai dan Thai juga !!!

Yang berjaya mendapat tapak tersebut boleh lah dianggap sebagai mendapat durian runtuh..apa tidak nya..jika tidak mahu berniaga pun.. akan ada pihak yg sanggup membayar setinggi RM8,000 ke RM9,000 bagi satu tapak bergantung kepada lokasi!!

Dan ambo amat yakin...ramai juga yang memohon tapak tersebut bukan lah peniaga sebenar tetapi cuma ingin mendapatkan tapak bagi di'jual' kepada pihak lain yang bersedia untuk membayar harga yang tinggi!!

Apa pun...ambo memuji cara pengundian tapak yang dibuat secara terbuka seperti cara cabut pink form saham...!! Disamping itu pihak SPRM , DBKL ,NGO dan persatuan2 peniaga juga ada wakil mereka untuk memerhati proses pemilihan tersebut!!

hehe ambo?? sudah beberapa tahun ambo tidak hantar borang untuk bazar ramadhan.. dulu selalu juga ambo mencuba tetapi tak pernah sangkut pun..jadi ambo ambil keputusan utk tumpukan kepada pasar malam TAR setiap sabtu sahaja....insyallah melihat kepada trend perbelanjaan kebelakangan ini...bulan puasa tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas!!

Satu yang pembaca kena tahu..walau pun peniaga2 bazar ramadan akan berniaga di sepanjang Lorong TAR tetapi pada setiap hari sabtu mereka perlu kosongkan tapak mereka untuk peniaga pasar malam seperti ambo berniaga!!

Semuga tahun ini...peniaga-peniaga di sepanjang jalan TAR akan senyum lebih lebar berbanding tahun lepas!!

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

woiiii ramai tu. tahun depan aku pun nak cuba nasib juga lah!

Pen berkata...

syabas kerana pemilihan dibuat sangat telus. dapat atau tidak kita semua puas hati.

Tanpa Nama berkata...

pasar mlm setiap sabtu tu kena mohon tapak kt dbkl ke or leh letak je table kt situ klu just nk niaga guna 1meja kecik je?