Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 29 Julai 2010

PENGUNDIAN BAZAR RAMADHAN JALAN TAR -MASJID INDIA TIADA PENYELEWENGAN


KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) bercadang menetapkan kriteria tertentu kepada pemohon yang berminat menyewa tapak bazar Ramadan milik pihak berkuasa tempatan (PBT) itu.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail, berkata kriteria perlu ditetapkan bagi memastikan hanya pemohon yang layak mengemukakan permohonan dan mengelak berlakunya salah guna borang di kalangan pemohon dengan mengemukakan lebih daripada satu permohonan. “Pada masa depan pemilihan permohonan masih dilakukan secara terbuka, tetapi kita akan menetapkan kriteria tertentu, tetapi kita boleh menjangkakan ia (penetapan kriteria) akan dianggap menyusahkan masyarakat.


“Namun DBKL menerima terlalu banyak permohonan sedangkan tapak yang kita ada terhad, sepatutnya hanya peniaga yang berpengalaman dan mempunyai modal yang memohon,” katanya.


Beliau berkata demikian sebagai mengulas dakwaan sesetengah pihak bahawa proses pengundian petak bazar Ramadan pada tahun ini yang dilakukan DBKL agak terbuka, sekali gus menyekat peniaga tetap untuk terus berniaga.


Malah, DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar turut digesa untuk menambah jumlah tapak bazar, selain mengkaji semula sistem pengundian tapak berkenaan pada tahun ini kerana sistem pemberian tapak bazar sebelum ini dikatakan lebih baik dan telus.


Menafikan dakwaan itu, Ahmad Fuad berkata, pihaknya menjalankan undian secara telus dan terbuka dengan memanggil wakil daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk memantau proses pengundian.


Bagaimanapun, katanya, perasaan tidak puas hati di kalangan pemohon timbul apabila DBKL menetapkan hanya satu tapak diberikan kepada seorang peniaga.


“Pada tahun ini, DBKL menyediakan perkhidmatan muat turun borang permohonan tapak bagi memudahkan peniaga tetapi kita menerima 15,000 permohonan kerana ada di antara peniaga yang menyalahgunakan kemudahan diberi apabila menghantar 10 hingga 15 permohonan.


“Kita memanggil SPRM ketika proses mencabut undi dan ia bergantung kepada nasib dan hanya satu tapak diberi kepada satu peniaga. Namun, tindakan itu masih menimbulkan persepsi kononnya DBKL menyalahgunakan kuasa,” katanya.

Menurut beliau, kebanyakan masalah timbul di tapak bazar di Masjid India dan Jalan Tuanku Abdul Rahman kerana ia kawasan ‘panas’.

http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/Tiadaseleweng/Article


ambo setuju sangat dengan cadangan yang disebutkan itu... sepatutnya ruang niaga bazar ramadan Lorong TAR dan Masjid India diberi kepada yang ada pengalaman dan modal untuk berniaga.

Langkah ini dapat mengelakkan pemohon yang memohon tapak untuk dijual dan bukan untuk berniaga!!

Walau pun begitu ...ambo harap akan ada juga ruang untuk yang baru belajar berniaga bagi mendapatkan tapak di bazar ramadan tersebut!!


Isnin, 26 Julai 2010

HARGA TAPAK BAZAR RAMADHAN LORONG TAR MENCECAH RM 15,000 SEPETAK?? WOW..!!


Minggu lepas kita semua dikejutkan dengan kehadiran lebih 15,000 peniaga kecil yang ingin mencuba nasib bagi mendapatkan tapak bazar ramadan di lorong TAR!!

Dari 15,000 cuma sekitar 400 sahaja yang berpeluang untuk berniaga di kawasan tumpuan orang islam untuk mendapatkan keperluan hari raya itu.

Jika minggu lepas kita dikejutkan jumlah 15,000 untuk memohon bazar ramadan tersebut, minggu ini kita pula dikejutkan bahawa nilai sehingga RM15,000 ditawarkan untuk 'membeli' tapak bazar yang telah berjaya diperolehi itu.

Walau pun isu 'jualbeli' tapak ini adalah perkara biasa saban tahun... tetapi tahun ini harga nya meningkat begitu mendadak. Harga itu adalah untuk tapak berkeluasan 8' x 8'. Ambo yakin jika sebegitu tinggi harga yang ditawarkan, akan lebih lebih ramai akan menjual tapak mereka.

Harga tapak berkenaan dinilai mengikut kedudukan nya...jika kedudukan nya ditengah-tengah atau pun berdekatan dengan Semua house maka harga nya lebih mahal.... ada yang ambo diberitahu mencecah sehingga RM18,000 sepetak.

Tetapi mengikut trend juga..harga tapak biasa dioffer sebegitu tinggi sebelum menjelang bulan ramadan..dan bila dekat2 bulan puasa dan jika tapak belum terjual harga nya akan turun...meski pun turun ambo yakin harga tapak tetap berlegar sekitar RM8,000 hingga RM12,000 sepetak!!

Yang pasti ramai antara yang memohon tapak bazar ramadhan Loring TAR tersebut , bukan lah peniaga asli... ada yang ingin mendapatkan tapak tersebut bukan untuk berniaga tetapi untuk dijual...untuk mendapat untung segera yang lumayan.

Ambo cadangkan ..jika boleh berilah sedikit keutamaan kepada peniaga kecil yang sedia berniaga di tapak pasar malam Lorong TAR untuk mendapatkan tapak bazar tersebut. sekurang-kurang nya mereka telah terbukti berniaga di tapak tersebut saban minggu!!!

Rabu, 21 Julai 2010

ISU BAZAR RAMADHAN - DPMM ANGGAP MENTERI WAILAYAH BERSIKAP LEPAS TANGAN DAN TIDAK BERTANGGUNG JAWAB!!!



Ambo sebenarnya agak terkejut bila membaca herdikan agar keras Datuk Syed Hussein Al Habshee yang juga Ahli Majlis Eksukutif DPMM. Beliau tidak berpuas hati dengan anggap jawapan tapak bazAr terhad oleh Menteri Wilayah yang merujuk kepada 15,000 permohonan itu sebagi "lepas tangan dan tidak bertanggungjawab"

Ambo bukanlah nak sokong mana-mana pihak tetapi bagi ambo herdikan tersebut amat tidak tepat. DBKL sebenar nya boleh menyediakan banyak tempat tetapi persoalan nya..adakah tempat itu nanti akan dikujungi oleh pelanggan??.

Unit nya pelanggan ke bazar ramadan Lorong TAR ini..mereka biasanya akan lalu dan membeli di gera2i yang berada di sepanjang lorong itu sahaja... jika terpesong sikit sahaja gerai tersebut maka alamat nak balik modal pun susah!!

DBKL juga menyediakan tapak di tapak parking kereta belakang Semua House yang berdekatan dengan Lorong TAR..realitynyai..ramai orang di Lorong TAR ..lalu lalang dan tawar menawar...tetapi amat sikit yang mahu melangkah masuk ke tapak bazar yang terletak di tempat parking tersebut....akibat nya...ramai yang berniaga di situ mengeluh panjang...!!

Sebelum ini pun DBKL telah ada menyediakan tapak di beberapa lokasi yang agak jauh dari Lorong TAR dan sememang nya tidak mendapat sambutan. Jangan kan jauh..gerai2 di depan Semua House yang terletak beberapa langkah dari Lorong TAR itu pun kurang sambutan.

Jadi jika dikatakan DBKL bersikap lepastangan hanya kerana menyediakan 400 tapak sedang kan yang memohon 15,000 itu adalah tidak tepat!! DBKL ambo yakin boleh sediakan tempat2 lain tetapi persoalan nya..adakah tapak2 tersebut akan dikujungi oleh orang ramai!!???

Cuma ambo harap...di tahun depan..kembalikan syarat2 asal kepada yang ingin memohon tapak bazar ramadan Lorong TAR...termasuk perlu ada RM1000 dalam akaun bank... agar kita tahu mereka yang benar2 mahu berniaga di samping mengelak kan borang dihantar secara pukal oleh pihak2 tertentu dengan menggunakan nama orang lain...apa nak kisah..hantar saja.!!!

Kalau dahlu setiap borang yang diahantar perlu disertakan penyata dalam akuan bank mempunyai RM1,000 ..jika nak hantar 100 borang mereka terpaksa sediakan RM 100,000... sedang kan sekarang..mahu hantar 1000 borang sekali pun bukan lah beban kepada sesetengah orang...dan ambo rasa ini tidak adil kepada yang benar2 ingin berniaga!!!

Selasa, 20 Julai 2010

15,000 HADIR PROSES CABUTAN TAPAK BAZAR RAMADHAN JALAN TAR!!


Semalam tak kurang 15,000 peniaga kecil sekitar KL telah hadir ke Stadium Titiwangsa untuk proses pengundian bazar Ramadhan di sekitar Lorong Tuanku Abdul Rahman...tapak tempat ambo berniaga sekarang!!

Dalam 15,000 permohonan itu nanti yang berjaya cuma tidak lebih dari 400 ratus sahaja. Sambutan hangat ini telah dijangkakan kerana beberapa syarat seperti yang dikenakan sebelum ini telah dimansuhkan termasuklah perlu mempunyai sekaurang2 nya RM1,000 dalam akaun bagi setiap permohonan!!

Satu lagi tarikan sudah tentu kerana Lorong TAR merupakan tumpuan bagi mendapatkan barangan bagi persiapan hari raya. Ia bukan sahaja menjadi tumpuan penduduk sekitar menanjung malah juga menjadi tempat membeli belah bagi penduduk Sabah dan Serawak...malah rakyat Sinpura, Brunai dan Thai juga !!!

Yang berjaya mendapat tapak tersebut boleh lah dianggap sebagai mendapat durian runtuh..apa tidak nya..jika tidak mahu berniaga pun.. akan ada pihak yg sanggup membayar setinggi RM8,000 ke RM9,000 bagi satu tapak bergantung kepada lokasi!!

Dan ambo amat yakin...ramai juga yang memohon tapak tersebut bukan lah peniaga sebenar tetapi cuma ingin mendapatkan tapak bagi di'jual' kepada pihak lain yang bersedia untuk membayar harga yang tinggi!!

Apa pun...ambo memuji cara pengundian tapak yang dibuat secara terbuka seperti cara cabut pink form saham...!! Disamping itu pihak SPRM , DBKL ,NGO dan persatuan2 peniaga juga ada wakil mereka untuk memerhati proses pemilihan tersebut!!

hehe ambo?? sudah beberapa tahun ambo tidak hantar borang untuk bazar ramadhan.. dulu selalu juga ambo mencuba tetapi tak pernah sangkut pun..jadi ambo ambil keputusan utk tumpukan kepada pasar malam TAR setiap sabtu sahaja....insyallah melihat kepada trend perbelanjaan kebelakangan ini...bulan puasa tahun ini adalah lebih baik dari tahun lepas!!

Satu yang pembaca kena tahu..walau pun peniaga2 bazar ramadan akan berniaga di sepanjang Lorong TAR tetapi pada setiap hari sabtu mereka perlu kosongkan tapak mereka untuk peniaga pasar malam seperti ambo berniaga!!

Semuga tahun ini...peniaga-peniaga di sepanjang jalan TAR akan senyum lebih lebar berbanding tahun lepas!!

Selasa, 13 Julai 2010

BUBUR JAGUNG TAHI CICAK DI KAMPUNG BARU!!!

bubur jagung memang lazat..tetapi kalau tidak bersih siapa pun tak nak makan..!!
tahi cicak seperti inilah yg terdapat pada bubur dalam bekas..hingga ambo kembang tengkok..!!

Semalam ambo teman kan isteri ambo untuk membeli juadah berbuka puasa ganti di Kg Baru, KL. Kerana isteri ambo nak makan bubur jagung dan kuih mueh Kelantan maka di situlah tempat nya...macam-macam pilihan ada..!!!

Sampai di Kg Baru ..isteri ambo terus menuju ke satu warung untuk mendapatkan juadah kegemarannya... nampak saja bubur jagung..dia terus menerpa...belum sempat oder..salah satu bekas pastik yg berisi bubur itu terdapat tahi cicak di dalam nya.... yg pelik isteri ambo beli juga agak nya kerana dia teringin sangat nak makan bubur tersebut... cuma dia ambil bubur dari bekas yang lain!!!

Tengkok ambo sudah kembang... ambo tegur pembantu gerai...dan ambo tunjuk kan tahi cicak yg ada dalam salah satu bekas bubur jagung yang terhidang..sangka ambo dia akan ambil bekas bubur itu dan dia buang tetapi terkejut nya ambo bila dia ambil sudu plastik dan cuma buang tahi cicak dari bubur tersebut sahaja ...!!!

Kaget ambo sekejap...ambo kata lagi kat pembantu gerai tu...buanglah bubur yang dah masuk tahu cicak tu....dia cuma alih kan sikit bekas itu dari tempat asal nya....dan ambo tak tahu lah lepas itu samada dia letak kembali bekas bubur jagung itu dan jual kepada org lain..!!
Melihat kepada gelagat pembantu itu..tengkok ambo menjadi kembang...isteri ambo pelawa samada ambo nak beli apa2 kuih....haha..ambo kata ambo tak nak walau pu kuih muih kat situ memang nampak menyelerakan!!

Waktu berbuka...isteri ambo berbuka dengan bubur jagung dan kuih muih yang dia beli tadi...tetapi ambo tidak sentuh pun....tengkok ambo masih kembang..sampai lee hari ini!!!

Kepada pengusaha2 warung..hati2 pilih pembantu..apa lagi kalau pembantu warga asing.... pastikan tahap kebersihan diamalkan... mungki ditempat mereka...boleh tetapi di tempat kita itu menjijik kan!!

Dan selepas ini ambo tidak akan lagi ke warung itu...meski pun sebelum ini warung tersebut adalah antara warung kegemaran ambo untuk makan nasi kerabu dan kuih manis kelantan!!!

Rabu, 7 Julai 2010

BREAKING THE SIEGE: IN THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE & MAVI MARMARA


Huruf condongTun M akan menyampaikan ucaptama pada acara tersebut....!!!


Sebagai penyokong perjuangan membebaskan Palastine dari penjajahan Israel..ambo akan sokong apa saja program kearah itu....!! Pada hari ahad 11 Julai nanti....satu event yg diberi nama BREAKING THE SIEGE: IN THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE & MAVI MARMARA akan diadakan di Dewan Tun Abdul Razak , PWTC!!!!

Semua dijemput hadir ..sebagai tanda sokongan kita!!!


SEMUA RAKAN-RAKAN PENGUNJUNG PASAR MALAM TAR.. DIJEMPUT HADIR KE MAJLIS ANJURAN PERDANA GLOBAL PEACE ORGANIZATION PADA 11 JULAI 2010

BREAKING THE SIEGE: IN THE SPIRIT OF RACHEL CORRIE & MAVI MARMARA

PROGRAMME:

8.30am : Arrival of Speakers, Participants & Registration

8.45am : Arrival of YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad

9.00am : Multimedia Presentation

9.10am : Keynote Speech by YABhg Tun Dr. Mahathir Mohamad
Fourth Prime Minister of Malaysia
Chairman of the Perdana Global Peace Organisation (PGPO)

10.00am : Coffee Break

10.15am : SESSION A – RECOUNTING EXPERIENCES ON THE
FREEDOM FLOTILLA

Introduction by Moderator - YB Dato’ Mukhriz Mahathir
Deputy Minister of International Trade and Industry. Advisor to Perdana Global Peace Organisation.

Mr. Denis J. Halliday
Former Assistant Secretary General of the United Nations and a member of the Perdana Global Peace Organisation’s International Advisory Panel.

Mr. Derek Graham
International Activist and Leader of Rachel Corrie Team

Dr. Hasan Huseyin Uyzal
Doctor on Mavi Marmara

Mr. Bulent
Head of IHH on board Mavi Marmara

Mr. Kevin Neish
International Activist on board of Mavi Marmara

Prof. Michel Chossudovsky
Professor, University of Ottawa


11.45am : Question and Answer Session

12.45pm : Lunch Break

1.45pm : SESSION B – LIFE IN GAZA

Introduction by Moderator – YBhg. Dato’ Prof. Emeritus Dr. Shad S. Faruqi, Prof. Emeritus University Technology MARA

The Hon. Judge Dialdeen S. Madhoun
Head of Committee of War Crimes Documentation

Mrs. Jenny Graham
International Activist on board Rachel Corrie

Ir. Mohammed D Radwan

3.00pm : Tea Break

3.15pm : SESSION C – THE NEXT STEPS

Introduction by Moderator - YABhg Tun Dr Mahathir Mohamad

YABhg. Datin Seri Rosmah Mansor
Wife of the Prime Minister of Malaysia

HE Ambassador of Turkey

HE Ambassador of Ireland

HE Ambassador of Iran

The Hon. Judge Dialdeen S. Madhoun
Head of Committee of War Crimes Documentation


5.30pm : CLOSING ADDRESS BY YAB TAN SRI MUHYIDDIN HAJI MOHD YASSIN
Deputy Prime Minister and Minister of Education of Malaysia

6.00pm : PRESS CONFERENCE

END


Isnin, 5 Julai 2010

NASI GORENG YANG MENGAMIT NASTOLGIA JALAN BINJAI!!!!

Warung No.16..Mutiara Binjai di Medan Selera bersebelahan Stadium TPCA, Kg. Baru.. merupakan antara Warung yang terkenal di Jalan Binjai berdekatan KLCC pada 20 tahun lepas...!!!
hidangan nasi goreng ayam..rasanya tidak berubah meski pun sudah lebih 20 tahun....hidangan yang begitu mengamit kenangan Jalan Binjai!!
Layanan boss Mutiara Binjai ini...tidak berubah...sejak lebih 20 tahun..mesra dan ceria...!!

Dua sejoli....dari Jalan Binjai ..ke Jalan Raja Muda Abdul Aziz...tetap bersama....!!Semuga kakak dan abang berdua akan terus di murah kan rezeki oleh Allah!!



Ketika ambo remaja dahulu..ambo pernah berkerja di kompleks belibelah dan juga butik... dan sudah tentu saat itu akan terus menjadi kenangan pada ambo...!! Waktu itulah ambo kenal erti hidup yang sebenar.... dan kat situ lah juga ambo kenal makna cinta yang sejati..!!!

Rakan2 sekerja ambo dahulu telah ramai menjadi orang2 terkenal... rakan sekerja ambo termasuklah Zulfadzli yang terkenal sebagai makeup artis itu...dan ada juga yang telah menjadi menantu kepada bekas PM ke 4 kita..!!! yelah..itulah rezeki dan jodoh masing2!!!

Terlalu banyak kenangan indah waktu itu....paling seronok berkerja di Bukit Bintang dan juga City Squre di Jalan Ampang!!! Maka benarlah kata orang..zaman remaja ....zaman yang paling indah!!!

Selain dari kenangan2 tersebut...sudah tentu tempat makan juga menjadi nastolgia yang tak dapat ambo lupa kah.... masih ingat...waktu rehat...maka kami akan berduyun2 menyeberang Jalan Ampang untuk ke Jalan Binjai bagi menjamu selera.... !! di sepanajang Jalan Binjai dipenuhi oleh deretan gerai2 makan...!!Macam2 ada kat situ...dan macam2 org yang menjamu selera...indah dan meriah!!!

Tapi sekarang..Di Jalan Binjai sudah tiada lagi warung2...Jalan Binjai sekarang sudah penuh dengan bangunan2 mewah...dan restoran2 besar....!! wajah nya sudah jauh berubah....walau pun begitu..setiap kali melaintasi bangunan KLCC...Ampang Point...Jalan Binjai....City Squre..maka kenangan lama akan mengamit kembali..!!!

Dan sekarang...sekira nya ambo mahu mengenang kembali saat2 tersebut...ambo akan singgah ke Medan selara Jalan Raja Muda Abdul Aziz , Kg Baru.....!!! kerana kat situ...masih ada abang yang pernah berniaga di Jalan Binjai... dan rasa nasi goreng cina nya... nasi goreng ayam nya... masih tidak berubah... walau pun sudah lebih 20 tahun berlalu...!!!

Setiap kali ambo singgah ke Medan Selera berkenaan ..ambo akan oder..nasi goreng cina atau pun nasi goreng ayam....ermm.. rasa nya bisa mengamit nastolgia... rasa nya mmg tidak berubah...ditambah bila dihidang besama sos istimewa yang begitu serasi dengan nasi nya.....ermm....sedapppp!!

Kepada sahabat2 lama yang masih ingat pada ambo...dan ingat juga kepada medan selera Jalan Binjai lebih 20 tahun dulu....maka datanglah ke Warung Mutiara Binjai...nescaya...anda akan kembali merasa seperti berada di zaman2 lagu Alleycats dan Iklim sedang popular dulu!!

Ambo berani jamin...rasa dan keenakan masakan di situ tidak berubah dari yang kita pernah makan saban hari di Jalan Binjai 20 tahun yang lepas!!!!