Ahad, 28 Februari 2010
RELA MARI ..PENIAGA ASING LARI....SEKEJAP SAJA..MEREKA KEMBALI MENGUASAI ..SELEPAS RELA PERGI..!!!
alamak...panjangnya rambut.....!! Jarang lagi ada gadis melayu yang sanggup menyimpan rambut sebegini......!!!
pelanggan dari Kelantan....cantik dan sporting....!! nanti jumpa kat Wakaf Che Yeh dehhhh...!!!!
Alhamdulillah....hari ini rezeki melimpah ruah...!!! pelanggan tetap ramai di tapak ambo!!!
waaa..kuasa jam Ben 10 telah mengelapkan dunia......!!!!
hehe..seksinya bibir......macam bibir anita serawak!!!!
antara baju yang paling mendapat sambutan....insyaallah...minggu depan stok baru akan sampai.....!!
peniaga asing yang berniaga barangan permainan...bebas tanpa takut walau sedidit pun...dimana pihak berkuasa kita????
Di Sekitar Pasar Malam TAR tadi...menjadi lengang seketika dari peniaga-peniaga asing bila Pasukan RELA menjalankan operasi!!!
Mereka tiba-tiba hilang entah kemana, yang tinggal cuma peniaga dan pembantu kedai tempatan sahaja..!!!
Rupa-rupanya kalau dilihat kesan dari operasi tadi, maka amat jelas kedai-kedai pakaian, tudung, tekstile dan sebagai nya telah dikuasai oleh peniaga asing. Kalau ada pun kedai-kedai rakyat tempatan cuma ada beberapa buah sahaja!!
Ambo tidak sempat nak melihat dengan jelas operasi RELA tadi kerana sebok menguruskan peniagaan di tapak ambo!! Alhamdullilah ..hari ini pelanggan agak ramai....!!!
Operasi yang dijalankan sesepanjang Jalan Masjid India dan sekitar Jalan TAR itu ambo kira tidak mendapat kejayaan yang sewajarnya..malah ambo tenguk seolah-olah peniaga warga asing sudah tahu bila operasi itu bermula dan bila pula ia akan berakhir...!!!
Sejurus sahaja pasukan RELA tiada..mereka kembali menguasai Jalan Masjid India tanpa ada rasa takut sedikit pun!!! Kedai-kedai yang sekejap tadi sunyi..tiba-tiba riuh kembali dengan warga asing menjalankan aktiviti mereka!!
Jika begitu lah caranya operasi dijalankan...ambo yakin sampai bila-bila pun peniaga asing tidak akan dapat dihapuskan di Jalan Masjid India dan sekitarnya!!! Operasi dijalankan seperti melepaskan batuk di tangga sahaja..!!! Mengapa tiada operasi susulan dibuat selepas sahaja operasi pertama dilakukan???
Ambo amat yakin..jika operasi susulan dijalankan oleh pihak imigresin atau polis nescaya akan ramai peniaga asing dapat ditahan!!!
Ambo harap, operasi seperti itu akan dijalankan secara berkala...agar warga asing tahu bahawa negara kita ada undang-undang dan mereka tidak boleh secara mudah memperlekehkan kedaulatan tanah air tercinta ini!!!
Khamis, 25 Februari 2010
SELAMAT MENYAMBUT MAULIDUR RASUL 1431H/2010M - PASAR MALAM TAR.
Esok umat Islam akan bercuti sempena sambutan Maulud Nabi...sebagai peniaga pasar malam ambo sangat bersyukur bila cuti Maulud Nabi jatuh pada hari jumaat..kerana biasanya pelanggan akan ramai di Pasar Malam TAR pada hari sabtu bila musim cuti begini..!!!
Bila cuti agak panjang seperti ini...orang dari luar akan berkunjung ke KL dan sudah tentu akan meramaikan juga penggunjung ke Pasar Malam TAR!!!
Ada juga yang tanya ambo...apakah maulud nabi ini dirayakan pada zaman Rasullulah?? Sudah tentu tidak... maulud nabi mula
Perayaan Maulud Nabi pertama kali diperkenalkan oleh Abu Said al-Qakburi, seorang Gebenor Irbil, di Iraq pada masa pemerintahan Sultan Salahuddin Al-Ayyubi (1138-1193). Tetapi ada juga yang berpendapat bahwa idenya asal perayaan ini adalah dari Sultan Salahuddin sendiri. .
Tujuannya adalah untuk membangkitkan kecintaan kepada Nabi Muhammad SAW, serta meningkatkan semangat juang kaum muslimin saat itu, yang sedang terlibat dalam Perang Salib melawan pasukan Kristian Eropah ketika peristiwa menawan kota Yerusalem.
Di Malaysia...Maulud Nabi dirayakan saban tahun dengan berbagai acara keugamaan...!! Apakah pengertian maulud nabi sebenarnya..????
Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada hari Khamis 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.
Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.
Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih.
Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala.
Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.
Dalam kesempatan ini...ambo ingin ucapkan ...selamat manyambut Maulud Nabi kepada semua pelanggan dan sahabat handai ambo.....hayatilah slogan ...'Memantap Ukhwah Memperkasa Ummah" - semuga kita lebih mencintai Junjungan Kita !!!
Rabu, 24 Februari 2010
CAMPUR ARAK UNTUK SEDAPKAN MASAKAN - KOPITIAM HINA PELANGGAN ISLAM!!
kopitiam sudah menjadi tepak 'lepak' yang digemarai oleh semua golongan..elok lepak kat kopitiam yang diusahakan oleh orang islam...sudah tentu kita yakin halal haram nya!!
Berita utama dalam akhbar Kosmo! hari ini menyiarkan kenyataan dari Jakim bahawa banyak di antara Kopitiam di negara ini memasukan arak dalam masakan mereka!!
Campur arak untuk sedapkan masakan
KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mendedahkan bahawa ada sebilangan kopi- tiam di negara ini menggunakan arak dalam hidangan di premis mereka.
Penolong Pengarah Cawangan Pemantauan dan Penguatkuasaan Bahagian Hab Halal Jakim, Amri Abdullah berkata, selain mencampurkan arak dalam masakan, ada juga kopitiam yang menjual arak kepada pelanggan.
“Ada pengusaha yang guna arak atau wain dalam masakan untuk tambahan rasa, ada juga yang menjual arak di premis, sedangkan masing-masing meletakkan logo halal.
“Inilah yang berlaku apabila ada pihak lain yang keluarkan sijil dan logo halal selain Jakim, pasti ada yang tak kena dalam operasi mereka tanpa kita sedar,” katanya kepada Kosmo! semalam.-kosmo!
Ambo harap, pihak berkenaan akan ambil tindakan yang amat tegas kepada mereka yang terlibat. tidak guna kita dok laung2kan kita negara islam tetapi dalam bab makanan kita tidak boleh bertegas.
Rasanya isu makanan dicampur arak atau pun makanan halal bercampur aduk dengan daging babi dalam satu peti ais misalnya, bukan nya isu baru. Isu ini telah diungkit berkali-kali tetapi tetap juga terjadi. Apakah ini kerana pihak penguatkuasa kita tidak tegas??
Sebagai orang islam..ambo boleh bertolak ansur dalam banyak perkara..tetapi bila masuk bab makan ambo tidak akan berganjak walau pun satu hun!!! Dan ambo yakin itu juga pendirian semua umat islam.
Kita patut bersyukur kerana sekarang ini sudah ada beberapa kopitiam orang islam. Sebagai cara selamat kita patut bertukar untuk makan dan lepak di kopitiam orang kita sendiri yang sudah tentu jelas halal haramnya!!!
Kepada pihak kerajaan..bertegas lah..jangan biarkan umat islam dihina sedemikian rupa!! Memasukan arak dalam makanan yang dimakan oleh umat islam adalah perbuatan biadab yang tidak boleh dimaafkan!!!
Selasa, 23 Februari 2010
KERAJAAN AKAN TEGAS BENTERAS PEKERJA ASING BERNIAGA!!
perniagaan buah-buahan antara yang paling banyak diusahakan oleh pendatang asing!!
pasar malam juga..banyak tapak2 telah diserahkan kepada orang asing bulat-bulat!!!!
Banteras pekerja asing berniaga
PUTRAJAYA 22 Feb. – Polis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) diarah membanteras pekerja asing yang berniaga secara tidak sah di pasar-pasar di seluruh negara.
Mengumumkan demikian, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan, tindakan turut dikenakan ke atas peniaga tempatan yang bersekongkol dengan menyerahkan lesen mereka kepada warga asing.
‘‘Kita akan kenal pasti status pekerja asing di pasar iaitu sama ada dia hanya berperanan sebagai pekerja atau terlibat dengan aktiviti jualan.
‘‘Penguat kuasa boleh dapatkan maklumat daripada peniaga sekeliling untuk kenal pasti status pekerja asing berkenaan, mereka tahu sama ada pemegang lesen pernah muncul di gerai atau menyerahkan gerainya kepada pekerja asing,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) di sini hari ini.
Muhyiddin berkata, kemunculan peniaga warga asing di pasar termasuk di pasar malam telah menjejaskan perniagaan penjaja tempatan.
‘‘Mereka (pekerja asing) sepatutnya bekerja di sini dan bukannya menjalankan perniagaan, lebih-lebih lagi jika terdapat PATI yang turut berniaga,” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, kerajaan pada masa ini belum memutuskan untuk menjalankan operasi besar-besaran ke atas PATI.
‘‘Pembanterasan PATI dijalankan secara sepanjang masa, kita tidak mahu sesiapa yang memasuki negara mengikut cara yang tidak sah.
‘‘Kita sedang meneliti keadaan, kita mahu hasilkan jalan penyelesaian jangka panjang menyeluruh mengenai isu pekerja asing.” katanya.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein sebelum ini mengumumkan penangguhan operasi membanteras PATI yang dijadualkan bulan ini.
Penangguhan itu dibuat selepas para majikan memberi komitmen untuk bekerjasama dengan kerajaan bagi membersihkan PATI sebelum penguatkuasaan dijalankan. - Utusan.
ambo kira itu tindakan yang wajar....tadi masa ambo balik masuk pasar Keramat... ambo rasa macam ambo bukan duduk di Malaysia...rata-rata yang berniaga kat situ bercakap loghat Indon!!!! Kemana pergi semua peniaga melayu kat tempat jual sayur itu???
Ahad, 21 Februari 2010
POTONGAN BAYARAN LESEN 50% - MASIH RAMAI YANG KELIRU!!
pelancong dari Republik Czech ini berulang 3 kali ke tapak ambo untuk beli baju...kata mereka baju tersebut sangat murah dan berkualiti....yang jelas mereka sudah 3 minggu di Malaysia dan esok mereka akan bertola ke Pulau Tioman...!! Terkeluar dari mulut mereka...mereka amat senag berada di malaysia..kerana keramahan dan suasana di malaysia yang aman dan indah..!!
nak potong apa tu dik....??? Gelagat pelanggan yang sporting!!
Sedang tekun menilai kualiti!!!....belek lah dik sepuas hati...kita patut bayar sesuatu yg senilai dengan duit kita....tetapi kat sini baju2 yang disediakan akan memberi lebih nilai kepada wang anda!!
Suasana yang selalu meriah di depan tapak no. 416..!!!
yang mana lebih menarik ni...biru atau merah??? merah atau biru??? ambil lee 2 sekali dik..tak perlu nak pikir2 lagi...!!!Untuk 2 helai ..akan diberi harga istimewa!!
Gelagak anak2 kecil....selalu membuat hati tenang bila melihat mereka....!!!
Di Pasar Malam TAR malam tadi agak kelam kabut bagi sesetengah peniaga yang belum memperbaharui lesen mereka bila pihak DBKL menjalankan operasi pemeriksaan. Apa yang ambo diberitahu cuma antara 20%-30% sahaja dari lebih 400 peniaga pasar malam yang telah membayar lesen perniagaan mereka !!!
Pemeriksaan lesen yang dijalan pada awal petang itu...tidak sampai pun ke tapa ambo di No. 416. Ada yang bagitahu ambo... operasi itu akan disambung pada minggu hadapan dan minggu-minggu seterusnya sehingga semua lesen diperiksa !!
Ambo harap, rakan-rakan yang belum jelaskan lesen tu, kena jalankan lah tanggungjawab kita agar kita semua boleh mencari rezeki dengan aman.
Bab bayar lesen ini pun, masih ada yang agak keliru..mengapa jumlah yang perlu dibayar RM286.00 sedang kan kata mereka kerajaan telah umumkan 50% potongan kepada lesen penjaja bermula tahun ini...!!!Kalau potong 50% sepatutnya jumlah perlu dibayat cuma RM 156.00 sahaja..ini kerana jumlah bayaran lesen yang dijelaskan pada tahun lepas adalah RM 312.00.
Perkara ini perlu dijelaskan agar tidak berlaku kekeliruan. Jumlah bayaran lesen cuma RM52.00 dicampur dengan lain-lain perkhidmatan termasuk punggutan sampah berjumlah RM260.00 = RM312.00.
Hanya bayaran lesen sahaja diberi potongan sebanyak 50% menjadikan jumlah bayaran barunya adalah RM26.00 dan bila dicampur dengan bayaran perkhidmatan lain sebanyak RM260.00 maka jumlah yang perlu dibayar semasa memperbaharui lesen pasar malam TAR adalah RM286.00.
Ringkasan - bayaran lesen RM52.00 - RM 26.00(potongan 50%) = RM 26.00
Bayaran perkhidmatan lain + RM260.00 = RM286.00
Minggu depan operasi pemeriksaan lesen itu akan disambung lagi, kepada yang belum bayar lesen, anda semua masih ada waktu untuk berbuat demikian. Dari habis duit bayar saman kerana lesen... baik kita guna kan duit tersebut untuk keperluan lain yang lebih berfaedah!!!
Jadi untuk mengelak dari disaman...maka bayar lah lesen pasar malam dengan segera sebelum terlambat!!!!
Jumaat, 19 Februari 2010
TAMAN TASIK DATUK KERAMAT MEMANG BEST!!!
sessi panaskan badan.....lepas ni baru boleh lari macam lipas kudung..!!!
ini dia..bakal pelumba basikal negara......walau pun masih bertayar empat..tp mampu buat willie!!!
banyak kemudahan yg disediakan..dan yang penting semuanya percuma..!!
ini juga bakal angsawan wanita pertama negara....sedang berlatih terbang diawangan dengan buaian....!!!
kemudahan gym yang lengkap....lepas ni tak perlu lagi masuk ke pusat gym yang beratus2 ringgit yuran sebulan... kat sini percuma sahaja !!!
berposing manja di tepi tasik Keramat...!!!
masalah utama...parking kereta yang amat terhad..!!!
Ambo selalu juga bawa keluarga beriadhah di Taman Tasik di sekitar Kuala Lumpur tetapi tidak terlintas untuk singgah di Taman Tasik Datuk Keramat walau pun ia terlentak dilaluan yang ambo selalu berulang alik.
Tetapi minggu hari minggu lepas bila diajak oleh isteri untuk ke sana ..ambo pun setuju...bukan apa ambo malas nak ke Taman Tasik Datuk Keramat itu..kerana tempat parking nya amat terhad...ambo ni mmg pantang tempat yang susah parking ni...!!
Tetapi bila pertama kali ambo jejak kaki ke taman yang bernilai RM 6.3 juta yang baru dirasmikan oleh Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin semalam...ambo benar2 rasa teruja..!!
Kat Taman Tasik yang mula diupgredkan bermula Januari 2008 dan siap sepenuhnya pada September tahun lalu...dan mempunyai berbagai kemudahan kemudahan termasuk tandas awam, laman senaman, laluan refleksologi, taman permainan kanak-kanak, wakaf, lampu taman, kios jualan dan juga dilengkap peralatan gimnasium berbumbung serta padang futsal bagi kemudahan pengunjung.
Bagi ambo...Taman Tasik Datuk Keramat adalah lengkap dan antara yang terbaik untuk dikujungi oleh wargakota...tetapi seperti yang ambo cakap awal tadi...kemudahan meletak kereta amat terhad...DBKl cuma sediakan 45 petak sahaja.... sudah tentu ini tidak mampu untuk menampung pertambahan penggunjung terutama selepas dirasmikan semalam!!
Apa pun sebagai Taman Tasik yang lengkap dan indah...sedikit kekurangan tidak akan menjejaskan minta orang ramai untuk terus berkunjung ke situ..!!!
Ambo angkat ibu jari kepada DBKL....terima kasih kerana memudahkan kami beriadhah!!!
Selasa, 16 Februari 2010
KOPITIAM BERKONGSEP MAKANAN KELANTAN DI CS&S (COFFEE, SUGAR & SPICE) WATERFRONT, AMPANG!!
Isteri tersayang sedang memilih menu kegemaran sambil dilayan oleh pelayan2 yang baik dan cekap..!!
barisan menu yang sangat lazat dengan harga yang berpatutan...nak rasa makanan pantai timur...kat sini lah tempat yang tepat!!!
dapur hadapan nya yang kemas dan bersih...kayakinan pelanggan bermula disini..!!
nasi putih dengan ayam goreng ala ayam penyek...sedap ooo...ini kegemaran atuk!!
nasi putih dengan ayam perchik istimewa....amat lazat....ini pilihan putri no.2 ambo!!
putri ambo sedang layan nenek nya....makan nek...sedap ni...!!!
nasi dagang putih dengan kari ikan tongkol...terasa kelazatan gulai tongkol nya...kegemaran nenek!!
nasi dengan rendang ayam...kegemaran paklong!!!
putri bongsu ambo berposing dengan roti bakar kegemaran nya!!
nasi dagang bersama ayam perchik...nasi dagang amat lembut dan terasa keaslian nya..kegemaran isteri tersayang!!!
mee hon goreng yang sedap...sarat dengan perencah...menu ini sentiasa menjadi santapan putri sulong ambo!!
ini dia...chicken chop kegemaran ambo...sedap oo..dengan sos istimewa!!!
ermm...sedang menikmati juadah lazat...sampai orang lalu kat belakang pun tak nampak..!!
harga nya amat berpatutan..dan kepada yang ada kad keahlian ada lagi potongan 10% untuk jumlah keseluruhan pada bil..!!
dan lebih nilai lagi....ada wi-fi percuma..!!!
Ramai kawan-kawan dok tanya..mengapa sudah lama tak de cerita tentang makan-makan?? sebenarnya bukan ambo dah tidak keluar makan kat luar atau pun ambo kena bajet sebab cuaca ekonomi yang tidak begitu baik...bukan..!! Ambo sebenarnya acap juga keluar makan kat luar cuma ambo tak sempat nak buat catatan..!!
Semalam..ambo sekeluarga keluar makan kat Ampang Water Front...niat hati memang dah lama nak singgah ke Restoran tersebut tetapi kerana kengkangan masa...cuma mampu melintas sahaja..!!
Ambo tertarik untuk ke tempat ini kerana ada ciri-ciri 'Kelantan' pada restoran berkongsep kopitiam ini..!! Pendek kata, tempat ini lah antara tempat yang menyediaan kan makanan kelantan secara set...dan masakan ayam percik nya yang benar2 asli citarasanya..!!
Ambo yakin, sesiapa pun akan tertarik dengan menu dan rasa makanan nya yang sangat asli terutama ayam percik nya...!!!Begitu juga nasi ulam nya..sangat lazat!!! Sementara Nasi Dagang nya pula ada 2 jenis ialaitu nasi dagang biasa dan nasi dagang putih!!!
Selain dari menu yang ambo sebut kan itu..masih banyak menu-menu lain yang disediakan termasuklah makanan masakan panas!!!
Selain itu sarapan pagi juga mula disediakan sejak akhir tahun lepas!!!
Sesiapa yang ingin kan suasana kopitiam yang berlainan..datang lee ke Coffee, Sugar & Spice Kopitiam (CSS Kopitiam)..!!
Kepada pengemar ayam percik, ambo memang sarankan untuk datang ke CSS Kopitiam ini..anda mesti berpuas hati!!!
Kepada set2 kelanteee..jom leee kita pekena kopi di kopitiam yang berkongsepkan kelantan ini!!!!