Hari ini masuk hari ke 10 Ramadan bersamaan dengan ulang tahun ke 52 negara kita merdeka... ramai yang mengambil peluang cuti berganda ini untuk mengunjungi bazar Ramadan!
hehe...ni kawan ambo...tokey besar seluar jeans..sebut apa jenis seluar yang nak...semua ada..!! dalam beg sandang yang dia bawa tu..penuh dengan duit..almaklum tokey katakan!!!Anak muda nya menjual kuih raya ini seorng yang penuh denga idealis... seronok bila mendengar dia mengulas isu politik dan ekonomi...hehe idola anak muda ini adalah Tun Mahathir!!! Yang pasti kuih raya jualan nya mmg menarik dan berbaloi dengan harga yang ditawarkan!
Antara yang sentiasa menarik perhatian ambo adalah kain pelikat..apalagi bila harga nya serendah RM10 sehelai...!!!
Baju melayu bersamping...paling banyak dijual di Jalan TAR..ada berbagai harga mengikut mutu!! Ambo kira Bazar Ramadan Jalan TAR adalah pusat baju melayu yang sebenar!!
hehe ambo tertarik dengan tag pada baju melayu itu!! sape2 yang sayang pada suami elok beli lee sepasang!!!
kalau dah beli baju kena beli songkok..baru segak di pagi raya!!!
kalau dah beli baju kena beli songkok..baru segak di pagi raya!!!
Di bazar Ramadan Jalan TAR anda boleh mendapat pakaian dari butik-butik yang terkenal...!!
jangan keliru..!! awas..jangan cuba kenyit2 mata pada 'gadis manis' tu...hehe kerana ia cuma sebuah patung ....kalau sekali tenguk mmg boleh tergoda...!!!!
Tudung cotton dijual serendah RM5 sahaja.....tudung pure cotton macam ni mmg sedap dipakai dan senang dibentuk!!!
antara hiasan yang menjadi kegeramaran kaum wanita.cantik kalau dipadankan dengan baju kebaya atau baju kurung.....khas dibawa terus dari negeri dibawah bayu!!!
ada yang sanggup iklan untuk mendapat kan 'awek' pasa baju mereka!!!!kalau anda tiba2 kehabisan kredit semasa mengguna kan hp....jangan risau kat bazar ramadan Jalan TAR semua ada..!!
kasut yang paling laris di Kuala Lumpur sekarang....dan di bazar ramadan Jalan TAR pun menjadi antara yang paling diminati!!
penutup tisu....zaman ambo kanak2 dulu setiap hari raya mesti kena beli bekas tisu ini...!! harga nya cuma RM10
hehe kak!!! beli air ke tengah2 hari ni...oo..nak bagi kat adik ek??...yela kesian kat adik2..haus agak nya...panas terik hari ini!!
trend sekarang...tudung ala 'ariani' dijual serendah RM10 dan ada juga sehingga RM5 sahaja bergantung kepada mutu....berbanding harga tudung Ariani yang asli sehingga mencecah ratusan ringgit!!!
musim-musim H1N1 ini memang digalakan bila berada di tempat ramai seperti bazar Ramadan Jalan TAR untuk pakai penutup mulut...harga nya serendah RM1 untuk 2 keping!!!
Salam Merdeka!! hari ini genap 52 tahun negara tercinta ini mencapai kemerdekaan. Dalam negara tercinta ini kita mampu mengutip rezeki yang dilimpah kan Allah...terlalu lalu mewah negara ini kepada yang mahu berusaha!!!
Bulan Ramadan adalah bulan keberkatan yang Allah limpah kan rahmat dan rezeki nya kepada kita semua...bersyukurlah kita dengan kesenangan dan kedamaian yang kita kecepi!!
Hari ini ini memang meriah dari minggu lepas...pengunjung dari seluruh negara tertumpu ke bazar jalan TAR saban tahun untuk mendapat kan keperluan hari raya.... dan seperti tahun-tahun lalu juga .... Harga parking sekitar Jalan TAR akan naik mendadak...yang biasa RM2 di Medan Tuanku dah naik jadi RM5 .....malah kebanyakan ruang parking telah menaikan kadar sekali masuk nya sehingga ke RM10!!! Ambo kira DBKL patut ambil perhatian isu ini.
Parking yang paling murah ambo rasa di sekitar Jalan TAR adalah parking di Bangunan City-One yang bersebalahan dengan Semua House sekitar RM3 sekali masuk!! dan juga di Complex Cambell sekitar RM3.50 sekali masuk.
Apa pun ambo yakin semakin dekat menjelang shawal semakin meriah bazar Ramadan Jalan TAR... dan ambo yakin tahun ini rezeki peniaga-peniaga akan lebih baik dari tahun lepas!!
Insyaallah...dan Selamat Hari Merdeka ke 52....sama-sama lah kita menjaga keamanan negara kita !!!! Kepada pembaca blog dan pelanggan ambo...sekali lagi ambo ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan dan semuga puasa tahun ini lebih memberi makna kepada kita semua!!!
Jangan lupa kunjungi lah tapak ambo di no 416 pada setiap hari sabtu!!!
6 ulasan:
Selamat hari merdeka kepada semua peniaga-peniaga bazar ramadan seluruh Melaysia!
Merdeka!merdeka!merdeka! kita hidup aman sejahtera kerana negara kita aman.
lebih mudah kalau naik lrt, boleh terus berhenti di hentian Sogo atau pun hentian masjid jamek.
bazar ramadhan Lorong TAR paling meriah yang pernah aku kunjung.
Macam-macam ada. Aku biasa juga
ke uptown Danau Kota , yang banyak
jual kat situ cuma pakaian, nak cari baju melayu pun susah!
Di lorong TAR semua ada!
jalan tar memang syurga baju melayu dan tudung.Saya rambang mata bila kesana.
Untuk mendapatkan tudung dari semurah RM5 hingga ke ratusan ringgit semua ada.
insyaallah , satu hari nanti akan saya sampai di kedai tuan ambo.semoga perniagaan bertambah maju.
Catat Ulasan