hehe...pic kat bawah dok gambarkan lipas dimakan oleh semut...itu tak mengapa memang makanan semut pun..tetapi cam mana dengan lipas yang menjadi hidangan manusia??
Lipas jenis ini lah yang ambo jumpa dan hampir termakan ..semasa menikmati nasi lemak berlaukkan paru goreng berlada....!!! rasa kembang tengkok sampai sekarang!!
agak nya lipas ketawa kerana masih ada manusia yang tidak tahu menjaga kebersihan sehingga lipas sering menjadi menu yang tidak diundang!!!
Ambo masih kembang tengkok..nasib tak muntah!! Pagi tadi lepas hantar orang rumah di Jalan Raja Laut..ambo simggah kat medan Selara Bunga Tanjung dekat Ampang!!!
Kerana ada masa lagi..ambo ambil keputusan untuk bersarapan pagi di medan selera tersebut..!! ambo parking kereta di Petronas Ampang Jaya ..beli surat khabar dan terus ke medan selera!!
Ada 2 gerai...satu yang ramai orang ..dan satu lagi cuma ada seorang pelanggan sedang makan mee!! kerana nak bantu gerai yang tak ada orang tu..ambo masuk untuk jamu selera kat situ!!
Ambo oder nasi lemak....kerana lauk pun tak banyak..yg ada cuma paru goreng cili, ayam masak merah dan sotong kecik masak merah...ambo cedok paru,cari tempat duduk terus makan!!!
Sambil bersarapan ambo selak surat khabar...sambil baca ..ambo suap....sambil suap ambo baca ..dan akhir nya..pinggan hampir licin....masa tu ambo baru terpandang dalam pinggan ambo..ya tuhan!!...ada seekor anak lipas yg sederhana besar nya sedang tergolek dalam pinggan!!
Ambo mula rasa kembang tengkok...!!! kerana kaler lipas tu pun macam warna paru goreng cili..tu yang ambo tak perasan masa makan sambil baca paper tadi!!
Ambo panggil pelayan warung tu..ambo tunjuk kan lipas kat dalam pinggan...dia nampak macam selamba saja....tak de pun nampak terkejut atau pun rasa bersalah....
"dah habis baru perasa ke ada lipas.." tu lebih kurang kata2 pelayan tu.... ambo bengan juga....!! bukan ambo nak makan freee pun..tapi sekurang2 nya minta maaf lee sikit..tunjuk laaa bahawa kita kesal kepada apa yg terjadi!!
Ambo tak nak cakap banyak..ambo tanya berapa harga dan bayar..terus pergi!!! sayang sekali ambo tak bawa kamera untuk ambil gambar lipas tersebut!!!
Kalau begini lah cara orang kita berniaga..tak de kebersihan..tak pandai nak jaga pelanggan..ambo rasa pelanggan akan cepat serik untuk terus berkunjung ke gerai kita!!
Setahu ambo Peraturan Kebersihan Makanan (PKM 2009) telah diwartakan pada 28 Februari 2009, yang mewajibkan setiap pengendali Makanan wajib menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) dan mendapatkan sijil LPM daripada institusi yang telah di tentukan
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil.
Denda tidak melebihi RM10,000.00 atau dipenjarakan tidak melebihi dua (2) tahun jika tidak menjalani latihan atau memiliki sijil.
Dan ambo rasa...pengusaha gerai tadi patut pergi ke Latihan tersebut...biar makanan bersih..dan hati juga bersih!!! Kalau semua tak bersih...maka itu lah jadi nya...dan bagi Ambo..ambo tidak akan bantu untuk masuk lagi gerai seperti itu lagi...minta maaf!!!
9 ulasan:
jangan masuk kalau kedai tak jaga kebersihan.
saya memang cerewet tentang gerai makan ni.
cerita tentang termakan cacing, terjumpa ulat sering menjadi bahan media. Tetapi seolah-olah tidak menjadi panduan kepada pihak berkenaan!
Sesedap cam mana pun makanan,
kalau tak bersih,
tak guna juga,
ada beberap buah gerai saja yang buka untuk sarapan pagi kat medan selera Bunga Tanjung. Saya rasa saya tahu gerai mana,,tq untuk info ini.
Kedai melayu jangan kita komplen,
bukan dilayan kompeln kita,
kadang tu dimarah nya kita balik,
aku yakin "ambo" tentu makan
di kedai melayu..
kalau kedai mamak benda macam ni
akan membuat mereka minta maaf berkali-kali.
melayu! belajar lah dengan mamak
cara untuk jaga dan layan pelanggan.
lebih baik makan lipas dari makan rasuh.
Makan lipas ke! makan rasuah ke! semua tak boleh! kenapa perlu diabndinglan kedua-dua nya?
Makan yang halal dah la.
persatuan penjaja buat tuntutan RM10 juta. Kaya lahh u bro..
GMI suruh minta ganti rugi gan KDN!
GMI kata peniaga boleh untung banyak
sebab ramai perusuh kat situ! apa punya bingai!
Catat Ulasan