Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 10 Ogos 2009

PASAR MALAM TAR KEMBALI PULIH SELEPAS DEMO HARAM GMI MINGGU LEPAS!!

antara memorandum yang dihantar ke JPM pada 3/08/09 oleh Persatuan Pasar Malam Tar!!
Suasana yang kembali ceria di tapak perniagaan ambo...meski pun ancaman H1N1 makin membimbangkan..syukur perniagaan ambo tidak banyak terjejas.

Pilih kak!! pilih!!!...baju dah tak banyak tu....insyallah minggu depan sampai stok baru!!

Keluarga yang amat prihatin dengan wabak H1N1 .
Suasana kembali meriah di hadapan tapak no. 416 ! Situasi begini tidak berlaku jika demo haram terus diadakan seperti minggu lepas!

Ini adalah pelanggan ambo yang paling ceria minggu ini....!! pilih dik!! pilih!! harga kita kira kemudian!!
Dan ini pula pelanggan ambo yang paling sporting...student UIA..!!!
Paling ketara ..minggu ini agak ramai pelancong yang datang ke tapak ambo!! Mereka biasa nya agak cerewek..dan suka tawar menawar hingga ke tahap harga yang tak masuk akal!!! tapi yg pasti..kat sini harga baju adalah tetap...harga dah cukup istimewa...tiada potongan lagi!!
Pasangan ini paling banyak membeli..tetapi tawar menawar nya pun boleh tahan,,tapi harga memang dah tetap....tak de potongan lagi!!!!
Tebal
Pasangan pelancong ini memang sangat teruja dengan baju-baju yang ada di tapak ambo!!
sorry bro....ambo tak pinjam along!!! ....lu salah tempat ni..!! hehe..macam along Bukit Beruntung!!!!!


Syukur ke hadrat Allah kerana pada minggu ini perniagaan kembali pulih seperti sediakala selepas merudum teruk pada minggu lepas akibat perhimpunan haram anti ISA.

Nilai jualan pada minggu lepas merudum paling teruk..malah ada yang jualan mereka, turun hingga 70%. Paling malang adalah peniaga makanan dan minuman. Ramai yang terpaksa balik dengan keluhan berat. Apa tak nya...sudahlah berpenat lelah menyediakan makanan dan minuman tetapi akhir nya semua hancur akibat kebodohan peserta perhimpunan haram anjuran GMI!

Ambo yang berniaga baju, tidak lah terasa sangat ..cuma jualan ambo menurun 50% dan itu bermakna keuntungan ambo juga turun 50%, sedang kan kos yang terpaksa ambo tanggung tetap sama!!

Kami sebenar nya amat sakit hati bila GMI yang mendakwa, kehadiran ramai peserta perhimpunan haram itu telah memberi untung besar kepada peniaga. Apakah rasional yang GMI ambil kira untuk mendakwa begitu?? Apakah GMI ada bersama-sama kami untuk menghadapi saat getir itu??

Penyokong-penyokong GMI cuma datang, buat kacau dan pergi...lantaran itu bagaimana GMI tahu kami untung atau rugi??? bagi ambo, kenyataan separuh tiang GMI semata-mata untuk menutup dosa dengan sebatang jari kelingking!! alangkah jahil nya apa andaian GMI itu!!

Ambo cabar mereka lagi sekali...sila berdepan dengan peniaga-peniaga yang GMI dakwa 'untung banyak' itu untuk GMI tahu...takat mana 'untung' yang kami dapat!!!

GMI cuma bercakap atas andaia orang bersalah...dan jika benar ada peniaga untung sila tunjuk kan kepada kami, siapa kah mereka..agar boleh kami belajar cara mana boleh untung besar disaat orang semua rugi akibat perhimpunan haram oleh manusia yang otak nya di kepala lutut!!!

8 ulasan:

peniaga berkata...

Kalau GMI kata ada peniaga yang untung masa perhimpunan haram tu
sila tunjuk kan bukti
jangan cakap kosong.

Tanpa Nama berkata...

Polis kena tegas supaya demonstrasi haram tidak lagi menjadi barah kepada kehidupan rakyat bawahan.

kainbaju berkata...

Satu lagi perhimpunan berkenaan PPSMI akan diadakan dalam masa terdekat.
Harap pihak berkaitan akan membuat persiapan awal.
jangan rugi lagi.

Tanpa Nama berkata...

MERIAH NYA!

Tanpa Nama berkata...

yang buat demonstrasi tu
perangai macam beruk
lebih teruk
macam beruk kena
belacan
tapi beruk pun
tak susah kan
orang macam penyokong
GMI tu.

anak _malaysia berkata...

Saya setuju humban kan \
saja pengacau ketenteraman awam
itu kedala I.S.A!
jangan susah kan orang
nak cari makan lah mangkok.

GMI mangkok!

Tanpa Nama berkata...

bagus peniaga pasar malam tar!

benciDemo berkata...

tak habis2 nak demo saja.
demo tu susah kan orang ramai.
yang buat demo tu tak ada otak ke?
minta polis bertindak tegas.