Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 3 September 2009

JAWAPAN DATO' RAJA NONG CHIK KEPADA PERSOALAN PASARMALAM TAR!!

permukaan baru lorong Tar telah memberi keselesaan kepada peniaga pasar malam...sebelum ini bila keadaan hujan keadaan amat lecak dan menimbulkan kerumitan kepada peniaga dan pengunjung!!!!
suasana yang agak sesak setiap kali pasar malam..memerlukan perhatian pihak berwajib...apakah pasar malam lorong Tar patut dipindah kan semula ke Jalan TAR sepertimana di awal penubuhan nya dulu???

Ambo ucap berbanyak terima kasih kepada Menteri Wilayanh Dato Raja Nong Chik yang telah menjawab persoalan yang telah ambo aju kan di wall FaceBook beliau!!

Walau pun jawapan beliau tidak menepati maksud pertanyaan ambo tapi ambo bangga kerana Menteri kita itu ternyata amat perihatin dengan setiap persoalan yang di kemukan !!

Apa yang ambo ingin tahu adalah perancangan Dato Nong Chik untuk menambahbaik keadaan Pasar Malam Tar!!tetapi apa yang diterang kan oleh pihak belaiu adalah perkara2 yang telah dibuat oleh pihak DBKL!!!! Ambo turun kan pertanyaan ambo dan jawapan Dato Raja Nong Chik di wall FB beliau..:

Soalan:

Pasarmalam Tar

Sebagai Menteri Wilayah, apakah datuk ada perancangan untuk menaik taraf ruang niaga di Pasar Malam TAR!!

Jawapan:

Untuk makluman, kerja-kerja menaiktaraf Lorong Tuanku Abdul Rahman telah siap dijalankan pada 11 Ogos 2008 dan pihak Jabatan telah dapat menyediakan sebanyak 471 petak penjaja berukuran 2m x 2m ( 6’ x 6’ ). Bagi tujuan penyusunan semula penjaja, pihak DBKL telah menjalankan bancian pada 9, 16, dan 23 Disember 2006. Selain itu, satu sesi soal siasat turut dijalankan pada 6 dan 7 Ogos 2007 terhadap penjaja yang mengemukakan rayuan.

Jabatan telah melaksanakan kerja naiktaraf di tapak Pasar Malam Lorong Tuanku Abdul Rahman melibatkan perkara berikut :
i) Menggantikan permukaan jalan/lorong (tapak perniagaan).
ii) Pemasangan DB elektrik baru dan sistem pendawaian bekalan elektrik kepada penjaja pasar malam dan Bazar Ramadan.
iii) Penggunaan kanopi seragam bersaiz 6’ x 6’ bagi menggantikan penggunaan payung.
iv) Membuat tanda tapak yang kekal daripada batu-bata bagi mengatasi masalah pertindihan petak antara penjaja dan keperluan untuk mengecat petak yang kerap dilaksanakan sebelum ini.


sebenar nya..isu penggunaan kanopi seragam itu telah menimbulkan beberapa masalah sehingga mengakibat kan pergaduhan..

ini kerana kanopi yang dibekal dengan bayaran RM200 setiap satu itu ..kalau tak silap ambo terlebih besar 4 inci..makna nya saiz kanopi adalah 6' 4"...cuba bayangkan kalau ada 471 petak..didarap dengan 4"....jumlah lebihan nya adalah 1884" atau pun 154'...dan bersamaan juga dengan 26 buah kanopi selebar 6'x6'. Sudah tentu kita boleh jangka apa yang terjadi bila masing2 membuka kanopi!!

Ambo harap isu kanopi ini boleh ditimbang dengan teliti pihak DBKL demi keharmornian peniaga-peniaga Pasar Malam TAR!!!

Begitu juga dengan pemasangan DB eletrik yang agak jauh antara satu sama lain telah menyukar kan peniaga untuk membuat pemasangan!!

Apa pun sekali lagi ambo ucapkan tahniah kepada Dato Raja Nong Chik...segala kelemahan berkenaan bukan lah masalah besar jika pemimpin-pemimpin atasan mampu melihat hal ini dengan sepatut nya!!!

Terima kasih Dato Raja Nong Chik!!!




2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dato Raja Nong Chik adalah Menteri yang paling aktif.
Ada sahaja program yang beliau lakukan setiap hari untuk mendekatkan diri dengan warga Kuala Lumpur.

Syabas Dato!

penigakecilWP berkata...

Lorong TAR perlu diupgred sepertimana Petaling street.

Jika ada pihak DBKL boleh adakan bumbung di Lorong TAR akan memberi keselesaan kepada penggunjung.