Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Isnin, 14 September 2009

TEMPIAS KELEMBAPAN EKONOMI MULA DIRASAI OLEH PENIAGA BAZAR RAMADAN JALAN TAR!!

suasana sesak di tapak ambo....menjelang akhir Ramadan ..pada minggu ke 3 dan ke 4..situasi seperti ini adalah biasa..dan menjelang minggu ke 5 sabtu malam raya nanti..ambo jangka suasana akan menjadi lebih meriah!!!
Seronok nya adik kita ni....posing dik.....!! pilih mana yang berkenan..harga tetap yang termurah di KL!!!
Cantik nya mata dia!!!.....si manis ni datang bersama mak....hehehe kepada yang ada bini kat sebelah tu janga berani main mata...!!!
Ini adalah pelanggan ambo yang paling ceria dan sporting.....!! tak salah ambo 2-3 helai juga sorang pakat borong....!!! kalau nak tukar saiz nanti datang minggu depan yee....hehe abang tunggu...!!!
pilih dik..!!!.kot pilih baju pun janganlah serius sangattttt.....!!
menjelang petang..hujan mula turun...tetapi pelanggan tetap ramai...!!!
Sejurus selepas hujan...suasana di tapak ambo kembali meriah....nasib baik minggu ini stok baru dah sampai...jadi boleh lah memenuhi kehendak pelanggan!!
pelanggan ambo sekeluarga ini..dari kelantan....!!! bila nak dapatkan keperluan raya tetap turun kat KL jugak....macam ambo lah jugak....tetap cari rezeki kat bandaraya ini!!

alahai...kesian adik kita ni...sampai terduduk....adik puasa ke ni???? gelagat anak pelanggan yang sedang memilih baju!!!
Ini adalah pelanggan tetap ambo....tenguk baju yang dia pakai tu..tak ada jual kat tempat lain!!! ambo tenguk dia datang siap ada list tu berapa helai baju nak beli.....nak buat balik kampung lah agak nya tu!!!! buat buah tangan hari raya!!!



manis senyuman kakak kita ni.... ini juga pelanggan setia ambo...tenguk baju yang dia pakai tu..cantik kan!!!??
pilih dik...kalau berkenan ..cakap kat abang...kang abang bungkuskan!!!

tenguk silang kaki tokey besar....!! Jualan tahun ni merosot kata kawan ambo ni...!! tapi insyallah mingg depan keadaan akan berubah.....dia ni..peminat setia Tun Mahathir!!!

Jaga ugama...jaga kesihatan..!!

mana nak pilih...merah kee...biri ke...!!! kalau merah bf suka...kalau biru mak suka....!! mana nak pilih ni..!!!
hehehe Jalan TAR sudah nak berperanggg...!!!
Kakak kita ni pilih baju utk anak nya yang kat sebelah tu....!!! jangan cuma2 main mata nanti mak nya jeling...!!!
apa yang ada kat Jalan TAR mesti sedap...termasuk lah keropok ni...sedap wooo!!!

Menjelang pagi...suasana tetap meriah!!!!! hari ni kemas tapak dekat kul 5 pagi!!!



Hari ini masuk minggu ke 3 umat Islam berpuasa, suasana di bazar Ramadan Jalan semakin meriah.... Pelanggan dari seluruh negara termasuk Singapura dan Brunai turut membanjiri setiap ruang di tapak Ramadan Jalan TAR!!! Pemandangan biasa yang kita boleh lihat saban tahun apabila kian hampir syawal menjelma!!

Walaupun suasana dilihat amat meriah...malah disepanjang bazar Ramadan Jalan TAR kita akan merasa keriuhan bila peniaga-peniaga menggunkan berbagai cara bagi menarik pelanggan... tetapi hakikat nya .. ramai peniaga mengeluh jualan mereka jatuh menjunam, terutama bagi yang meniaga baju melayu dan baju wanita....!!! Situasi ini bukan sahaja berlaku di Jalan TAR tetapi hampir keseluruhan bazar Ramadan sekitar Lembah Klang.

Selepas solat magrib ambo sempat buat servey sekitar bazar Ramadan Jalan TAR..keluhan berat sesetengah peniaga.."bro, dulu kalau waktu kemuncak macam ini..jualan saya boleh cecah RM7,000 -RM8,000 tetapi tahun ni....teruk....nak dapat RM3,000 pun susah!!.." dan itu adalah keluhan kebanyakan peniaga pada tahun ini!!

Apakah kesan ekonomi telah mula turut dirasai oleh peniaga-peniaga jalanan seperti ambo?? Tetapi ambo tetap bersyukur kepada Allah kerana tempat ambo berniaga tidak terjejas...malah sambutan nya semakin hangat menjelang minggu-minggu terakhir puasa!!

Yang ambo perhatikan..tahun ini pakaian kanak-kanak begitu mendapat sambutan..begitu juga dengan seluar jeans...juga amat bagus jualan nya. Yang paling teruk terjejas pula adalah peniaga-peniaga baju melayu...mungkin juga kerana kebanjiran begitu ramai peniaga baju melayu pada tahun ini menyebab kan mereka terpaksa bersaing hebat sesama sendiri!!


Apa pun ambo tetap bersyukur dengan limpah rezeki yang ambo terima tahun ini..tetap lumayan seperti tahun-tahun!!

Dan ambo yakin...bila kakitangan kerajaan mula mendapat 'bonus khas' dari kerajaan walau pun cuma RM500 yang dibayar 2 kali akan menjadikan suasana Jalan TAR lebih meriah!!!

Kepada rakan-rakan yang merasa peniagaan mereka masih perlahan beranding tahun lepas..insyaallah menjelang minggu akhir Ramadan suasana akan berubah!!!

Kepada semua pelanggan dan pembaca blog ambo yang tak seberapa ini..ambo ingin memohon ampun jika ada silap salah..!!! Dan kepada pelanggan-pelanggan tapak ambo..yang telah membeli baju tetapi nak tukar saiz..boleh lah terus ke tapak 416 pada hari sabtu malam raya nanti...jika tak sempat boleh lah berbuat begitu lepas raya nanti....!!! insyaallah pelanggan selalu kami utama kan!!!

Selamat berpuasa dan selamat hari raya aidilfitri!!! Maaf zahir dan batin!!



6 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

pakcik,sy yg tasya yg bj biru tu dgn kawan sy hani dan yus..pelangganpakcik yg paling ceria dan sporting.. ;)
pakcik,klu bkn kt pasar malam jln tar,kedai pakcik kt mana sy blh prgi pada hari2 biasa?

Pasar Malam berkata...

salam Tasya..terima kasih kerana sudi berkunjung ke Jalan TAR!!

Ambo cuma berniaga hari sabtu saja..hari-hari lain rehat....!!!hehe

Jika nak tukar saiz atau nak beli baju lagi kena datang hari sabtu saja.....!!

Tanpa Nama berkata...

alamak,nmpknye x dpt la nk bli bj lg b4 raya..sbb mlm raya da blk kmpg.huhu..
xpe la,nnt lpas raya pn blh.. :D

Pasar MalamTAR berkata...

kalau Tasya datang malam raya...ambo akan bagi special diskaun...khas buat tasya sorang sahaja...!!!

Biasa nya malam raya ..suasana akan menjadi lebih meriah..lautan manusia kat Jalan TAR dan masa tu harga akan runtuh gila2 punya!!

Insyaallah minggu ke-2 selepas raya...ambo akan buka semula perniagaan.harap Tasya dan rakan2 boleh datang...hehe bawa lee kuih raya sekali!!

peminatpasarmalam berkata...

Memang wujud lambakan baju melayu di Jalan Tar. Sepatutnya kajian rambang perlu dilakukan sebelum memulakan peniagaan pada masa hadapan agar kejadian seperti tahun ini tidak berlaku lagi.

bayan berkata...

cun lee awek kat blog ni
lepas raya saya pun
nak gi laaa
nak meriahkan!hi!hi!hi!