Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 1 Julai 2009

WANG PALSU - PENIAGA PASAR MALAM MENJADI TARGET UTAMA!



















Satu masalah yang selalu dihadapi oleh peniaga pasar malam adalah duit palsu.


Beberapa kes telah dilaporkan yang melibat kan pengunaan wang tersebut oleh sendikit yang menjadi kan peniaga pasar malam sebagai mangsa utama mereka . Suasana yang agak gelap di pasar malam akan lebih menyenang kan penggunaan wang palsu.


Sudah ada beberapa peniaga yang tertipu dengan tektik licik pengedar wang palsu bila sengaja berbelanja semasa ramai pelanggan dengan mengguna kan wang palsu. Wang palsu sebenar nya tidak mempunyai mutu yang spesifik dan mungkin berubah mengikut siapa yang mencetak. Ada wang palsu yang lebih kabur warna nya seperti dikesan di Kedah..dan ada yang lebih terang warna nya seperti dikesan di sekitar Kuala Lumpur/Selangor.
Wang palsu ini telah beredar di seluruh negara malah seorang cik gu di Pasir Mas sikit masa dahulu amata terkejut bila dua keping wang RM50 yang dikeluar dari mesin ATM didapati palsu!!
Wang palsu yang dicetal di Kuala Lumpur hampir 20% persamaan nya dengan duit tulin..oleh itu jika peniaga-peniaga pasar malam tidak berhati-hati ..mereka mungkin akan menjadi mangsa.
Menurut maklumat pihak polis, wang palsu selalu nya menggunakan siri no. PP4708105. Oleh itu sesiapa yang ada menerima note yang bersiri seperti itu diminta menghubungi pihak polis.
Apa yang ambo boleh kata kan ..semuga kita selalu berhati-hati bila menerima note-note terutama RM50 dan RM100!!! Amat tidak wajar sekira nya penat lelah kita berniaga sepanjang malam menjadi sia-sia oleh kerana duit palsu!!


1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

HARAP PIHAK POLIS DAPAT BERTINDAK CEPAT BILA TIMBUL LAGI KES BEGINI. KESIAN KEPADA PENIAGA-PENIAGA PASAR MALAM.