Minuman yang menyelerakan di bulan puasa, tapi di bulan puasa peniaga-peniaga minuman akan menukar kepada peniagaan lain yang lebih menguntung kan!!!
Kita akan susah berjumpa dengan muka-muka biasa yang berniaga di tapak pada bulan ramadhan kerana mereka biasa nya 'bercuti' seketika.....!!
Berapa agak nya nilai satu tapak pasar malam TAR di bulan puasa ini??
Dalam leka ambo berniaga malam minggu lepas, tiba-tiba datang seseorang untuk menawar 'menyewa' tapak ambo untuk bulan Ramadhan..~~~ perkara ini adalah biasa sahaja setiap menjelang Ramdhan..malah kadang kala 2-3 orang datang memberi tawaran setiap malam!!
Tetapi untuk tahun ini, harga yang ditawarkan amat mengejut kan ambo...malah ada yg sanggup untuk membayar sehingga RM 5,000 bagi tapak tepi dan sehingga RM2,000 ke RM3,000 bagi tapak tengah untuk berniaga setiap sabtu sepanjang Ramadhan!!
Harga menjadi sedemikian mungkin kerana tahun ini, ada lima hari sabtu pada bulan Ramadhan dan sabtu terakhir jatuh pada malam Raya!! Setiap tahun perniagaan pada malam raya amat laris. Untuk mendapat jualan mencecah puluhan ribu semalam bukan lah perkara yang susah!!
Jika untuk tapak pasar malam yang berniaga setiap sabtu sudah begitu tinggi harga nya, maka kita boleh bayang kan berapa pula harga setiap tapak bazar Ramadhan sekitar Jalan TAR!!!
Mengikut apa yang ambo dengar..tahun ini..harga sekitar RM7,000 - RM10,000 adalah perkara biasa...hehe nampak nya ramai yang akan berniaga atas angin...terutama yang menjaya mendapat cabutan bagi tapak bazar Ramadhan!!
Pendek kata sesiapa yang bernasib baik mendapat bazar Ramadhan tahun ini akan mendapat durian runtuh....dengan menjual tapak mereka pun..mereka akan mendapat untung yang besar!!
Ambo??? ambo tak pernah dapat pun setiap kali pengundian tapak Ramadhan..tahun ini ambo fedup dan ambo memang tidak menghantar borang pun!!! Walau pun begitu ..masih tetap ada yang bertanya kot2 ambo dapat tapak bazar Ramadahn...dan jika ada, sudah tentu tawaran yang akan diberikan amat lumayan!!!
Masih banyak cerita-cerita menarik tentang tapak bazar Ramadhan Jalan Tar ini...dan kita akan sambung lagi kisah2 disebalik tabir ini dilain masa....!!!
1 ulasan:
Macam mana cara nak mohon petak berniaga bazar ramadan?
Catat Ulasan