Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 1 Julai 2009

SATAY PALING SEDAP DI SATAY STATION - KG PANDAN DAN AMPANG!!

mee rebus yang membuat isteri ambo lupa diet nya sekejap..!!!! Satay di sini memang lembut dan amat 'terasa' bila masuk ke mulut.....sedap!!!







Ambo memang sudah lama tak makan satay, bila isteri ambo dan anak-anak ajak makan satay di kampung Pandan Dalam malam tadi..ambo terus setuju sahaja.!!
Sebab malam tu pun ambo tak buka tapak pasar malam, jadi masa ini lah masa untuk makan bersama keluarga.
Berkereta dari rumah ambo di kampung Melayu Ampang cuma 10 minit. Lokasi Satay Station tempat yang ambo tuju itu bersebelahan dengan klinik ibu dan anak kampung Pandan Dalam. Ambo sampai lingkungan pukul 8 malam ..memang berderet kereta dok parking tepi jalan!!
Walau pun kedudukan Satay Station itu berdekatan dengan jalan besar tetapi ia agak privacy kerana di lingkungi oleh tembok batu dan pohon-pohon kecil.
Duduk jee di meja ..kami terus di layan oleh pelayan yg berpakaian batik seragam.. layanan nya memang mesra dan cepat!!!
Mula nya kami oder 30 cucuk satay ..memandang kan ambo dan 2 anak perempuan ambo tidak begitu kuat makan. Sementara isteri ambo oder mee rebus!! Simple..menu kat sini cuma ada satay daging dan ayam... serta mee rebus ...itu sahaja!!!
Tak samapi 10 minit hidangan satay sampai..ermm...bau nya menaik kan selera..dan rasa nya amat sedap...ambo kira dalam tahun ni..ini lah satay yang ambo makan paling sedap..harga nya pun cuma berbaloi..cuma 70sen untuk satay yg agak besar!! Sementara mee rebus yang isteri ambo kata sedap tu..harga nya cuma RM6 sahaja!!
hehe satay Station ternyata sedap ...sehingga ambo terpaksa ulang oder satay tersebut..kerana anak-anak ambo begitu selera untuk makan !!!
Cuma ambo kira agak mahal adalah harga air buah yg mencecah RM3.50.... tetapi bila dihidang bersama satay yang begitu sedap..ambo kira harga yang sikit mahal boleh ditolak tepi!!
Bagi pengemar satay sekitar Ampang..ambo rasa satay station pasti akan membuat anda teringat-ingat selepas menikmati satay di Satay station... jika tak nak ke kampung Pandan Dalam....Satay Station juga ada cawangan di Water Front Ampang!!!
Dan kata anak ambo....Satay Station itu baru sahaja masuk dalam rancangan jalan-jalan cari makan pada hari ahad lepas!!! patut leee beriya-iya nak ke situ!!!




5 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

saya sudah rasa satay ini, memang sedap dan lebih besar dari satay di tempat lain.

Harap lebih banyak tempat makan seperti ini akan ada.

Tanpa Nama berkata...

SEDAP DAN MURAH.

megatkomeng berkata...

aku sudah rasa satay di kg Pandan
dan aku akan cuma makan di Water Front pula.
tq kerana info tempat makan

aLoNGTT berkata...

..terima kasih diatas sokongan semua pelanggan satay station.Satay station ada di Ampang,KgPandan dan Jelebu.

Tanpa Nama berkata...

satay station memng sedap. walaupun baru kuar peti ais kita buleh makan macm tu je. dagingnya tetap lembut.
setahu saya station station cuma ada dua menu je iaitu satay dan mi rebus. mi rebus mmg terkenang kenang bila merasanya.