Peta dibawah menunjuk kan beberapa lokasi yang akan diguna kan oleh 2 kumpulan yang bertentangan untk berkumpul. Polis teraksa mengadakan sekatan di sekitar KL. Ini akan membuat pelanggan-pelanggan pasar malam Jalan Tar mungkin takut untuk berkunjung ke Pasar Malam!
Laporan polis oleh 'Supir'- Setiausaha Agung Perkasa di IPD Dang Wangi membantah perhimpunan pro dan bantah ISA di KL hari Sabtu nanti!!
MAGARAN-Majlis Gabungan NGO Pembela Negara akan turut berdemo di Kuala Lumpur pada 1hb Ogos nanti jika GMI tidak membatal kan hasrat mereka mengadakan perhimpunan anti ISA !! Kita harap semua pihak terbabit akan benar-benar mengunakan otak di kepala...dan bukan menggunakan kepala lutut!!
Satu perkara yang amat tidak disenangi oleh peniaga Pasar Malam Jalan TAR adalah demotrasi Jalanan. Bila keadaan ini berlaku...jualan mereka akan jatuh merudum kerana pelannggan akan berkurangan lebih 30%!!!
Ambo harap, pihak-pihak yang nak berdemo tengah jalan pada hari sabtu tu...fikir lah sikit masalah orang lain...fikir kan rezki ramai orang melayu terbantut kerana tindakan separuh matang itu!!
Hari sabtu, 1hb Ogos nanti..khabar nya sekali lagi demo begitu akan diadakan....dan sekali lah kami peniaga-peniaga pasar malam Tar akan mengeluh....!!!
Kita suka bertanya kepada pen'demo'2 yang buat onak tengah jalan tu....siapa nak jaga kepentingan peniaga-peniaga pasar Malam TAR??? Anda semua nak tunjuk perasaan ..mengapa kami yang terima akibat??? Apakah pendemo2 itu sanggup bayar kerugian kami???
Ambo harap pihak polis akan bertindak tegas...tangkap ketua-ketua yang suka sangan berdemo tu..benar-benar menyusah kan orang!!!
Dan kita juga harap pihak Persatuan Pasar Malam Jalan TAR juga akan bertindak sesuatu demi menjaga kepentingan ahli-ahli yang sentiasa membayar yuran ini!!!
10 ulasan:
Penunjuk perasaan cuma menjaga kepentingan politik mereka, kebajikan orang lain mereka peduli apa...
harap polis bertindak tegas. Jangan biarkan perkara seperti ini menjadi
punca perpecahan.Kita mahu aman.
sokong I.S.A
MENYUSAHKAN BETUL LAH, TAK BOLEH KE KALAU TAK BUAT PERHIMPUNAN HARAM?
TAK KESIHAN KEPADA PENIAGA-PENIAGA KE?
Tindakan yang tidak bjiak dari kedua2 pihak. Tunjuk perasaan jalanan bukn budaya kita.
polis dah mula wat roadblok. nak jalan pun payah. ni semua susah kan org.
yang anti ISA ni memang jenis manusia yang tak kenal sejarah. Aku tak nampak pun ISA ni digunakan sesuka hati.
yang anti ISA adalah yang suka buat salah sahaja.
hidup ISA! aku sokong ISA, sumbat dalam lokap je semua perosak keamanan.
hidup ni jangan menysahkan orang lain. tunjuk perasaan jalanan adalah menyusah kan orang walau pun apa alasan nya.
Sokong ISA!
terus kan ISA! hidup ISA!
polis dah kata jangan buat kacau esok. Kalau ada telinga sila dengar. Jangan bila kena tangkap polis menangis minta ampun. tak guna nyah!
Catat Ulasan