Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 29 Julai 2009

DEMO PRO DAN ANTI ISA - PENIAGA PASAR MALAM JALAN TUANKU ABDUL RAHMAN RUGI BESAR!!

1hb ogos nanti yang jatuh pada hari sabtu..dua kumpulan yang mewakili NGO-NGO yang menyokong dan menentang ISA akan membuat perhimpunan di sekitar Kuala Lumpur. Ini sudah tentu akan menyusahkan peniaga-peniaga pasar malam Jalan TAR!!
Peta dibawah menunjuk kan beberapa lokasi yang akan diguna kan oleh 2 kumpulan yang bertentangan untk berkumpul. Polis teraksa mengadakan sekatan di sekitar KL. Ini akan membuat pelanggan-pelanggan pasar malam Jalan Tar mungkin takut untuk berkunjung ke Pasar Malam!


Datuk Ibrahim Ali yang juga Presiden PERKASA-bekas tahanan ISA yang mengitu lantang menyokong hukuman tersebut. PERKASA khabar nya akan turut menyokong NGO yang pro ISA pada perhimpunan hari sabtu nanti. Ambo nak ucapkan syabas kepada Brahim Ali!!
Laporan polis oleh 'Supir'- Setiausaha Agung Perkasa di IPD Dang Wangi membantah perhimpunan pro dan bantah ISA di KL hari Sabtu nanti!!
MAGARAN-Majlis Gabungan NGO Pembela Negara akan turut berdemo di Kuala Lumpur pada 1hb Ogos nanti jika GMI tidak membatal kan hasrat mereka mengadakan perhimpunan anti ISA !! Kita harap semua pihak terbabit akan benar-benar mengunakan otak di kepala...dan bukan menggunakan kepala lutut!!


Satu perkara yang amat tidak disenangi oleh peniaga Pasar Malam Jalan TAR adalah demotrasi Jalanan. Bila keadaan ini berlaku...jualan mereka akan jatuh merudum kerana pelannggan akan berkurangan lebih 30%!!!


Ambo harap, pihak-pihak yang nak berdemo tengah jalan pada hari sabtu tu...fikir lah sikit masalah orang lain...fikir kan rezki ramai orang melayu terbantut kerana tindakan separuh matang itu!!


Hari sabtu, 1hb Ogos nanti..khabar nya sekali lagi demo begitu akan diadakan....dan sekali lah kami peniaga-peniaga pasar malam Tar akan mengeluh....!!!


Kita suka bertanya kepada pen'demo'2 yang buat onak tengah jalan tu....siapa nak jaga kepentingan peniaga-peniaga pasar Malam TAR??? Anda semua nak tunjuk perasaan ..mengapa kami yang terima akibat??? Apakah pendemo2 itu sanggup bayar kerugian kami???


Ambo harap pihak polis akan bertindak tegas...tangkap ketua-ketua yang suka sangan berdemo tu..benar-benar menyusah kan orang!!!


Dan kita juga harap pihak Persatuan Pasar Malam Jalan TAR juga akan bertindak sesuatu demi menjaga kepentingan ahli-ahli yang sentiasa membayar yuran ini!!!

Ahad, 26 Julai 2009

BAJU BERMUTU/CANTIK PALING MURAH DI PASAR MALAM JALAN TAR!!!

memang kebiasaan...belum sempat siap berkemas..pelanggan dan mula masuk memilih baju!!
pilih kak!!...pilih mana yang berkenan..1 - Rm20!! ambil 2 helai RM30..!!!
"murah dan cantik....!!" itu agak nya kata kakak berbaju putih tu kepada kawan nya!!!
"ni kalau buat baju raya pun boleh...bukan orang tahu murah mahal !!! lagi pun kualiti macm ni...mahal kalau kat butik...!!!"

padan gan adik tu...cantik....yelahhh orang dah cantik, pakai apa pun cantik..!!!
pilih adik..pilih kakak..kalau lambat jee.... nanti habis baju yang berkenan..kena datang lagi minggu depan lee...!!!eh.. lelaki yang baju hitam tu sape pulak??? tak kan nak beli baju jugak??
hehe..tak sempat gantung..yang dalam beg pun menjadi rebutan...pilih lee kakak...mana-mana yang berkenan...!!! saiz diisi dalam beg yang berbeza.. jangan pula cari saiz S dalam beg XL..memang tak jumpa laa!!!
semua yang dipasang pada patung pasti menjadi perhatian pelanggan...jadi untuk lakukan baju yang tak berapa 'jalan'.. apa lagi...kita gantung leee... kejap jee...mesti laku punya!!!
pelanggan ambo terdiri dari berbilang kaum....hehe 1Malaysia laa katakan..!!!
hai kak!! apa yang diperiksa tu....!! jangan risau mutu nya dijamin...!! kalau ada yang tak puas hati dengan kualiti..boleh minta tukar dengan yang baru..!!!
dalam lingkugan pukul 3ptg - 7 malam adalah antara waktu kemuncak..masa ni pelanggan tak putus-putus...hehe apa pun seronok bila perniagaan kita dapat sambutan....terima kasih kepada semua pelanggan!!!
baju sulam dari manik bermutu ini ..harga nya cuma RM30 untuk 2 helai!!!
baju dari kain ciffon ini pula harga nya cuma RM20 untuk 2 helai..!! ada dalam berbagai warna!
Ini adalah baju yang paling mendapat sambutan sekarang..100% cotton ..ada saiz dari S hingga XL!! warna nya memang menarik....tak percaya boleh mai....harga cuma RM30 untuk 2 helai!!
Ini juga menarik...juga kain cotton...sulaman pada tengkok nya memang menarik... harga nya cuma RM20 untuk 2 helai!!!

suasana yang meriah di hadapan petak no. 416 ambo!!! menang ramai yang tertarik dengan harga yang kami tawar kan!!! harga murah barang pun cantik....mana nak cari lagi??

Sewaktu kemuncak..sampai tak de ruanggg...semua tempat dipenuhi oleh pelanggan...!! ambo kena layan pelanggan dari hujung tapak saja....tunggu pelanggan hulur duit!!!
hehe senyum jeee kak!!! dah jumpa apa yang dicari ek???
Suasana menjelang malam di depan tapak no, 416...!!!
hampir pukul 10 malam...suasana agak lengang sikit..boleh lee ambo berposing!!!!
bersama pembantu..yang sangat rajin....tak pernah mengeluh pun...!!!!
Bila dah hujung...baru lah boleh kemas sikit baju-baju kat tapak!!!


Ada yang bertanya..betul kah ambo ni peniaga di Pasar Malam Jalan TAR? Ada yang kata ambo ini cuma saja-saja buka blog tetapi sebenar nya ambo bukan komuniti pasar malam pun!!


hehe..suka ambo nak kata..ambo memang peniaga pasar malam...apa nak malu!! kat KL ni untuk hidup kita kena buat apa sahaja..janji ada peluang..janji halalan toyibbban!!


Tapak pasar malam no 416...kalau ikut peta dari Jalan TAR..petak ambo ni belakang Pustaka Mukmin!! Ambo sebenar nya berniaga pasar malam ni sejak bujang lagi... dari tolong orang hingga sekarang ambo dah ada tapak sendiri!!!


Apa ambo jual?? ambo jual baju....baju ambo ..murah dan berkualiti...dalam bahasa pasar malam 'barang baik, harga murah.."!!! Dan siapa-siapa yang pernah datang ke tapak ambo harap boleh komen kalau sudi!!


Baju ambo jual baju ada 2 ketogori...satu helai RM15 - 2 helai RM20 sahaja.. dan satu ketogori lagi 1 helai RM20 -2 helai RM30 !! kualiti ambo jamin berbaloi dengan harga yang dibayar. Malah ambo cam pelanggan-pelanggan ambo yang ulang datang membeli saban minggu. Dan jangan terkejut bila melihat mereka datang ke tapak ambo dengan memakai baju yang dibeli dari tempat ambo!!


Hampir keselurahan baju-baju tersebut ditempah khas dari India...sebab tu harga nya amat murah!! Cuma dengan RM15 ringgit anda boleh medapatkan sehelai baju 100% cotton yang bermutu!!


Kepada yang rasa was2..boleh terus datang ke tapak pasar malam ambo setiap sabtu bermula jam 2.30 petang!! Insyallah anda akan berpuas hati dengan nilai wang yang dibayar !!

Khamis, 23 Julai 2009

NASI KUKUS D'PAKU MEMANG ORI NO. 1 - AMPANG DAN SETIAWANGSA.

Lori kecil yang diguna kan untuk berniaga nasi kukus..!! tengah hari di Setiawangsa dan lewat petang di Ampang!!
...biasa nya pelanggan yang sekali rasa nasi kukus D'Paku tidak akan lupa kesedapan nya!!

Sebaik sahaja perniagaan bermula , pelanggan segera menyerbu...!!
..wah!! serius nya tokey nasi kukus.....tenung gapo wei!!??
goreng!! jangan tak goreng!!...ayam kampung dimasak panas untuk dimakan bersama nasi kukus!!
ermm...sedap nya ayam percik....ambo suka sangat percik kat sini..ori tuuu..!!
ayam kampung sedia untuk dipilih oleh pelanggan...lepas pilih baru digoereng panas!! sedapppp!!
pelanggan yang setia beratur....mula pukul 5 petang..sebelum magrib nasi kukus dah habis!!
..bungkus kak...ramai dok beratur tu..!!.Kak Nor bersama pembantu nya!!!
tempahan juga boleh dibuat... no hp Kak Nor ada terpampang tu..!!! percik asli!!
ambo beli 2 bungkus..sebungkus berlauk ayam percik dan sebungkus lagi berlauk kegemaran ambo....daging kerutuk.... kerutuk D'Paku sedappp oooo..sekali kena mesti tak pula!!!
biasa nya sebungkus boleh makan 2 orang...!! kak long dan Ika sedang khusuk makann!! orang lalu kat belakang pun dia tak sedar!!


Kepada peminat nasi kukus...anda patut merasa nasi kukus D'Paku...!! bagi ambo tiada nasi kukus seasli nasi kukus D Paku!!

Mungkin sikit kekurangan nasi kukus DPaku kerana nasi tidak dikukus dalam bekas loyan khas seperti yang kita biasa lihat terutama nya di Kota Bharu, namun begitu dari segi kesedapan nasi kukus DPaku tetap no.1!!!!

Selain nasi kukus, ada juga nasi kerabu putih yang juga bagi ambo sedap...hehe orang rumah ambo memang suka nasi kerabu kat sini!!!


Selain ayam percik nya yang ori dan daging kerutuk nya yang lazat...ayam kampung goreng nya juga disediakan panas-panas. Kita boleh memilih bahagian mana yang kita suka dan akan segera digoreng mengikut citarasa ..agar kita dapat merasa kesedapan daging ayam kampung yang telah diperap dengan rempah-rempah khas itu!! Ambo yakin..sekali rasa ayam kampung goreng itu...kita tak sedar tiba-tiba terjilat jari sendiri!!


Nasi kukus ini dibuka pada dua sessi..sessi tengah hari di Setiawangsa ...lokasi nya berdekatan dengan Stadium mini ...tak jauh dari sekolah Kebangsaan , sementara sessi petang pula di Lorong Memanda, Ampang!! Lokasi nya ..lorong yang bertentangan dengan pasaraya Max Velu dan berdekatan dengan surau!!


Agar tidak kecewa , ambo cadang kan supaya datang awal....kemana2 lokasi tersebut..dan kalau boleh sebelum warung nasi kukus buka..kita dah beratur!!!!

Dan anda juga jangan terkejut kerana pelanggan nasi kukus ini bukan sahaja orang kebanyakan macam kita semua, malah orang-orang yang bertaraf VVIP pun ramai!! Sama dok beratur dengan kita juga!!!


Ambo memang selalu singgah beli nasi kukus ni..baik di Setiawangsa atau pun di Ampang!! Kalau tak rasa sekurang-kurang nya seminggu sekali..macam tak sempurna jee hidup ni !!!!!

hehe lagi pun ambo gan tokey D Paku boleh dok sembang panjang...maklum lee kami ni sama-sama Kelate...dan 'bendera' pun sama....!!!!

Dan kepada yang berminat untuk membuat tempahan boleh call Kak Nor - 012 3934569


Selasa, 21 Julai 2009

SARAPAN PAGI RM1 DI RESTORAN UKHWAH 1MALAYSIA - MEDAN TUNKU

Restoran Ukhwah 1Malaysia menawarkan sarapan lengkap dengan cuma RM1 sahaja..untuk roti canai dan teh tarik...!

tebar bang tebar ramai dok tunggu tu...... roti canai memang lembut!!
dah garing tu tepuk-tepuk sikit...siap untuk diambil oleh pelanggan..!!! ramai beratur..!
set roti canai yang enak bersama teh tarik cuma RM1...boleh caya ke??
pelanggan yang memenuhi hampir setiap ruang dalam restoran..!!
1 roti canai dan 1 teh tarik cuma Rm1 Encik..!!
Jika anda cuma ada RM1 dan mahu bersarapan pagi... anda jangan risau kerana nilai RM1 itu anda masih boleh bersarapan di sebuah restoran yang selesa di tengah-tengah bandaraya Kuala Lumpur!!

Ambo sebenar nya sudah beberapa kali melihat satu banner yang terpampang di sebuah restoran di Medan Tunku , Jalan TAR yang menawarkan harga RM1 untuk bersarapan pagi itu. Ambo memang parking kereta di ruang parking Medan Tunku bila nak buka pasar malam setiap sabtu!!

Restoran Ukhwah 1Malaysia yang menawarkan sarapan RM1 itu tak salah ambo baru dibuka!! Sebelum ini ambo selalu juga makan di restoran tersebut tetapi waktu itu makanan yang disediakan adalah makanan pantai timur!!

Nampak nya Koperasi Ukhwah yang mengusahakan Restoran tersebut telah melebar kan cabang-cabang syarikat nya di seluruh Medan Tunku. Ukwah sudah ada beberapa unit bangunan di Medan Tunku yang meliputi berbagai jenis perniagaan termasuk dua buah restoran!


Ambo terpaksa beratur untuk mendapatkan roti canai dan teh tarik....!!! dan satu yang tidak boleh dinafikan roti canai memang sedap walau pun agak kecil sedikit! Kita juga boleh memilih samada untuk makan bersama kuah kari atau dal!!!


Selain roti canai, sarapan lain juga disediakan termasuk nasi lemak, mee goreng, lontong ... ambo tak sempat nak tinjau lain-lain makanan kerana terpaksa ambil orang rumah ambo di LPPKN Jalan Raja Laut!!

Apa pun , dalam 20-30 minit ambo di Restoran tersebut...ternyata promosi RM1 yang di perkenal itu benar-benar mampu menarik perhatian ramai.... ambo tenguk pelanggan tak putus-putus masuk dan keluar!!! Malah semasa dalam kereta ambo sempat mendengar Aznil Nawawi , DJ radio Era telah menalifon secara langsung pengurus Restoran Ukhwah untuk bertanya tentang promosi tersebut...."insyallah saya dan din Beramboi akan datang ke restoran esok.." itu antara kata2 aznil...!!!

Ternyata...promosi itu telah mendapat publisiti yang cukup meluas!!!!

Kepada Restoran Ukhwah..terima kasih dan tahniah kerana telah memberi nilai kepada RM1 duit kami!!!

Ahad, 19 Julai 2009

HARGA TAPAK PASAR MALAM TAR MENINGKAT MENDADAK RAMADHAN NANTI!!

Pasar malam Jalan Tar selalu menjadi tumpuan setiap Ramadhan!!!

Minuman yang menyelerakan di bulan puasa, tapi di bulan puasa peniaga-peniaga minuman akan menukar kepada peniagaan lain yang lebih menguntung kan!!!

Kita akan susah berjumpa dengan muka-muka biasa yang berniaga di tapak pada bulan ramadhan kerana mereka biasa nya 'bercuti' seketika.....!!
Berapa agak nya nilai satu tapak pasar malam TAR di bulan puasa ini??

Dalam leka ambo berniaga malam minggu lepas, tiba-tiba datang seseorang untuk menawar 'menyewa' tapak ambo untuk bulan Ramadhan..~~~ perkara ini adalah biasa sahaja setiap menjelang Ramdhan..malah kadang kala 2-3 orang datang memberi tawaran setiap malam!!

Tetapi untuk tahun ini, harga yang ditawarkan amat mengejut kan ambo...malah ada yg sanggup untuk membayar sehingga RM 5,000 bagi tapak tepi dan sehingga RM2,000 ke RM3,000 bagi tapak tengah untuk berniaga setiap sabtu sepanjang Ramadhan!!

Harga menjadi sedemikian mungkin kerana tahun ini, ada lima hari sabtu pada bulan Ramadhan dan sabtu terakhir jatuh pada malam Raya!! Setiap tahun perniagaan pada malam raya amat laris. Untuk mendapat jualan mencecah puluhan ribu semalam bukan lah perkara yang susah!!


Jika untuk tapak pasar malam yang berniaga setiap sabtu sudah begitu tinggi harga nya, maka kita boleh bayang kan berapa pula harga setiap tapak bazar Ramadhan sekitar Jalan TAR!!!
Mengikut apa yang ambo dengar..tahun ini..harga sekitar RM7,000 - RM10,000 adalah perkara biasa...hehe nampak nya ramai yang akan berniaga atas angin...terutama yang menjaya mendapat cabutan bagi tapak bazar Ramadhan!!


Pendek kata sesiapa yang bernasib baik mendapat bazar Ramadhan tahun ini akan mendapat durian runtuh....dengan menjual tapak mereka pun..mereka akan mendapat untung yang besar!!

Ambo??? ambo tak pernah dapat pun setiap kali pengundian tapak Ramadhan..tahun ini ambo fedup dan ambo memang tidak menghantar borang pun!!! Walau pun begitu ..masih tetap ada yang bertanya kot2 ambo dapat tapak bazar Ramadahn...dan jika ada, sudah tentu tawaran yang akan diberikan amat lumayan!!!

Masih banyak cerita-cerita menarik tentang tapak bazar Ramadhan Jalan Tar ini...dan kita akan sambung lagi kisah2 disebalik tabir ini dilain masa....!!!