Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Khamis, 25 Jun 2009

RASA ASAM PEDAS YANG ORI DI KOMANDO KIOS - AMPANG!

Setelah berpenat lelah sepanjang malam minggu berniaga di Pasar malam Jalan TAR, ambo biasa nya akan membawa keluarga makan kat luar.
Selain dari masakan kelantan , ambo juga sangat suka dengan masakan asam pedas. walau pun di KL banyak tempat menghidang kan asam pedas tetapi yang benar2 dapat memenuhkan selera agak susah dicari.
Tetapi ..bila merasa asam pedas di Ampang tak berapa lama dahulu , ambo rasa cukup puas hati. Kuah nya tak pekat sangat tetapi rasa nya cukup memikat.
Kalau benar2 nak rasa asam pedas yang ori...boleh cuba di Gerai Komando Kios, yang terletak di medan selera Taman Dagang..tak jauh dengan IPD Ampang!!! atau lebih tepat lagi Komando Kios di selang dengan sebuah surau dari medan selera Dagang Evenue!!
Ambo selalu gak makan sambil santai kat situ!! boss nya ambo panggil abang Hussin ..bekas komando dan ciri2 komando tetap ada pada diri nya walau pun sudah agak berumur!!
Abang Hussin cukup peramah dan amat bersemangat bila bercerita tentang Tun Dr Mahathir!!
Gerai Komando Kios dibuka dari pukul 10 pagi hingga ke malam!!
Biasa nya nasi akan dihidang secara set..kita boleh pilih apa saja jenis ikan ..samada merah, pari , kembung, parang dan sebagai nya. Malah asam pedas daging juga ada!!!
Set asam pedas itu berharga sekitar RM7 keatas bergantung kepada jenis ikan dan dihidang bersama telur jeruk, ulaman dan sambal serta cencalok!!
Kesibukan Komando Kios akan bermula sebaik menjelang tengah hari...dan abang Hussin selalu bercerita tentang kerabat sultan yg sering singgah makan di gerai nya itu.
Jika asam pedas yg begitu sedap...ambo yakin akan bisa menambat hati sesiapa sahaja. Dan memang ramai pun orang2 berkereta menjalarrr parking dan sedang enak menikmati asam pedas Komando Hussin!!!!
Asam padas komando Hussin sehebat congakata komando "Cepat dan Cergas"!!!!!



Tiada ulasan: