Bila menular nya H1N1 atau pun selsema babi, sikit sebanyak telah menimbulkan rasa gundah di hati peniaga-peniaga pasar malam apa lagi yang berniaga makanan.
Sudah tentu pengujung-pengunjung pasar malam akan lebih berhati-hati dalam aspek kebersihan dan mereka juga akan berfikir dua kali untuk keluar di tempat awam.
Semalam dua buah lagi sekolah ditutup terus dan menjadi kan 4 buah yang ditutup setakat ini. Makin banyak sekolah yang tutup bermakna makin parah lah wabak tersebut. Ambo harap jabatan kesihatan akan mengambil langkah pro aktif demi meningkat kan keyakinan rakyat bahawa negara masih terkawal dari penularan H1N1.
Setakat ini 69 telah disahkan H1N1 dan harap nya jangan bertambah lagi!! Sebagai peniaga pasar malam aku harap semua nya akan selesai sebelum bulan puasa nanti.
Bulan puasa yang jatuh pada bulan ogos nanti merupakan bulan untuk peniaga pasar malam seperti ambo untuk menambahkan pendapatan. Jika H1N1 terus menular bagiamana nasib kami agak nya??
Apa pun ambo tetap yakin setiap yang berlaku ada hikmah nya, dan semuga Allah akan hindarkan kita dari bencana seperti ini untuk masa2 akan datang!!!
Rabu, 24 Jun 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan