Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 26 Jun 2009

ETAK-MAKANAN POPULAR YANG TIDAK PERNAH DIJUAL DI PASAR MALAM JALAN TAR!!







Selama ambo berniaga di Pasar Malam Jalan TAR, satu makanan popular Kelantan yang tidak pernah ambo jumpa adalah ETAK!!
Bayang kan ..di Jalan TAR terdapat lebih kurang 500 tapak dan sebahagian nya adalah tapak menjual makanan..!! Bermacam-macam jenis makana kelantan yang di jual..tetapi ambo tidak pernah jumpa orang yang berniaga etak!!
Etak amat popular di Kelantan....sangat enak terutama kalau dimakan bersama dengan nasi kerabu!!
Walau pun etak lebih kurang sama dengan kerang, lala atau kepah...tetapi bagi orang Kelantan..etak sebenar nya berada dalam kelas nya yg tersendiri!! Etak bukan sahaja boleh dimasak bersama sayur..masak lemak...masak rebus...tetapi lebih popular dimakan seperti makanan ringan!!!
Etak dipunggut di sepanjang sungai Kelantan..dan etak yg paling popular adalah etak salor!!! Memang ramai pun pengusaha etak di salor.
Etak dikaut pada musim air sungai pasang dengan menggunakan alat khas....tetapi bila air surut ..mengutip etak dengan tangan telah menjadi seperti satu pesta!!!
Etak salai paling enak...prosesk salai memakan masa agak lama dan proses itu bermula selepas subuh....!!! Kesedapan etak juga bergantung kepada ramuan salai nya..yg biasa nya terdiri dari halia, serai ,garam , sedikit gula dsb nya!!!
Ambo harap..satu hari akan ada pengusaha yang akan membawa etak terus dari kelantan untuk di pasarkan di pasar-pasar malam!!!
Kalau nasi kerabu boleh menjadi rebutan..sudah tentu etak juga akan mendapat sambutan..bukan kah nasi kerabu akan lebih sedap bila dijodohkan bersama nasi kerabu???

3 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Aku teringat masa kecik2 dulu, beli etak tepi jalan dan makan dengan kawan2 di atas wakaf.

Tanpa Nama berkata...

Dalam kosmo ada cerita etak yang terbesar.

Tanpa Nama berkata...

Nice brief and this fill someone in on helped me alot in my college assignement. Gratefulness you for your information.