Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Rabu, 24 Jun 2009

JALAN TAR AKAN ADA UPTOWN BARU??

Ambo ada dengar khabar bahawa Pasar Malam Jalan TAR akan dilanjutkan menjadi uptown!!
Ini satu berita yang amat baik kepada peniaga-peniaga pasar malam jalan TAR bagi menambah pendapatan mereka!!

Uptown itu khabar nya akan bermula pukul 10 malam dan berakhir ke 4 pagi pada setiap malam kecuali malam minggu !!

Tapi yang tak berapa seronok nya, untuk uptown ini cuma barangan kering sahaja dibenarkan dijual, manakala barangan makanan kemungkinan besar ditiadakan.

Ambo setuju benar dengan rancangan untuk mengujudkan uptown tersebut apa lagi sebab ambo pun berniaga pakaian. Kalau benar2 jadi sikit sebanyak akan bertambah lah pendapatan ambo dan rakan-rakan lain.

Cuma ambo sikit muyskil ..apakah ramai pengunjung ke sana nanti. Memandang kan jalan TAR adalah pusat bandaraya....di mana waktu malam agak lengang. Jalan TAR pun tak banyak ada kediaman ..cuma pejabat sahaja.

Apa pun, kita tunggu lah kemunculan uptown itu nanti, insyallah kalau kena dengan cara promosi uptown mungkin boleh maju seperti Setapak dan Cheras!!!

Tapi yang pasti rezki tetap pemberian Allah, kita manusia cuma mampu berusaha...maka ..selagi mampu kita wajib untuk terus berusaha!!

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

orang bukan peniaga pasar malam jalan TAR boleh memohon juga ke??

Uptown akan memberi lebih peluang untuk orang melayu berniaga. Syabas DBKL!