peniaga kecil selalu menjadi mangsa muslihat manusia-manusia seperti 'Tok' !! pelaris bukan terletak kepada benda..tetapi pelaris sebenar ada didalam hati yg baik!!
Ambo kesian dengan seorang kawan ambo ini, kerana percaya sangat kepada pelaris untuk melaris kan perniagaan dia telah tertipu lebih seratus ringgit!!
Semua nya bermula bila seorang pelanggan yang selalu berkunjung ke warung kawan ambo itu memperkenal kan seorang yang dipanggil 'Tok'!!!! Tok ni umur dalam lingkungan 50an dan bila bercakap akan mendakwa dia adalah anak saudara kepada shamsiah Fakeh.. dan selalu bercerita tentang perkara-perkara ghaib.
Kebetulan semasa 'Tok' berada di warung kawan ambo tu..ambo datang untuk pekena ikan percik..malang nya, ikan percik kegemeran ambo habis... ambo pun makan ayam percik sambil mendengar 'nasihat' dan petua dari Tok itu.
Kawan ambo terlopong, isteri kawan ambo pun nampak terkedu...banyak pantang2 larang yg
Tok sebut..malah hingga nak masak air..nak masak nasi..nak masak ikan..semua kena minta izin dengan penjaga !!! pendek kata semua benda-benad itu dakwa 'Tok" dijaga oleh nabi-nabi..termasuk nabi Noh, nabi daud dan beberapa nama nabi lagi yg dia sebut!!
Ambo cuma acuh tak acuh dan sesekali menyampuk sekadar nak mesra kerana ambo dok semeja gan Tok!!
Tok gebang lagi..dia kata dan ramai peniaga-peniaga kecil yang jadi kaya bila mendengar nasihat dan petua yang dia bagi!! malah dia berani untuk bawa kawan ambo itu berjumpa seorang yang dakwa Tok cuma seorg penjual goreng pisang tetapi mendapat pendapatan puluhan ribu ringgit sebulan!!!
Ambo cuma dengar....melihat kepada bentuk fizikal nya pun ambo tak percaya, dengan baju nya yang poket nya koyak..dengan seluar pendek yang lusuh..ambo pun pelik cam mana orang boleh percaya dengan cakap manusia seperti itu!!
Lepas makan ambo balik....semalam..ambo gi lagi kedai kawan ambo tu..bini ambo nak makan nasi berlauk !!
Bila ambo tanya saja tentang 'Tok" ..bini kawan ambo tiba-tiba marah..dia kata 'Tok' itu menipu..kawan ambo dah bagi duit RM120.00 konunnya utk pelaris sedang kan jualan nya hari cuma RM150.00!! bayangkan..cuma tinggal RM30.00 pendapatan hari tu semata2 ditipu oleh tok!!
Ambo nak gelak pun ada, kesian pun ada...ambo cuma cakap kat kawan ambo tu..."pelaris bukan terletak kepada benda-benda karut macam tu...tetapi pelaris terletak pada hati..dan cara kita melayan pelanggan..!!!"
Kawan ambo tu sebenar nya seorang yang pandai layan pelanggan..malah ramai yang ulang datang ke warung nya kerana cara dia melayan..disamping makanan nya agak sedap!!!
Warung kita akan laris..kerana sikap baik kita..kerana kebersihan kita....!!walau sebanyak mana pelaris tetapi jika makanan tak sedap dan layanan tak baik...pelanggan akan lari juga!!!
dan yang paling penting..rezeki Allah yang tentu kan..jadi percaya kepada Allah sahaja laaa!!!!