Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Jumaat, 26 Oktober 2012

MERIAH DAN UNIK MAJLIS KORBAN 2012 di JALAN TAR..!!

Sejurus selepas sembahyang sunat Aidiadha pagi tadi... Lebih 20 ekor lembu dan berpuluh ekor kambing telah dikorbankan.

Majlis tahunan itu, dijalankan dengan penuh meriah di ruang parking terbuka belakang kompleks Semua House.

Kebanyakan yang mengambil bahagian dalam majlis korban itu terdiri daripada warga asing yang menjalankan perniagaan di sekitar Jalan TAR dan juga penduduk setempat.

Daging sembelihan akan dibahagi kepada 7 bahagian, dan diagihkan kepada individu yang mengambil bahagian.

Suasana menjadi lebih gamat bila mereka yang hadir berebut2 untuk mendapatkan daging korban ... ada ketikanya menjadi tidak terkawal...! ,

Apa pun suasana majlis korban di sini memang meriah.. Malang nya tidak pernah mendapat liputan media walau pun agak unik...!!

Pukul 12 tenga hari... Majlis selesai...!! Ad yang mem bahagikan daging korban mereka terus di tapak korban..dan ada juga yang membawa balik untuk diagih2kan sendiri kepada jiran dan saudara mara mereka.

Bagi ambo, cara begini lebih bagus kerana ahli korban sendiri yang agihkan daging mereka, berbeza yang diamalkan dimana pihak masjid/surau yang membuat agihan...!!

Bila hadir majlis korban begini...teringat ambo pada majlis korban di Kelantan.. Kongsep nya mmg sama..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Rabu, 24 Oktober 2012

Tun M Pun Naik Exora!

Semalam ambo ke Akedemi Pengajian Islam untuk menghadiri simposium Dialog Antara Peradaban Menuju Keamanan.

Mungkin kerana ucaptamanya disampaikan oleh Tun M... Penuh sesak dewan Kuliah Utama ... !! Macam biasa lah ucapan Tun M sudah mampu menarik hadirin utk terus terpegun di tempat duduk masing2.

Kehebatan Tun M mmg tidak boleh dinafikan.. Beliau mmg negarawan hebat...!! Tetapi dalam hebatnya..Tun M sebenarnya seorang yang amat merendah diri..!!

Tun M hadir ke UM cuma dengan kereta Proton Exora. Walau pun cuma kereta buatan Malaysia Tun M tetap nampak hebat...!!

Jika Tun M boleh gunakan kereta Malaysia untuk hadir ke majlis2 besar mengapa sifat sebegini juga tidak menjadi amalan pihak2 lain?

Maka teringat kata2 Tun M semasa mahu melakukan pembedahan jantung di IJN.." Kalau saya tidak yakin kepada bangsa saya...siapa lagi nak yakin??"

Tun M mmg hebat.. Semuga Tun M selalu dalam rahmat Allah..!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 20 Oktober 2012

Gomo Kelate Gomo!!!

Esok perang antara Pasukan Bola Kelate dan ATM akan berlangsung. Sebagai anok Kelate ambo juga mahu pasukan Kelate menang. Kalau boleh biar tak meletup senjata ATM esok..!!

Kepada anok2 Kelate yg dalam perjalanan datang KL, ambo doakan agar selamat mari dan selamat kelik... Tp lagu2 mano pun ambo niaga macam biasa petang esok di Pasar Malam Jalan TAR...!!

Sebelum gi stadium tu.. Molek jugok kalau singgah ke Pasar Malam TAR...

Gomo Kelate Gomo!!!

Selasa, 24 Julai 2012

ABBY ABADI KAWIN VIP POLITIK KELANTAN MALAM INI??

Rasa nya belum terlambat untuk ambo ucapkan selamat berpuasa kepada semua pelanggan Pasar Malam TAR. Semuga tahun ni puasa yang kita semua laksanakan akan diterima seadanya..!!

Lama benar ambo tak updatekan entri kat sini...hehe maklum kengkangan tugasan.....!!

Apa citer setelah sekian lama menyepi?? Cerita yang ambo kira agak panas untuk hari ini adalah ura2 Abby Abadi yang khabar nya akan menamatkan zaman janda nya pada hari ini..!! samada ini cerita benar atau cuma khabar angin kita akan tahu malam nanti..!!!

hehe..benarkah Abby akan bertemu jodoh dengan VIP politik dari Kelantan?? Jika benar..maka apakah ura2 yang bertiup kencang sebelum ini adalah benar??

Jika benar khabar2 angin tersebut...ambo ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Abby..semuga Abby akan bahagia ....dan semuga Abby akan lebih berhati2 bila bercakap dan berceramah selepas ini..sbb apa yg ambo nampak Abby  sejak aktif berceramah atas pentas politik bukan sedikit kata2 nya yg telah menguris hati ramai orang..!!!




Sabtu, 5 Mei 2012

ORANG GILA MANA LAGI MAHU ADAKAN HIMPUNAN BODOH 4.0 ????

Syukur hari ni suasana kembali seperti biasa. Tiada lagi pekik teriak penyokong himpunan Bodoh 3.0 dan tiada juga kelibat manusia2 kelompok berbaju kuning....!! Semua aman.

Saat beginilah yg selalu dinantikan oleh peniaga kecil seperti ambo. Melihat berpusu2 orang ramai membanjiri sekitar tapak pasar malam TAR, kami semua merasa amat lega. Sekurang2nya dapat lah kami cover kerugian minggu lepas.

Tetapi bila dikenangkan sudah ada ura2 pihak terntentu mahu adakan pula himpunan haram Bodoh 4.0, ambo merasa amat geram. Apakah mereka itu tidak fikir nasib peniaga kecil melayu macam ambo? Apakah mereka rasa mereka sahaja ada hak untuk bersuara dan peniaga macam kami mesti terima akibat dari kegilaan nafsu mereka?

Apakah pihak tersebut tidak pernah fikirkan untung rugi pihak lain selain kepentingan diri mereka sendiri??

Ambo harap.. Pihak yg ingin terus lakukan kekacauan berfikirlah dengan lebih matang. Jangan jadi macam manusia tak de hati perut....!! Kalau nak buat juga himpunan Bodoh 4.0... Buat lah di tempat yg tidak susahkan pihak lain nak cari rezeki...!!!

Ramai peserta Bodoh 4.0 ini selalu memperkecilkan keluhan kami... Kata mereka " ala tak kan tak boleh tutup perniagaan sekali sekala " ada pula kata " kita sebok nak bersihkan negara mereka sebok nak berniaga" dan macam2 lagi kata2 yg menyakitkan hati...

Mereka boleh kata apa saja kerana bukan mereka yg rugi... Mereka boleh kata apa sahaja sbb kerugian ini tidak kena pada batang hidung mereka... Dan mereka boleh kata apa saja sbb mereka sebenar jahil dalan hal2 begini... Sebab tu ambo panggil himpunan mereka himpunan Bodoh 3.0.... Maaf kan ambo..sbb kesabaran ambo sudah habis batas nya....!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Isnin, 30 April 2012

NIK AZIZ BAGI DUIT PD PESERTA DEMO HARAM-BAYARLAH SEKALI KERUGIAN KAMI......!!

Nik Azik mengaku bagi duit poket kepada peserta demo haram Bersih 3.0 . Satu KL huruhara kerana perbuatan tidak bertanggungjawab itu. Tapi Nik Aziz selamba jee mengaku malah ucap tahniah lagi.

Ambo nak tanya.. Tahniah kenapa? Sebab berjaya susahkan orang ramai termasuk peniaga kecik macam ambo ni?

Ambo kecewa sangat bila baca berita dan tenguk kenyataan Nik Aziz dalam tv malam tadi.

Tahukah Nik Aziz kerugian yang peniaga kecil alami? Tahu Nik Aziz kesusahan yg terpaksa kami alami? Siapa nak bayar kerugian kami?

Oleh kerana Nik Aziz boleh bagi duit kepada golongan yang merosakan perniagaan kami.... Apa kata Nik Aziz juga bayar ganti rugi kami....???

Dah acap kali kami rugi kerana demo haram macam ni. Apakah Nik Aziz tak melihat kerugian kami? Apakah Nik Aziz cuma nampak kesusahan org yg datang nak buat demo haram saja?

Semuga Allah buka kan hati Nik Aziz untuk bayar kerugian kami sekira nya Nik Aziz benar iklas ketika bagi duit untuk bantu peserta haram Bersih 3.0 itu!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sabtu, 28 April 2012

POLIS ARAHKAN PASAR MALAM TAR TUTUP - OPERASI KUTIP PENDEMO BERSIH 3.0 DEGIL BERMULA !!

Memang menyusahkan...merugikan..dan kurang hajar... Itu yang boleh ambo simpulkan dengan demo Bersih 3.0.

Lebih pelik, ada peserta demo haram tu kata bukan mereka punca peniaga rugi. Mereka tak salah... Yg salah adalah peniaga sendiri .. Kerana mereka tak buka perniagaan.

Ambo rasa tak de yg lebih bodo dari pendapat macam tu.. Patutlah mereka tidak rasa bersalah susahkan peniaga .. Sbb mereka rasa mereka benar... Tabur pasir dalam periuk nasi org tu dianggap benar?

Hari ini ramai juga yg buka... Tp siapa yg nak datang? Puak2 yg demo haram tu bukan nya nak bantu.. Yg niaga air ok lee.. Yg niaga lain cam mana?

Kejap tadi polis arahkan peniaga Pasar Malam TAR tutup..mereka dijangka akan kutip pendemo2 yg degil ....!!

Ambo harap polis bertegas... Cukuplah bagi muka kepada mereka....!!

Sekali lagi kami rugi... Siapa nak tanggung kerugian kami? Pendemo2 haram itu tak akan rasa bersalah walaupun kami susah krn bagi mereka apa byg mereka buat tu benar.... Apa yg ambo boleh cakap...pendemo Bersih 3.0 tu mmg bangang!! Ambo sudah hilang sabar...

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Khamis, 26 April 2012

ALASAN AMBIGA TERUS DEMO DI DATARAN ALASAN ORANG TAK DE OTAK!!!









Untuk mengadakan apa2 demo mesti menggunakan 3 sifir. Jika kurang mana2 satu nescaya demo haram akan menjadi hambar dan kehadiran nya tak lebih dari bilangan lembu dalam kandang lepas kena penyakit lembu gila.


Sifir 1 - mesti dijalankan di sekitar Jalan TAR.
Sifir 2 - mesti di buat pada hari sabtu
Sifir 3 - mesti pada sebelah tengah hari hingga ke petang kerana waktu tu masa paling pack.

Sebab itu Ambiga akan memberi alasan2 bodoh untuk terus berdemo haram di Dataran Merdeka atau pun di depan Sogo...kerana kalau buat ditempat lain nescaya cuma lembu2 sahaja yang akan hadir.......!!!

Pihak DBKL bersedia untuk menyediakan beberapa lokasi di sekitar Kuala Lumpur untuk Ambiga pilih..manakala pihak KDN pula memberi jaminan bagi memastikan perjalanan peserta demo ke tempat tujuan selamat.

Seperti diduga Ambiga dan konco2nya tetap mahukan Dataran Merdeka. Mereka tidak peduli walau pun keputusan m itu akan timbulkan berbagai2 masalah kepada banyak pihak.

Kalau Ambiga dan konco2 nya ada otak sudah tentu mereka menerima tawaran DBKL..sudah tentu mereka memikirkan kerugian peniaga dan pemandu teksi. Mereka juga akan memikirkan kesulitan yang bakal di alami oleh orang ramai...!!! tetapi kerana Ambiga cuma punya otak tetapi tak de fikiran maka dia memberi alasan bodoh untuk menolak tawaran DBKL . Ambiga mendakwa tidak sempat memberi notis penukaran tempat kepada penyokong2 nya. Apa punya bodoh Ambiga ni. patut pun dia tidak pernah fikirkan kesusahan orang lain. Apakah Ambiga masih berada di zaman batu?? atau dia sememang nya dungu..!!

Ambo harap, pihak DBKL dan Polis bertindak lebih tegas. Cukup2 lah bagi muka kepada Ambiga dan konco2nya itu.. kerana kebodohan mereka sudah lebih dari lembu... dan elok juga pihak berkuasa tangani mereka seperti tangani lembu....!!!!!

Ambo dan rakan peniaga kecil melayu dan fedup dan bosan dengan manusia bodoh macam Ambiga dan rakan2 nya...!!!

Dan kepada orang2 islam yang mahu ikut bontot Ambiga..kenali lah dulu siapa ambiga dan motif tindakan nya...dan satu kena ingat..perhimpunan haram Bersih 3.0 akan bergabung dengan golongan penyokong LBGT.... apakah melayu/ islam akan menyokong semua itu???

Kepada Ambiga dan konco2nya.... kerugian yang kami alami kerana demo bodoh kamu itu membuat kami semakin meluat ...!!!

Rabu, 25 April 2012

DIAM TANDA PERSATUAN PENIAGA PASAR MALAM TAR SETUJU DEMO HARAM BERSIH 3.0???


Ada yang bertanya , kenapa Persatuan Pasar Malam Lorong TAR tidak membuat apa2 bantahan terhadap Bersih 3.0? Banyak pihak sudah membantah. Dari persatuan pemandu teksi hingga ke PAPITA pun bantah. Tapi persatuan pasar malam TAR masih buat selamber dekkk jeeee!!!


Timbalan Presiden Persatuan Penyanyi Penyanyi Tanah Air (PAPITA) Datuk Malek Radzuan berpendapat perhimpunan Bersih 3.0 bukanlah aman seperti mana yang dijanjikan penganjur.

Sebaliknya, kata beliau BERSIH mungkin mencetuskan pergaduhan dan kerugian kepada para peniaga sekitar kawasan itu seperti yang pernah berlaku sebelum ini.

Nun jauh di Kemaman Kira-kira 1,000 penduduk kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Kemasik mewakili pelbagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan demons­trasi aman sambil memegang sepanduk, pada hari ahad..

Mereka turut membuat sebanyak 80 laporan polis sebagai tanda protes dan bantahan terhadap Himpunan Bersih 3.0 yang dijangka akan diadakan pada 28 April ini di Dataran Merdeka.

Sementara itu, wakil Felda Kerteh 6 yang juga Pengerusi JKKK Semai Bakti, Yusoff Yaacob berkata, Himpunan Bersih 3.0 tidak mendatangkan faedah melainkan hanya akan menganggu kestabilan negara dan ketenteraman awam.

“Sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kestabilan negara saya berkeras meminta pihak berkuasa menghalang ranca-ngan mengadakan himpunan ini.

Begitu juga di Pulau Pinang, puluhan NGO membuat bantahan yang sama.

Di Kuala Lumpur 100 ahli Persatuan Peniaga Bumiputera Wilayah Persekutuan serta Persatuan Teksi Eksekutif Malaysia berkumpul di hadapan ibu pejabat DBKL bagi melahirkan bantahan mereka terhadap penganjuran perhimpunan tersebut.

Mereka mahukan Datuk Bandar dan pihak polis mengambil tindakan yang tegas kepada pihak bersih...malah  Timbalan Presiden Pertubuhan Pemandu dan Pengusaha Teksi, Limosin dan Kereta Sewa Malaysia mendakwa seramai 36,000 pemandu teksi di ibu negara akan kehilangan pendapatan sebanyak RM5.4 juta dalam tempoh sehari jika pihak berkuasa membenarkan perhimpunan Bersih 3.0 diadakan di Dataran Merdeka.

Begitu lah resah nya rakyat Malaysia ..apa lagi yang terjejas secara langsung dengan perhimpunan haram 3.0. Tetapi aneh nya..pihak persatuan pasar malam TAR langsung tidak ada tindakan apa2... semua nya normal seolah2 tiadak ada apa2 akan berlaku. sedangkan sebelum ini telah mengalami kerugian yang bukan sedikit..!!!

Maka tidak hairan lah bila ada yang tanya...persatuan pasar malam tar ni dicontrol oleh penyokong pembangkang ke??? apa ambo nak jawab???

Kepada yang bertanya... ada mata pandang... ada telingan dengar...!!

Pada himpunan haram Bersih 2.0...ramai peniaga pasar malam TAR yang tidak boleh berniaga. Begitu juga dengan tunjuk2 perasaan sebelum ini.... kerugian peniagaan mencecah hingga 70%...!! siapa nak tanggung kerugian kami???

Jika persatuan sendiri tidak ambil berat masalah perhimpunan haram bersih 3.0 dan kesan nya kepada ahli.... maka kita nak harap kan kepada siapa lagi??? Pihak lain tidak akan bantu kita jika kita tidak mahu bantu diri sendiri.

Dan bila ada yang terus bertanya apakah  diam persatuan pasar malam TAR itu tanda mereka sokong kepada himpunan haram Bersih 3.0??? Apa yang boleh ambo jawab?? ambo nak iye kan atau nak nafikan??

Ambo kenal ramai juga yang pegang jawatan dalam barisan kepimpinan persatuan. Tetapi ambo sendiri tidak berani menjawab untuk mewakili mereka. Jika ingin bertanya isu ini elok bertanya terus kepada persatuan..!!!

Kepada peniaga pasar malam TAR..nampak nya kita perlu menjaga diri kita sendiri untuk menghadapi kesan himpunan haram Bersih 3.0 nanti.....!!!


















Sabtu, 21 April 2012

ALHAMDULLILAH BOB KUMAN MASIH HIDUP!!!

Sebelum ini hebuh berita kematian beliau... !!

Syukur semuga Bob cepat sembuh!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jumaat, 20 April 2012

AZNIL KENA KRITIK DALAM UTUSAN MALAYSIA!!



Rupa2nya isu ABPBH 12 masih belum reda. Dalam ruangan Forum Utusan Malaysia hari ini pengacara popular, Aznil Hj Nawawi dibedal kaw2. Aznil dikatakan tidak wajar kerana "merentap" trofi dari tangan Normala Shamsuddin untuk menyerahkan kepada Zizan.

Komen tulisan Arif Nizam dari Bukit Jalil itu antara nya berbunyi ..."Saya telah meneliti komen pengacara Aznil Nawawi mengenai tindakannya berlari ke pentas dan 'merentap' trofi bagi kategori Pengacara Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 (ABPBH 2011) pada 8 April lalu untuk diberikan kepada pemenangnya, Zizan Razak.


Saya membaca beberapa kenyataan Aznil dan tulisannya dalam sebuah akhbar yang memberitahu langkah itu sebagai penghargaan untuk beliau kepada Zizan. Selama ini Aznil memenangi anugerah itu untuk sembilan tahun berturut-turut.

Walau apa pun komen Aznil, saya mewakili segelintir peminat dunia hiburan yang lain melihat perbuatan itu sebagai sesuatu yang tidak bijak. Aznil sewajarnya tidak berlari ke pentas kononnya untuk berkongsi kegembiraan itu apabila trofi yang beliau pegang selama sembilan tahun berturut-turut terlepas ke tangan orang lain."

Ambo rasa ada benar nya juga kata2 penulis itu. Ambo sendiri terkejut ..bila nama Zizan diumumkan sebagai pemenang alih2 Aznil terlari2 naik ke pentas dan "merentap" trofi dari Normala. pada mula nya ambo ingatkan ambo yang tersalah dengar nama zizan..rupa2 nya Aznil yang berlari lebih pantas dari Zizan ke pentas. Masa sebenar nya ramai yang terkedu..tetapi kerana yang berlari naik pentas itu aznil maka ramai yang cuma senyum berkata apa2...!!! hehe tapi yang senyum tu pun banyak yang senyum kambing.

Ambo sendiri rasa apa yang aznil lakuakan itu satu kesilapan. Lain lah jika Normala sendiri yang meminta Aznil yang menyerahkan nyar. Perbuatan tersebut tidak pernah berlaku dalam sejarah anugerah baik yang besar atau yang kecil..baik yang rasmi atau pun tidak rasmi..!!

Aznil sepatutnya mengambil tindakan seperti Siti Nurhaliza yang menarik diri dari bertanding di saat dia masih menang. Aznil sudah menjulang tropi pemyampai tv terbaik srbanyak 9 kali berturut2. Itu sudah cukup membuktikan bahawa Aznil seorang yang popular.. atau mungkin dia mahu rangkul untuk kelai ke 10?? tetapi sayang tidak kesampaian....!!!

Apa pun bagi ambo..Aznil tetap manusia hebat...berbagai awrd yang penah dia menangi baik dari dalam dan luar negara telah membuktikan nya...!!!

Brvo Aznil!!!






Khamis, 19 April 2012

SKANDAL ZAHIDA RAFIK - SHAFIE APDHAL DIBONGKAR DRIVER SENDIRI??

Gosip skandal Zahida Rafik dan seorang VVIP ni sudah lama ambo dengar..... Cerita ini dulu cuma berlegar sesama sendiri terutama di kalangan blogger.

Tup2 gosip itu menjadi hangat, pemandu peribadi Zahida yang sebelum ini didakwa mengelapkan duit Zahida telah mendedahkan segala2 nya.

Pendedahan yang detail termasuk transaksi duit ratusan ribu antara VVIP dan Zahida telah dirungkai satu persatu oleh bekas pemandu itu.

Pemandu berusia 38 tahun itu juga mendakwa dia menjadi org tengah hubungan sulit antara mereka...!!


"Saya diminta Datuk Shafie Apdhal untuk bekerja sebagai pemandu peribadi kepada Zahida untuk memastikan gerak-geri Zahida dapat dipantau. Datuk Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim antara satu sama lain.

"Sayalah antara orang kepercayaan yang dipercayai. Walaubagaimanapun saya diminta Datuk untuk melaporkan segala langkah Zahida kepada Datuk.

"Datuk akan berjumpa dengan Zahida (saya akan memandu dan berurus dengan pemandu Datuk Shafie) secara rahsia di mana-mana hotel sekitar Kuala Lumpur setiap minggu. Pada setiap kali perjumpaan itu Datuk akan menyerahkan wang tunai antara RM100,000 hingga RM200,000.

"Wang tunai tersebut kemudiaannya akan dibawa ke bank oleh saya dan Zahida untuk dimasukkan ke dalam akaun Maybank Zahida di Menara Perkeso Jalan Ampang.

"Pada tarikh 29 Februari 2012, saya tidak diberi apa-apa wang secara tunai dan secara biasa saya tidak pernah diberi wang tunai jumlah besar untuk dimasukkan ke dalam bank tanpa ditemani Zahida.

"Saya hanya dibayar jumlah RM25,693 untuk pembayaran ansuran dua buah kereta mewah dan sebuah banglo di Bukit Indah kepunyaan Zahida,"

Ambo yakin, isu ini akan menjadi besar tambahan PRU 13 semakin dekat.

Kita tidak boleh menghakimi perkara ini semata2 kerana pendedahan bekas pemandu itu. Tetapi jika apa yg dibongkar itu fitnah, ambo harap VVIP dan Zahida buat laporan polis dan saman!!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.