Stok baru sudah sampaiii...!!!!

Ahad, 16 Ogos 2009

WABAK H1N1 - SYUKUR!! BELUM ADA KESAN MENDADAK DI PASAR MALAM JALAN TAR!! - catatan 15/08/09


Suasana di hadapan tapak 416, masih sesak dengan pengunjung yang bertali arus walau pun wabak H1N1 makin menular..syukur Alhamdulliah..kerana Allah masih melimpah kan rezeki kepada Peniaga Pasar Malam Jalan TAR!
Pelanggan masih ramai di tapak ambo, tetapi memang amat ketara pada minggu ini lebih ramai yang pakai topeng..sampai ambo pun kadang-kadang tak boleh nak pasti dengan jelas pelanggan mana yang bercakap dengan ambo sebab semua nya tutup mulut ..!!


Ini ada lah pelanggan paling sporting...riuh rendah tapak ambo dengan gelagak mereka!!tq..minggu depan jangan lupa datang lagi....jangan buka sangat mulut masa senyum tu dik...kang masuk lalat!!!!
Adik kita ni sedang cuba baju...kalau nak cuba sarung jee terus dik!!!! biasa nya pelanggan akan cuma baju dengan memasuk kan tangan jee..kalau padan kat situ..maka padan lee baju tu...tu petua kebanyakan dari pelanggan yang datang ke tapak ambo!!! betul tak betul..boleh leee cuba bila beli baju nanti!!
Baju yang berada di 'stand' ini..kita offer dengan harga RM10 jee sehelai...nak habis kan stok dik..minggu depan stok baru nak sampai sempena bulan puasa dan musim raya!!

hehe siapa pulak ni?? ambo tenguk macam alien pun ado....!! maaf cik alien..kat sini ada baju utk orang pompuan jeee!!.... tu sebenar nya 'bf' salah seorang pengujung kat tempat ambo!!!
belek lee dik mana yang suka...beli lee 1-2 helai...kalau pakai raya nanti orang tak kata baju beli kat pasar malam...kena pula yang pakai tu cun melecun macam ni....yang RM10 pun orang kata harga RM100...!!

ni lah ambo raso penggunjung tapak ambo yang paling bergaya..tenguk saja gaya mereka..macam ninja!! kalau dengar suara semua merdu2..kalah suara CT....!! tiga orang ni kalau bercakap ambo tak tahu yang mana satu dok bertanya...semua mulut tertutup...yang baju hijau tanya ambo jawab kepada tudung hitam tu...!! susah bercakap gan orng tutup mulut ni..hehe!!!
suasana semasa hujan..syukur lah sebab hujan nya tak lama...kalau lama ...parah leee jugak!!
pilih dik...mana-mana berkenan ambil jee....adik ni...sorang-sorang jee...topeng pun tak pakai...ambo raso dia memang berani...hehe mana-mana pakwe yang rasa nak cuba-cuba kena ada banyak ilmu di dada lee....!!!
hai....apa yang dok tilek sampai begitu sekali?? nasib baik mulut tu tutup gan topeng kalau tak...mahu dimakan nya baju tu..!!!
ambo tak tahu leee bila masa ambo panggil doktor datang kat tapak....bila ambo tenguk betul-betul macam rupa doktor ayam pun ada..!!!! doc...!!!.kalau mau cari ayam..pergi chowkit lee!! sini pasar malam mana ada ayam!!!! ayam goreng ada lee..!!!


Wabak H1N1 makin terasa kesana nya, di mana-mana sudah ramai yang bertopeng untuk mengelak kan kesan nya... dan sana sini sudah ramai yang bercakap-cakap untuk mengelak berada di kawasan tumpuan ramai!! Jika ini terjadi maka peniaga pasar malam macam ambo ini akan menerima kesan yang paling teruk!!


Ketika artikel ini diupkan..3 lagi kematian dicatat, menjadikan jumlah korban H1N1 kepada 59 orang sementara jangkitan baru sebanyak 209 orang! Jika melihat kepada angka-angka tersebut ternyata wabak ini semakin serius dan memerlukan tindakan dari semua pihak agar penularan nya dapat dibendung!!!


WHO pula mengganggarkan 5 juta dari penduduk Malaysia yang berjumlah 20 juta berpotensi dijangkiti H1N1 seandainya orang ramai tidak serius mengabil langkah berjaga-jaga. Ini bermakna 20 peratus rakyat Melaysia berkemungkinan besar akan menjadi mangsa kepada penyakit yang membahaya itu!! Harus diingat Malaysia menduduki tempat ke 9 jumlah kematian teramai H1N1 !!!


Walau pun begitu, ambo masih bersyukur kepada Allah kerana perniagaan ambo tidak begitu teruk terjejas..mungkin jualan ambo turun 10-15% tetapi ambo kita itu perkara biasa waktu tengah-tengah bulan begini. Yang pasti tapak pasar malam ambo masih menjadi tumpuan.


Untuk pengatahuan pelanggan ambo...mungkin dalam bulan puasa yang bermula hari sabtu nanti...tapak ambo akan pasarkan baju-baju dari stok baru. Dan ambo yakin kemunculan koleksi baru itu nanti akan juga mendapat sambutan hangat seperti mana hangat nya sambutan kepada baju-baju yang dijual sekarang!!!


Kepada pelanggan dan kawan-kawan ambo..di sini ambol nak ucapkan selamat berpuasa...dan jangan lupa, untuk mencari baju raya..jemput lah ke tapak ambo..mungkin anda akan temui apa yang ada cari disini!!!!

Harga berpatutan, cantik dan bermutu..itulah komitmen kita di tapak no. 416, Pasar Malam Jalan Tuanku Abdul rahman!!

Selamat berpuasa!!

8 ulasan:

bayan berkata...

Selamat berpuasa jugak,
kalau berniaga tu jangan lupa,
pakai mask.
Perniagaan jaga, kesihatan
pun kena jaga.

Tanpa Nama berkata...

hati-hati denagn selsema babi. Kalau 20 peratus kemungkinan dijangkiti kerajaan patut isytiharkan darurat.

kainbaju berkata...

Selamat berpuasa! bersama-sama kita berusaha untuk hindarkan diri dari H1N1.

gua berkata...

Wa sudah pakai mask
manyak risau maaa
itu WHO cakep mau 5 juta
mau kena selesema babi!!
manyak takut woooo!
ayoh semua pakai !!

Tanpa Nama berkata...

Selamat berpuasa!semuga puasa kita semua diterima Allah.

buah_tanjung. berkata...

selamat menyambut Ramadhan Almubarak.
Di bulan mulia ini semua orang akan mendapat rahmat dari Allah. Peniaga akan mendapat untung banyak dan yang beribadat juga akan mendapat pahala yang banyak.

Tanpa Nama berkata...

ya Allah , lindungilah negara ku ini dari segala bencana!

cINTA berkata...

Bila nak sampai stok baru bang?

Selamat berpuasa!