Bermula di Putra Jaya pada pagi 8 November hingga 11 November di Pulau Langkawi .. Program Jejak Tun M anjuran www.kelabchedet.com amat meriah. Program yg mengumpulkan ahli dan keluarga Kelab che det berjaya memberi info yang lebih mendalam tentang Tun M dan cara hidup nya kepada semua peserta Kembara.
Mereka dibawa melawat ke Geleria Pedana di Jalan Terengganu dan kemudian terus ke rumah kelahiran Tun M di Alor Setar dan seterusnya ke Pulau Langkawi untuk acara kemuncak iaitu Santai Bersama Tun M dan Tun Siti.
Sebelum itu Forum pemikiran Tun M telah dianjurkan oleh www.kelabchedet.com bersama Perkasa Langkawi pada malam 10 November di auditorium LADA yang turut dihadiri oleh Datuk Seri Shahidan Kassim.
Ternyata Santai bersama Tun M dan Tun Siti amat meriah. Tun M sampai tepat pukul 10 pagi di Geleri Perdana Langkawi dengan memandu sendiri kereta.
Acara Santai berjalan selama 2 jam dimulakan dengan ucapan alauan dari Pengarah Program Kembara di ikutii ucapan dari Pengarah Galeri Perdana Langkawi dan ucapan dan amanat Tun M kepada peserta2 Kembara.
Suasana menjadi lebih santai dan mesra ketika sessi soal jawab... Tun M dan Tun Siti begitu sporting menjawab dan bermesra dengan keluarga ahli kelab.
CEO LADA yang duduk sebelah ambo pun kelihatan begitu teruja dengan program tersebut. "Baguslah program macam ni.." Kata beliau kepada ambo...!! Bangga juga ambo dengan pujian itu.
Acara diakhiri dengan jamuan makan tengah hari bersama Tun M di perkarangan Galeri Perdana . tq pengurusan Galeri krn makanan yang amat enak.
Ambo merasa amat bertuah kerana diberi peluang makan semeja dgn Tun M... Maka sempat lah ambo bertanya beberapa soalan dan dijawab dengan amat bernas oleh Tun M.
Dalam kesempatan ini ambo ingin mengucapkan setinggi penghargaan kpd semua pihak yg menjayakan program tersebut....!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sabtu, 17 November 2012
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan